Saturday, June 18, 2011

cOmElNyA (anak itu ibarat kain putih)

wktu solat isya tadi tiba-tiba ada terdengar suara budak nangis..... lepas usai solat rupa2nya budak tu selang sebelah makmum sahaja... yangg comelnya abang dia peluk dia, tenangkan dia.... sambil mengaminkan  baca doa daripada imam.... subhanallah....semoga Allah kurniakan kita anak-anak yang soleh macam ni



sementara itu, hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)


ini merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh ibu bapa sebelum menempuh alam perkhawinan. Biarpun diri ini belum menempuhi alam perkahwinan persediaan pendidikan islam perlu ditimbulkan dari dalam diri. Persoalan bagaimana ingin mewujudkan anak soleh adalah dengan pasangan sebelum berkahwin perlu mendalami bagaimana ingin membangunkan diri mereka dahulu menurut acuan agama....Bak kata pepatah bapak borek anak rintik....Tingkahlaku kesemuannya pasangan yang sudah berkahwin akan ditiru oleh anak mereka...Ternyata pembentukan anak soleh bermula dari dalam diri setiap insan yang ingin menempuhi alam perkahwinan...... Tegakkan diri anda menjadi insan yang soleh dan solehah nescaya anak yang dilahirkan akan tertegak dengan soleh dan solehah dengan sendirinya..... 

1 comments:

azurina2411 said...

mohon share. jzkk ya akh!

Post a Comment