Thursday, November 25, 2010

bIlA hAtI MuLa MerUnTun BiCaRa


Gumpalan itu mula meruntun resah
Denyut menjalar membawa aliran duka
Arus yang datang dan pergi terasa kotor!!!!
Penuh dengan cela-cela yang meracun saraf

Detik tika yang meningkat menyaingi gumpalan ini
Makin lama terasa denyutnya makin parah
Terkadang gentar hilang nadinya
Mana akan ku buang cela-cela itu?!?!!
Masihkah ada ruang untukku
Merawat gumpalan bernama HATI ini
Mampukah aku mencerahkan kembali cela yang kelam
Memburu aku dalam ketakutan tiap masa

Hati ini menjerit
Aku takut!!!!
Aku gentar!!!
Aku penuh dengan noda!!!
Aku hina!!!

Sungguh
aku amat gentar
tolong aku Ya Allah
aku amat lemah
aku amat hina
bantulah aku..... membina sebuah hati yang SUCI

Sunday, November 21, 2010

cara cepat hilangkan ngantuk dan stress (PERLU BACA!!!!!!!!)

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga ngantok tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Thursday, November 18, 2010

HIKMAH KATA-KATA @ KATA-KATA HIKMAH



(1) من جد وجد ومن زرع حصد
Sesiapa yg berusaha akan berjaya & sesiapa yg menanam akan menuai hasilnya.

(2) خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan adlh yg ringkas & tepat.

(3) شفاء العين السؤال
Penawar bagi org yg tak tahu ialah bertanya.

(4) العقل السليم في الجسم السليم
Akal yg cerdas berada pd tubuh yg cergas.

(5) القراءة مفتاح العلم
Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

(6) رضا الله في رضا الوالدين
Redha ALLAH terletak pd redha ibubapa.

(7) أطلب العلم من المهد الى اللهد
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.

(8) الاءتحاد أساس النجاح
Perpaduan asas kejayaan.

(9) الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

(10) اليد العليا خير من اليد السفلى
Tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima.

(11) ان لم تستح فا صنع ما شئت
Sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.

(12) الدعاء مخ العبادة
Doa adalah tonggak ibadah.

(13) الوضؤ سلاح المؤمن
Wuduk merupakan senjata org mukmin.

(14) آفة العلم النسيان
Penyakit ilmu adalah lupa.



kata-kata hikmah ni sahabat saya yang emailkan pada saya... jadi saya rasa perlu dikongsi bersama.... jadi mari beramal


wallahualam

Wednesday, November 17, 2010

aidil adha 2010

asalamualaikum kepada para pembaca tidak kira apa pangkatnya, datuk, datin, tan sri atau apa sahaja sehinggalah kepada rakyat biasa, apabila anda membaca post ini anda adalah pembaca.... yang membezakan darjat adalah setinggi mana diri kita menilainya....

sebelum tu saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri ini... apa yang anda tahu mengenai aidil adha????

kita sudah biasa mendengar aidil adha ini mengisahkan pengorbanan yang dilakuakan nabi ibrahim untuk mengorbankan anaknya setelah turunnya wahyu drpd Allah swt..... cuba kita bayangkan apabila kita menjadi seorang ibu atau bapa relakah kita mengorbankan anak kita.... sebab itulah apabila kita mengukur nilai pengorbanan itu adalah sejauh mana kita kasih akan harta yang kita korbankan itu

MALANGNYA
apa yang terjadi pada masa kini kita melihat kes pembuangan bayi telah bersepah-sepah ditayangkan di dada-dada akhbar. bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh bahawa nilai pengorbanan dalam jiwa manusia telah jatuh ke tahap yang paling rendah....

Berbalik semula,
saya meminta maaf kepada beberapa orang rakan terutamanya fahrul, kak edelin dan lain apabila saya menegur mereka untuk pulang ke rumah... sebenarnya saya cuma ingin bergurau sahaja... jd sy mnta maaf, walaubagaimanapun dalam gurau itu sebenarnya menuntut kita sebagai pelajar untuk melakukan pengorbanan sebagai seorang pelajar, cuba kita bayangkan apabila kita menjadi ibu bapa mesti kita rindukan anak-anak untuk pulang ke rumah tambahan lagi di hari yang penting sebegini....  JIKA BOLEH kita seharusnya cuba untuk pulang ke rumah, andai kata ada kekangan yang betul-betul penting tidak mengapalah....


Aktiviti di Rumah
1. jadi jururawat kepada ayah
2. jadi penternakm itik dan puyuh
3. "mengorbankan" itik dan angsa
4. main dengan anak sedara yang comel
5. jadi posmen daging korban rumah ke rumah
6. macam x study







walauapapun saya sekali lagi mengucapkan selamat hari raya aidil adha dan mohon maaf buat segalanya

wallahualam