Sunday, May 30, 2010

BIRTHDAY-SEMOGA PANJANG UMUR?????????

Asalamualaikum seringkali kita mendengar sambutan hari lahir dan juga ucapan hari lahir , di sini sy ingin berkongsi  ilmu saya yang sedikit  kepada rakan2. sy bukanlah seorang yang layak mengeluarkan hukum, tetapi meyakini pendapat2 ustaz, ustazah dan ulama yg dipercayai. mari kita lihat perkara di bawah


Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya; “…Adapun perayaan-perayaan Negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”

namun perbincangan utama yang sy ingin bawakan ialah ucapan SEMOGA PANJANG UMUR.  Lebih baik kiranya ucapan ini tidak diucapkan sebaiknya kita ucapkan dengan ucapan yang lain misalannya
1. semoga ceria selalu
2 rezeki dimurahkan
3 bahagia dunia dan akhirat
4. dan sebagainya

kita doakanlah kebahagiaan mereka yang menyambut hari lahir..

mesti ada yang bertanya kenapa tidak digalakkan mengucapkan semoga panjang umur?
mari kita lihat ayat di bawah:


وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَى وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
(35:11)
35:11 : Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuan pun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lohmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.
akhirulkalam tegurlah sy jika sy salah. dan ingatlah orang yang mengingati kematian adalah orang yang mengingati tuhannya

"selamat hari lahir =  selamat menghadapi kematian"


Tuesday, May 25, 2010

MAHASISWA LESU??????

Asalamualaikum dan salam sejahtera.... teringat satu dialog.....(nama disimbolkan utk tdk mngaibkan sesiapa)

" S, jom ar join program ni dengan aku best skit ramai2"
" x mau la A, aku hujung mggu ni nk tido, dan study"
"ala bila lagi nak join program, skrg je masa free, sem depan jam kedit dah belambak dah jomla S"
"x nak aku, pening kepala la nk handle bnda alah ni, leceh sory eh ko cari la orang len"

dialog di atas sy yakin kebanyakan dari kita sudah biasa mendengarnya. sy akui dulu sy juga seperti itu. dan malas melibatkan diri dalam apa jua program. Tapi apabila sy menyedari manfaatnya ianya banyak membantu saya dalam kehidupan berhari2...

oleh kerana sy juga pernah menjadi orang yang lesu sy tahu ianya cuma alasan bagi kita utk memalaskan diri kita. apa yang sy nampak orang yang lesu ini lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan juga main computer game . yang mengejutkan kebanyakan orang yang aktif berpersatuan keputusan peperiksaannya lagi tinggi dari yang lesu ni

saya ada seorang rakan yang sebelum ni yang tidak pernah melupakan komputernya tetapi setelah menyertai Majlis Perwakilan Mahasiswa beliau telah banyak berubah dan saya kagumi kepimpinan beliau.

 kesilapan sesetengah pihak yang menganggap mahasiswa yang tidak berpolitik adalah lesu. ingin sy tekankan bahawa orang yang cuma memandang dari sudut politik sahaja adalah yang paling lesu. ingat kita perlu memandang dari segenap sudut dan jangan mengecilkan kotak pemikiran kita. tujuan kita menjadi ajk program adalah untuk mendapatkan kemahiran kendiri yang akan membantu kita sehari-hari. tidak pula sy katakan salah untuk berpolitik tapi biar kena tempatnya.

kalau selalunya kita sering diberitahu kebaikan berpersatuan kini sy buat sebaliknya dengan memberitahu kekurangan bagi yang tidak berpersatuan

KEBANYAKANNYA
1. "alamak mcm mana nak buat kertas kerja ni"
2 " wei, aku takut la nak call orang ni ko tolong cakapkan tuk aku"
3 "nak tulis surat mcm mna eh"
4" idea aku buat apa hang nak campoq"
5 gagal menggunakan masa sebaiknya apabila di luar nnt
6. macam2 lagi

"WHO STAND FOR NOTHING WILL FALL FOR EVERYTHING"

Saturday, May 22, 2010

LAYAKKAH AKU ATAU LAYAKKAH ENGKAU

AQ 49:11. Wahai orang-orang yang percaya (beriman), janganlah sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan jangan juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan jangan mencari kesilapan sesama sendiri, dan jangan juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim. (surah al-hujurat ayat 11)


Asalamualaikum sahabat-sahabat sekalian di sini sy membawa satu tajuk yang sy rasakan amat penting utk dibicarakan... perkara ini sy ingin berkongsi bersama rakan2 dan seandainya saya tersilap menyusun kata dalam perkongsian ilmu ini tegur2lah saya

ayat di atas di ambil dari maksud ayat ke 11 surah al hujurat...dalam ayat ini kita disuruh agar menghormati dan menjaga persaudaraan sesama manusia dan memberitahu kita agar tidak menjadi org yang fasiq

walaupunbegitu jangan di salahtafsir dengan demi menjaga keharmonian sesama manusia sehinggakan kita  membenarkan yang batil dan menghalang yang hak... bukan begitu tetapi kita menjaga keharmonian sesama insan dengan cara yg baik...

bagaimana caranya??? begitu banyak sahabatku sekalian.... namun topik yang ingin sy bawa hari ini adalah LAYAKKAH AKU ATAU LAYAKKAH ENGKAU
sekiranya kita lebih bnyk mempersoalkan layakkah engkau maka kita sentiasa mencari yang terbaik dari mereka dan kadangkala melampaui sehinggakan mencari kesalahan mereka... apa yang harus kita tekankan adalah persolan LAYAKKAH AKU DALAM DIRI KITA

seandainya kita seorang pemimpin kits perlu sering muhasabah diri adakah kita menjadi pemimpin hanya sekadar nama? harta? pangkat? sijil? layakkah kita sebagai pemimpin utk menjadikan rakyat kita juga kelak sebagai pemimpin seperti kita? layakkah kita sebagai pemimpin menjadi teladan kepada rakyat? layakkah kita menjadi pemimpin utk memajukan sesuatu ummah tanpa meninggalkan nilai islam?

bagi rakyat pula: layakkah kita sebagai rakyat mengikut kata2 pemimpin tanpa mngira baik buruknya? layakkah kita tanpa menegur kesalahan pemimmpin? layakkah kita tanpa mengerjakan perkara baik yang disuruh pemimpin? layakkah kita menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin?

persoalan2 di atas bukanlah utk merendah2kan diri kita sehingga kita takut.. tapi sebagai muhasabah diri utk menjadikan kita seorang yang terbaik... sy yakin dan percaya andai kita semua menjaga akhlak kita dengan baik masyarakat sekeliling akan turut mengikuti jejak kebaikan kita... maka kesimpulannya kita semua hendakalah memperbaiki diri untuk menjadikan setiap perkara di sekeliling kita turut menjadi yang terbaik'

"JIKA ENGKAU INGIN YANG TERBAIK JADIKANLAH DIRIMU TERBAIK"

wallahhualam