Thursday, December 27, 2012

Aku dan AturanNya

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.......


Agak lama blog ini bersawang.... mungkin sudah kering sisipan tinta-tinda idea dalam kepala otak.... melangkah ke dunia baru pasca siswazah bukanlah sesuatu yang mudah... bukanlah indah dari khabar... bukanlah cantik dari rupa... seperti bongkah batu besar yang menghalang aliran darah dari mengalir telus ke saraf otak.....

banyak dialog dari sahabat, orang kampung dan kenalan keluarga apatah ;agi sedara mara...

~"Bakal dr ye sekarang....... "

~"nanti gaji besar kau beli la kereta BMW, Mercedes...."

~"biasiswa masuk nanti masyuk.... boleh kahwin...."

~"kau nanti dah ada title... kau petik je mana-mana nak buat bini...."


kebanyakan jawapan meniti dari bibir ini hanyalah ucapan aminn atau sekadar tersenyum bagi tidak mengecilkan hati sesiapa......

jujur dari hati aku x buru title dr.... tapi aku memburu title pendidik.... aku ingin mendidik suka memotivasi dan mengajar.... kerana dari situ aku memotivasi diriku sendiri dan aku belajar banyak perkara.... terkulat-kulat aku membuat keputusan untuk memilih master atau doctorate program... cuma atas dorongan ibu bapa aku merasakan itu doa yang baik daripada mereka dan apa salah aku mencuba....

gaji besar?? BMW?? itu bukan impian aku.... aku cuma ingin hidup gembira... perjalananku ke Indonesia bulan lepas makin menyedarkan aku.... satu keluarga di mana mereka sangat bahagia... si suami digelar ustaz polis kerana lurus perilakunya.... tapi aku melihat mereka tiada tekanan.... tetamu yang datang disambut dengan penuh mesra... si bocah (anak kecil) terima kasih sayang yg cukup..... dalam hatiku "ahh..... seronoknya andai aku seperti mereka kelak.... aku inginkan seperti mereka ya Allah"...

kalau balik ke rumah aku akan menolong ayahku di belakang rumah menoreh getah... dalam hati sangat sebak tengok orang tuaku terbongkok-bongkok menirih susu getah.... dihalang mereka tak terhalang..... seperti kelmarin setiap kali pulang kembali ke UTM ayah pasti akan menghulurkan wang.... kalau ditolak dipaksa.... tak ambil terkecil hati.... hendak tak hendak aku ambil dan berkata "cukuplah ayah.... kalau xde duit nanti afiq mintakla... nanti afiq bgtahu abg".....

 alhamdulillah satu sem tanpa biasiswa dengan duit dari ayah, abang dan adik beradik aku survive... makan sekali sehari pun alhamdulillah badan x berapa nak susut.....

pasal "kahwin" hampir tidak terkata.... biarlah Allah takdirkan... yang aku tahu aku punya perancangan sendiri.... banyak lagi ilmu yang perlu aku sematkan di dada.... aku ingin ambil ruang ini mempersiapkan diri bukan sahaja sebagai seorang suami tapi sebagai seorang ayah dan terutama sebagai anak soleh yang berbakti...... dalam khutbah minggu lepas oleh ustaz azahari....

And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment.Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word.  (17:23)

bila aku renung kembali.... aku terasa layakkah aku untuk menjadi seorang suami mahupun ayah yang baik andai aku tidak bermula dari anak yang soleh??? Wallahualam.... walaupun ajal itu sebenarnya dekat namun perjalananku masih panjang..

"aku adalah aku seorang hamba dalam aturanNYA....."

Friday, September 7, 2012

Mahasiswa Mencabar





Bismillahirrahmanirrahim.... Asalamualaikum buat sahabat-sahabat layar ilmu sekalian....
maaf sebab dah bersawang blog ini....  dan maaf juga andai post kali ini tajuknnya agak berat.... namun saya akan cuba sedaya upaya untuk meringankannya sebanyak mungkin....

MAHASISWA MENCABAR.....

satu tajuk yang sukar dibahaskan dan payah dihalusi, namun saya berharap kita sama-sama menggertak minda, mencabar jiwa dan menjentik akal.... Ahlan wasahlan dan selamat datang kepada semua pelajar baru yang mendaftar sebagai siswa dan siswi di seluruh kampus di seluruh negara...

Memetik antara pesanan yang di sampaikan oleh profesor madya Dr Azhar dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia dalam khutbah yang panjang sehingga kira-kira 44 slide powerpoint digunakan,

"Placing sincerity as a basis of searching knowledge."


"Students need to put the learning objectives from one angle i.e. to cleanse the hearts and equip themselves with praiseworthy attributes and on the one hand, it is to get closer to Allah Almighty. with first class mentality to learning. If any student that has not set the intention, he should quickly correct it!"

antara permasalahan yang berlaku dalam gelojak minda mahasiswa yang kebanyakannya berada dalam usia transaksi dari alam remaja ke alam belia  yang membawa kepada kejutan budaya di sini saya akan bincangkan  beberapa kegagalan mentaliti mahasiswa dalam menghadam sebaiknya perkara berikut;

1. Agama/akhlak

saya tidak ingin menakutkan  sesiapa, namun sepanjang pengajian di universiti selama tiga tahun, perkara ini yang berlaku. seawal hari mendaftar kita mampu melihat mahasiswa/i berada dalam lever "pureness" tertinggi. masing-masing masih lagi mampu bersikap sopan dan lemah lembut. Namun setelah beberapa lama dari yang tutup aurat terdedah, dari yang sopan bicara jadi tiada beradab, dan tidak mustahil ada antara muslimin yang berkopiah dulunya sudah menjadi brutal, muslimat yang bertudung labuh makin pendek tudungnya dan makin tebal make-upnya.


2. Bebas 

kebanyakan mahasiswa/i merasakan mereka bebas, tidak lagi dikongkong lantas mengambil peluang ini untuk melepaskan stress. Jadi tidak hairanlah mereka banyak membuang masa untuk gaming, karaoke, lepaking, dan sebagainya. Ini diburukkan lagi apabila pergaulan yang agak bebas berlaku. Bertepuk bertampar lelaki dan perempuan, membonceng motosikal lelaki dan perempuan dan sebagainya lagi.Al-maklumla di universiti tiada siapa yang pantau, termasukla ibu bapa.

3. Cinta

Ini juga adalah satu masalah yang serius, di mana apabila berada di alam universiti masing-masing ingin mengintai "jantung hati" masing-masing. Al maklumla , katanya, banyak gadis berdahi licin lelaki berdada bidang di universiti. Bermula dengan saling mengirim salam, sms, calling-calling, liking-liking , facebooking  dan akhirnya sehinggalah berdating. Tak kurang juga dengan idealism cinta islamik, dimana "awak-awak, nanti kejutkan saya subuh tau", "saya cintakan awak kerana Allah tau". Lantas apa yang selalu terjadi adalah pelajaran mahasiswa jatuh meleset. walaupun ada bersuampah setia, bintang di langit mampu digapailah, i rela mati tanpa you la, namun akhirnya ada yang putus cinta kecewa bagai nak rak sampai menangis.


dan banyak lagi permasalahan-permasalahan yang tidak mustahil berlaku dalam diri mahasiswa/i. Jadi di sini saya ingin mencadangkan beberapa solusi:

1. Dekatkan diri dengan Quran dan Majlis2 Ilmu bagi yang muslim, masjid atau surau bagi yang lelaki, dan libatkan diri dalam keluarga-keluarga usrah yang dijalankan kelab-kelab kerohanian kolej mahupun universiti

2. Mencari SAHABAT yang baik, SENIOR yang prihatin.

3. Menelefon ibu dan bapa di kampung sekuran-kurangnya sekali seminggu

4. Study dalam kelompok yang menjaga batasan syara'

5. Jangan hidup bersendirian

6. Kekalkan momentum belajar seperti mana di asrama atau di sekolah dahulu

7. Libatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berfaedah yang dianjurkan kolej dan universiti kerana terbukti ramai yang aktif tetapi masih berjaya dalam pelajaran

8. rapatkan diri sengan pensyarah

dan banyak lagi........ akhir kata selamat memulakan pengajian... jadilah pelajar matang bukan pelajar yang curi tulang.... dekatkan diri dengan Allah (bagi yang muslim).... tekadkan cita-cita dan azam.... itu sahaja dari saya sekian terima kasih

"WHO STAND FOR NOTHING WILL FALL FOR EVERYTHING"

Mohamad Afiq bin Mohamed Huri
Bachelor Degree of Science (industrial Chemistry), 2012
PhD (Chemistry) Candidate
Dept. of Chemistry, Faculty of Science,
University of Technology Malaysia,
81310, Skudai, Johor.
Email:  afiqhuri91@gmail.com

Thursday, July 5, 2012

aku dan seringgit lima puluh sen


Sekadar coretan kisah kecil dari diariku selama tiga tahun bergelar mahasiswa di universiti ini.... terpulang kepada pembaca untuk memandang enteng atau mengambil peduli apa yang ingin aku coretkan...

 
pada hujung sem kedua satu kejadian malang yang telah menimpa keluargaku....cukuplah sekadar aku memberitahu aku masih bersyukur kejadian itu tidak mengambil insan-insan tersayang daripadaku.... cuma sedikit harta benda dan sebuah rumah yang hampir hangus keseluruhannya... tidak ramai yang tahu kisah ini sehingga ke hari ini....





kasihan kepada abangku yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hal itu.... ada hantaran yang terbakar..... ada juga wang yang terbakar.... hantaran dan beberapa benda lagi..... aku tahu kejadian itu lewat sehari kerana ayahku menyorokkan perkara itu dariku dan aku tahu dari sahabatku yang juga jiranku.... namun aku bersyukur kerana semua terselamat... dan kini alhamdulillah ... abangku sudah mendirikan rumah tangga dan insyaAllah aku akan bakal menjadi bapa sedara kali keduanya pada september ini....


berbalik kepada tajuk.... "aku dan seringgit lima puluh sen".... pada awal sem ketiga aku nekad membayar yuran pengajian tanpa membebankan keluargaku..... jadi aku mengambil inisiatif untuk berpuasa dan membayar yuranku seawal dan mungkin... dan pada bulan keempat pengajian iaitu pada bulan sepatutnya yuran sepatutnya dilangsamkan... aku pun membayar secara total....

ketika itu kira purata termasuk perbelanjaan topup dan makan minum purata belanjaku sehari selama sebulan adalah rm 1.50..... memang seperti kerja gila... namun aku cuba mengambil inisiatif dengan berpuasa..... dahulu nasi cuma rm 0.70 dan telur cuma rm 0.50... jadi total sehari rm 1.20.. kadang kala aku selang selikan dengan seketul tempe sebagai lauk...



air aku bancuh sendiri di bilik dengan menghabiskan uncang2 teh dan kopi yang aku bawa dari rumah yang tak silap aku sudah berusia satu semester.... peraturannya mudah.... aku jimat rm 0.30 sehari..... jadi pada hari jumaat aku akan makan nasi ayam.... ya... cuma sekali seminggu....ada beberapa kawan yang tahu termasuklah ... wan hazman... haniff zahari dan syafiq azmi.... kadangkala mereka belanja... dan kadang kala aku menolak pelawaan mereka....



jadi duit baki aku gunakan untuk menopup hanset..... dan alhamdulillah ketika itu aku tidak membawa kenderaan...jadi aku tidak terasa beban kewangan untuk minyak kenderaan dan maitanance kuda besiku yang aku pakai sekarang ini.... ini cerita aku... dan aku bersyukur kerana masih makan berlauk dan cuma menanggung "puasa" selama sebulan..... mungkin ada yang lagi susah dariku... dan itu terbukti dengan beberapa kisah lain...

 
kisah lain itu abangku sendiri..... dia adalah abang sulungku.... dia ceritakan kisah ini ketika kami mengole ketika aku bercuti... apa yang buat aku kagum dan terharu dia pernah makan nasi cuma berlaukkan kuah....... dan aku faham dia anak sulung dan tidak mahu membebankan ayah ketika dia di alam universiti....


dan kisah kedua adalah terjadi pada rakanku sendiri.....tidak dapat aku bayangkan dia cuma makan sebungkus maggi untuk sehari.... jadi aku membeli jajan dan beberapa makanan aku berikan kepada dia.... dan aku cuba menghulurkan duit padanya... dan dia menolak.... dengan alasan kakaknya sudah memasukkan wang..... sungguh katanya...

dan kisah terakhir disini adalah diceritakan oleh ustaz ismail... imam di masjid utm.... katanya ada seorang mahasiswa datang padanya dengan badan yang menggeletar kelaparan kerana sudah tiga hari tidak makan... alasannya duit ptptn yang dia dapat diberi kepada adik beradik untuk belanja sekolah mereka.....

mungkin ada kisah yang lebih sedih dari ini... ketahuilah.... tidak semua sahabat kita yang senyum di hadapan kita itu tidak sedih... mungkinada beban yang dipendamkan.....

ketahuilah juga bahawa payah itu mendidik jiwa itu menjadi matang.... membuka mata itu lebih celik.... menjadikan langkah itu lebih gagah.... jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada.... kerana Allah itu menguji hambaNya dengan kesusahan atau kesenangan..... dan Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya...


sekadar itu perkongsian dari saya... wallahualam...

Sunday, May 20, 2012

Tenang



ada seorang gadis selalu je pergi ke sebuah kolam. airnya tenang. selalu dia suka menyikat2 rambutnya sambil duduk di tepi kolam. indah baginya bercerminkan air kolam yang jernih. 

suatu hari di ajaknya adiknya bersama. seperti biasa, air tenang kolam itu dijadikan sebagai cermin baginya. atas kenakalan adiknya, dilempar adiknya batu ke kolam maka air pun berkocak. bila air berkocak, hilang dn hancurkan ketenangan dan keindahan yg dia perhatikan. kemudian lalu si gadis sibuk menenangkan gigi air dengan menghulurkan tangan ke dalam air agar air kembali tenang dn tak berkocak. sayangnya air belum kembali tenang.


kemudian datang seorang tua melihat perilaku si gadis.
ditanya nya apa yg dibuat oleh si gadis,
jwb si gadis,
"mahu menenangkan air"

lalu si tua berkata, 
"mahukan engkau aku ajarkan cara menenagkan nya??

lalu di jwb si gadis, 
"pastinya aku mahu".

jwb si tua
" biarkan sahaja kolam itu sehingga ia tenang dengan fitrahnya.... "

"bagaimana dengan hati"... gadis itu bertanya lagi

orang tua itu menjawab
 " fitrah hati mu kurniaan Allah, kamu lahir atas kehendakNya....maka berserahlah kepadaNya"

Saturday, May 5, 2012

Danbo-Danbo PSM VS PSM PSM Danbo


alhamdulillah diberikan kesempatan menulis setelah sekian lama tidak menggerakkan jari-jari mengisi ruang layar ilmu....

PSM...
apa itu PSM?? PSM adalah Projek Sarjana Muda  adalah satu projek khas atau research yang perlu dilakukan dengan baik sebagai syarat utama graduasi

banyak akronim yang digelar oleh rakan-rakan seperjuangan dan ada antaranye mencuit hati, menggelikan perut dan mengusik mentalllll
antaranya

Projek Sakit Mental
Pulun Sampai Malam
Pulun Sepanjang Minggu
Projek Stress Manusia
Pening Stress Marvellous
Pening Sampai Mati


dan banyak lg yang boleh disinonimkan..... kerana apa? ada antara kami rakan-rakan ada yang mengalir air mata, demam tu perkara biasa... kadang kala terbawa ke dalam mimpi... makan tak lena.. mandi tak basah... minum tak hilang dahaga..... turun berat badan..... dan macam-macam lagi

mana tidaknya ada yang chemical yang lambat sampai, result tak dapat, kena tukar method.... repeat..... tak konsisten.... memang membuatkan orang hampir putus asa.... 

dan saya akui sy sendiri sampai hampir mengalah...tidur tak lena...penat..demam... pening..stress... semua ada ..dan ... cara nak atasi.... kalau rasa nak menangis... menangis je.... luahkan pada kawan yang dipercayai.... tingkatkan doa...mohon pada Allah... alhamdulillah..akhirnya berjaya positifkan diri.... dan kini saya masih belum selesai lagi labwork.... walaupun termasuk sabtu dan ahad sehinggalah ke hari ini saya yakin bahawa Allah nak beri saya ujian sebelum berikan saya kemudahan..

bak orang kata
"xde pressure mana ada permata"
"pelangi xkan mai kalau xde hujan"
"lahir-lahir mana leh berjalan truih"
"rama-rama yang cantik keluarnya merangkak payah keluar dari kepompong"

dan sejak dua menjak ni assignment makin bertingkat-tingkat..... test mula menjengah-jengah...kuiz mula beratur.... jadi banyak program saya terpaksa lepaskan untuk di"join"..... 

dan tetibe semasa mengonline saya terjuumpa banyak gambar-gambar mengenai danbo.... saya search dan harganya fulamak... ratus-ratus... dan kemudian sy terjumpa la satu blog yang kata buat danbo tak sampai RM 5... dan saya pun mencuba....



Mula-mula kena print dulu

pastu kena potong
(part ni la paling x gemar)


habis serabut meja


banyakkan part dia


gabung dan gamkan... guna gam gajah tau

yang ni kepala je

tada...... hehehe



gudluck tuk psm

time melayan instrument "demam" di lab

danbo je yang temankan saya

jangan terjun ye


makan bersama danbo



jangan tingai quran tau bg yang muslim

edited


danbo bergaduh dengan ecoey

kawaii..... ^___^




orang tanya saya 

"lama x buat benda ni"....

saya kata 
"dekat 6 jam juga"..

. tambah lagi skill menggunting amat la tak reti mana... mula-mula buat tu lebih kurang jam 10 malam semangat pastu sampai jam dua pagi dah mengantuk... macam nak putuih asa..... jadi tiduq dulu doa harap dapat bangun subuh alhamdulillah terjaga dan balik je dr masjid terus sambung sampai dekat pukul lapan pagi.... dekat 6 jam tau buat... sebab tu kalau ada yang mintak saya kata...

" buatla sendiri.. haha... "

anyway mmg puas tau buat benda ni... terasa usaha tu berbaloi.... 

orang kata juga... 
"hang dahla stress ngan psm,... awat hang bazir masa".... 

dan say menjawab...
"inilah cara saya lepaskan stress"

.... dan... benda nilah saya renung time bosan.. tu yang letak ats meja study........ bosan-bosan ambil kamera dan petik.... hehehehe

ni sy bagi link blog tu.....

jadi selamat mencuba


pesanan terakhir.
.positifkan diri dan never give up.. yakinlah dengan rahmat ilahi...


Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a) 



 

Tuesday, April 10, 2012

Sentap !!!!!



Sticker "P" aku letakkan perlahand-lahan di kedua-dua cermin hadapan dan belakang kenderaan, menandakan aku masih mentah dalam pemanduan.... Ayahanda yang meng"offer" dirinya untuk membawa Mercedes lama kesayangannya itu aku tegah... dan aku pula menawarkan diri aku..

Dengan lafaz bismillah kami bertolak pulang kr kampung... dalam perjalanan ke sana... ayah yang membaca surat khabar kadangkala aku terdengar rungutan-rungutan politik masa kini... tol percuma... ptptn dimansuhkan... gaji purata rm 4000 sebulan.... aku cuma mendengar dan tidak menjawab... cuma menjawab dalam hati


"Mereka Itu Pohon Besar, Tinggi Menggapai cahaya...kami ini rimbun kecil, bernaung di bawah mereka... menyerap cahaya apa yang ada.... namun mereka itu tugasnya besar... sepatutnya menghalang hujan dan badai menimpa kami... bukan saling berebut lagi mendapat cahaya ... tetapi menjadi tempat kami berlindung... kerana pemimpin itu akan di soal di akhirat kjelak"


"tuding menuding terus berlaku, fitnah makin menjadi, otak aku makin serabut.... aku cuba mencari solusi di tengah kekelutan dua pihak... bagiku PTPTN tidak wajar dihapuskan bayaran balik namun caj "ujrah" itu dihapuskan, dan sepatutnya kerajaan melakukan ia seperti sistem pinjaman mara di mana pembayaran balik mengikut prestasi akademik pelajar.... dengan ini mahasiswa akan lebih semangat untuk menaikkan pointer mereka, secara tidak langsung mendidik pelajar menjadi mahasiswa yang kompetitif.... kesian aku tengok kawan2ku yang mengambil ptptn terpaksa makan biskut di bulan terakhir semester..."

"kalau keluarga kaya tidak mengapa... bagaimana keluarga kecil, kadang kala ada yang terpaksa menghantar wang biasiswa ke desa sekadar ingin membantu adik-adik....

aku ada terdengar ketika perbualan mak teh ku....


kami ni yang tidak mampu tak dapat mohon bantuan kerajaan ... tapi sedara mara ketua kampung tu semua dapat walaupun rumahnya dah jadi batu berbanding kami yang masih berpapan....


"bagiku  kerajaan suatu hari nanti tidak mustahil boleh bertukar menjadi pembangkang..... begitu juga sebaliknya.... bagiku kerajaan atau pembangkang tiada beza dalam sudut tanggungjawab.... mereka adalah PEMERINTAH.....aku tidak memandang si pemegang jawatan yang besar... cukup sekadar ketua kampung di sini.... pondok bas dibina di depan rumah sendiri padahal dekat selekoh yang berbahaya.... lampu jalan tidak letaknya di selekoh yang berbahaya tetapi letaknya di rumah sedara mara...... bantuan kerajaan diberi pada kaum kerabat... jawatan kampung sesama puak sendiri"

aku suka memetik kata-kata khalifah umar abdul aziz
"sekiranya ada rakyatku yang lapar aku ingin jadi orang yang pertama merasainya, sekiranya rakyatku yang kekenyangan aku sendiri ingin menjadi orang terakhir merasainya......"




relevankah ia akan berlaku... sukar...

sesampainya di destinasi kami sebenarnya sudah agak lewat.... dan terus kami membontoti jemaah ke masjid.... aku mengambil wuduk... dan kami berjemaah dengan empat takbir serta salam.... sayu aku melihat ada keluarga Allahyarhamah yang masih mengalirkan air mata... biarlah air mata itu terus mengalir... asalkan bukan dengan raungan..... semoga ia mengingati akan kematian

Allahyarhamah adalah sedara yang tidak jauh beza umurnya dengan ayahku... sama-sama bermain di bendang... sama-sama hidup susah... 9 anak ditinggalkan..... namun adakah peninggalan itu menjadi aset ke syurga atau beban ke neraka..... semoga Allah memberi rahmat

sesampainya di tapak perkuburan ayah menyuruhku menolong yang lain mengusung jenazah.... aku akur.... entah kenapa aku tidak bersoal banyak... setelah diusungkan ke bawah ada ahli keluarga yang baru sampai dari luar negara.... kapan dibuka sedikit agar jenazah dapat dilihat.. ada ahli keluarga yang mencium dahi si mati buat kali terakhir... ada sendu di wajah mereka.... namun sekali lagi hati berbicara

"apa lagi guna menangis kepada yang telah pergi, ramai manusia di dunia ini bersedih setelah kehilangan... mengapa tidak menyayangi mereka ketika hayat dikandung badan... kenapa tidak dibalas budi selagi nyawa tidak ditarik Izrail!!!"


"namun masih ada peluang kerana dalam hadis kekasih Allah, s.a.w... ada mengatakan setelah perginya anak adam akan ditinggalkan semuanya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat... dan doa anak yang soleh...

adakah kita anak yang soleh dengan tidak menjaga aurat?
adakah kiita anak yang soleh andai pergaulan dengan bukan mahram tidak terjaga
adakah kita anak yang soleh andai solat ada yang compang camping
adakah kita anak yang soleh andai belajar pun malas
adakah kita anak yang soleh andai masih ada perkataan ah dan uh kepada ayah dan ibu

 namun bagi yang mempunyai ayah dan ibu... berdoalah selagi ketika mereka masih hidup... jadilah anak yang soleh... peringatan ini juga khas untuk diriku..."


kemudian jenazah dibawa rapat ke liang lahat.... perlahan-lahan dimasukkan ke keranda yang sedikit digenangi air.... entah mengapa aku meringankan tulang aku untuk mencedok tanah... menolong mengambusi si mati.... agak putus nafas dibuatnya....sekali lagi aku bermonolog dalam hatiku

"sekaya manapun kita pakaian ketika mati adalah kain kafan yang putih... itupun akan dikotori dengan comotan tanah"

"sehebat manapun jawatan kita nanti, kita akan disembahyangkan dan ditalkinkan dengan cara yang sama, ketika talkin dibacakan tiada lagi gelaran Dato, Tan Sri, Profesor dan sebagainya... yang ada cumalah sipolan bin atau binti sipolan"

"seempuk manapun katil kita masa kini kelak cuma beralaskan tanah.. didindingi papan yang bakal mereput dan berbantalkan kepalan-kepalan tanah.... katil yang cuma kecil... jauh berbeza denga Queen size di rumah akan kelamaan menghimpit diri..."

benarlah.... kita dari tanah... kembalinya nanti kedalam tanah... memang benar kekuasaan Allah...

harta, pangkat semua akan ditinggalkan...... dan kematian boleh menjemput bila-bila masa.... siapa tahu ketika bergelumang maksiat.... nyawa ditarik tanpa amaran....

adakah ketika itu kita sudah cukup beribadah
adakah anak-anak dan keluarga di bekal ilmu agama
adakah cukup sedekah jariah yang diberi tanpa ada rasa ingin menunjuk-nunjuk
adakah ketika itu aurat sudah dijaga rapi , atau mahu menunggu ajal menjemput orang lain tutupkan
adakah sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak, ibu, ayah , pemimpin dengan sebaiknya


banyak lagi persoalan-persoalan yang boleh disoal

sekadar itu sahaja dari saya....

Wallahualam

Thursday, March 22, 2012

Aku dan Kau

Aku dan Kau....



Aku masih ingat ketika itu... Ketika "Kau" menjadi milikku.... mulanya dari kisah yang panjang... dari konflik lama kepada "pesaingmu" yang merajuk..kerana kekasaran sahabatku dalam menjagamu...menyebabkan aku dan kwanku bersusah payah mencari pengganti sementara bergandingan di dalam majlis makan malam fakulti pada sem kedua aku di UTM....dan akhirnya kutemu dirimu.

. namun pada waktu itu asalnya kau milik sahabatku... ku hanya berkongsi sedikit modal dalam niat untuk membantu rakanku kebuntuan mencari gandingan di majlis makan malam tersebut... sedangkan aku hanya mampu melihat kau dan sahabatku... bersama... dan ceria

Kemudian sahabatku itu menghadapi konflik... dia ingin melepaskan dikau..aku berasa kasihan... dan ketika itu aku nekad untuk menyelamatkan kau... dan seterusnya berganding denganku....justeru aku lantas menyatakan... aku ingin menjaga dikau sebagai "kekasihku".... mutlak sebagai milikku

Kemudian aku dan engkau mula bergandingan... namun sekali lagi pada mulanya kita tidak serasi...aku terasa kekok... dan kadang kala ada penyesalan aku memilikimu.... dan ada masanya aku ingin melepaskanmu....

Namun semakin lama kita semakin serasi... hampir setiap masa kau bersamaku... hampir dalam semua majlis kita bergandingan... ramai yang bertanya tentang dikau.... cemburu akan kita.... di dalam majlis kita mendapat pujian.... kerana kita serasi... kita menjadi raja dan puteri....

Kemudian kita sering diajak bersama berjalan bersama sahabat2 ke tasik atau taman-taman untuk "bergandingan"..... dan saat yang merapatkan kau dan aku ketika kita sama-sama keindonesia... di situ banyak memori indah kita bersama dapat dirakam.... aku juga tidak akan lupa saat kita bersama meredah hujan di dalam program bakti siswa... sungguh... sungguh aku risau andai engkau "demam" dan "sakit"... Alhamdulillah engkau dan aku berjaya meredah badai....

Dalam pada itu ada orang lain yang "mendekati"mu... "mengenali"mu.. "merapati"mu.... dan "berkenalan" denganmu.... ada yang ingin berganding dengan dikau... dan aku izinkan... dan aku sentiasa memberi tahu mereka "jaga Kekasihku baik2... dia je la yang aku ada kat UTM ni, inilah kekasihku untuk sekarang ni... dialah "isteriku" untuk masa ini".....dan aku melepaskan kau sementara dalam jagaan mereka dalam keadaan resah.. risau.... andai engkau terluka... andai engkau disakiti...tidak lama kemudian engkau menjadi rebutan.... dan aku terpaksa merelakan kau digandingkan dengan mereka atas asbab tidak ingin mereka berduka

setelah sekian lama kira-kira dua tahun setengah bersamamu,...

Kemudian engkau mula "ternoda"...ada "parut" yang mula tercarik.. ada yang tanggal dari dirimu...hilang...... pakaian yang untuk melindungimu mula lusuh..ada yang perlu ku jahitkan untukmu..... kau tidak lagi secantik dahulu....kini ketika kau digandingkan denganku kita tidak sehebat dahulu.... aku melihat rakan-rakanku mempunyai kekasih baharu yang lebih menasyikkan dari dikau.... walaupun kadang kala hatiku tergugah.... aku cuba untuk terus setia

kemudian aku berfikir... dan aku mula berfikir....

"kecantikan itu tidak akan kekal abadi... ia umpama bunga... pada asalnya ia akan kembang mekar dan akhirnya ia akan layu....dan aku adalah kumbang... jangka hayatku juga tidak lama... aku juga akan tua... aku akan terus setia....Ya!!... aku akan terus setia walau ada yang lain dihatiku...dan andai aku miliki yang lain... engkau akan terus kekal di hatiku sebagai "kekasihku pertama"....."

sedikit demi sedikit...Untuk menunjukkan rasa sayang padamu aku membeli perhiasan untukmu.... perhiasan lama yang hilang aku gantikan....aku membeli juga kelengkapan keselamatan kerana aku takut kau tercedera oleh tangan durjana... aku juga membelikan kau kelengkapan terbaru...." kaca mata" untuk engkau... gelang yang comel...sebagai hadiah jasa engkau setia padaku...Kini kau kembali cantik bagiku ...

"biarlah engkau tidak cantik di mata orang lain asalkan kau cantik di mata hatiku"


sehingga kini aku menggunakan kau sebaiknya... aku ingin bersama kau menjadi aset aku ke syurga.... memori yang kau dan aku rakamkan bersama aku siarkan di FB.... agar ia menjadi tatapan betapa besarnya dan betapa hebatnya kekuasaan Allah dalam mencipta keindahan alam....  aku terharu apabila ramai yang mengucapkan "subhanallah" tatkala memori aku dan engkau hasilkan menjadi tatapan mereka... kemudian aku mula nukilkan ayat2 kitab suci... dan juga permata-permata hadis dalam setiap memori kita bersma agar menjadi pengajaran untuk orang lain....


nampaknya setelah menulis panjang aku terleka dalam memberi tahu siapa "kau" sebenarnya

Tadaaaa........




My Old Look DSLR


Inilah "kau" itu my d3000... ye....mmg kalau compare dengan teknologi semasa dah ketinggalan... tp banyak jasanya..... sedih sangat bila ada yang cederakan "kekasih material" saya ni.....dan sekarang sy dah mula hias balik.... insyaAllah kamera ni sy simpan sebagai kenangan... kamera pertama saya...bila saya ada duit dan beli baru saya akan beri kat isteri saya nanti kamera ni...selepas tu menjadi milik anak anak saya.... 

banyak gambar2 lain dibawah... cuma  pesan saya kepada  photographer... gunalah kamera anda sebaiknya... jangan salah gunakan... gunakanlah untuk perkara yang memberi manfaat... kepada photographer islam.... tunjukkanlah pada dunia tentang kebesaran ilahi.... tunjukkan juga pada dunia kerosakan-kerosakan yang mereka lakukan... kita sebagai photographer inilah senjata kita....dan jadikanlah senjata ini sebagai saham akhirat di syurga... bukan saham akhirat di neraka... 

hmm jangan fikir saya ni terlalu materialistik... saya beli kamera ni ada atas asbab2 tertentu macam saya cerita dia atas.... sy beli ni asalnya nak tolong kawan.....dan kamera ini masih lagi berjasa kepada semua.... saya bukanlah photographer professional....jadi gambar yang diambil biasa-biasa sahaja

Upgrade pelan2.... siap ada gelang :)... lens pendek sy x jual... sy sayang..




bag kat belakang tu dah tukar.... dah berjahit2 dah bag tu

ni bag baru saya.... mudah dibawa ke mana2
2nd hand je


Burung-burung di utm


Termenung dalam program bakti siswa


Tupai yang berkeliaran... comellll



Bersama adik2 usrah main lightning


musuh ketat...kak non... i am nikon


rasengan......:)


langit macam gula-gula kapas


di indonesia


gambar ni time nak gi indonesia



slow shutter... kat terengganu

waktu ni meredah hujan time bati siswa... risau sngt kamera rosak

cantikkan pemandangan kat kg sedili kechil.... ada rever cruise

bergambar dengan family


bersama anak-anak yatim islam pontian

hurmmm???



yang ni abg sy yang kahwin... nampak je garang tp baik..


yg ni dari lensa kamera kawan kat terengganu

candid dari lensa kawan sebelum my d3000 di upgrade