Monday, July 22, 2013

Siapa yang tak sudi??????

asalamualaikum, dah lama tak update blog, mungkin kali ini sedikit personal..... apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat rasanya tak lekang dari gurau dan senda mengenai jodoh..... siap ada yang kata "maila aku carikan tuk demo"..... "xkan xde yg sudi kot...."

bukan x ada yg sudi.... dari yang biasa, bertudung labuh, hatta yang berniqab ada yang hadir meluahkan perasaan.... siapa yang x sudi dengan mereka yang terdidik solehah... cuma aku bukanlah yang terbaik.... setiap kali mereka hadir dalam benak fikiran aku buang jauh2..... aku berhentikan perhubungan walaupun like status2 mereka.... aku berhentikan....

aku bukanlah orang yang suka memuji... hatta profile picture wanita aku memang tidak akan like di fb..... ber"private message" bukanlah cara aku utk mengambil hati..... seriusly aku menyampah dengan kesekian makhluk yang mengupdate gambar di fb bagai nak rak...... yang berniqab dah jd mcm wanita yg biasa apabila pelbagai jenis gaya diupload... dan akhirnya mendapat pujian....

"subhanallah, cantiknya ciptaan tuhan"

"bidadari dunia, untungnya siapa dapat enti"

"hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati ana"

dan sebagainya........

Allah...... bagaimanakah insan yang baru atau ingin berubah kepada islam apabila mereka melihat seseorang yang berpakaian islam tetapi perhiasannya menjadi pameran.... ketahuilah, secebis niqab itu tidak membezakan andai rasa malu itu tidak hadir dalam diri......

lelaki juga mempunyai hati dan perasaan.... lelaki juga ada ego.... tetapi aku rasa lemah bila lelaki begitu mudah memuji sesuka hati.... adakah kalian suka andai isteri anda dipuji lelaki lain???? tergamakkah anda membiarkan isteri anda menjadi bahan pujian lelaki lain atas rasa nafsu....... jangan mudah menyentuh hati seorang muslimat andai anda masih belum berupaya memiliki...... masjid jemaah masih belum ramai... tadarus al-quran di bulan ramadhan masih sunyi....  masjlis ilmu masih kosong.... apakah cukup layak kau mengisi hati seorang muslimat....

sekurang2nya bagi diri mampu berdikari.... seusai cukup ilmu dan sedikit harta.... pinang dan nikahilah.. dan ingat.... tunang bukanlah lesen lulus.... ia cuma lesen pengenalan shja.... bahkan aku amat sedih apabila majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan... apa salahnya bersederhana......


untuk pengetahuan aku bertanya pada ibu dan ayahku.... mereka tidak benarkan... betullah... ibu dan ayah itu lebih tahu mengenai anak mereka..... maka atas sebab itu aku merasakan aku akan mendengar kata mereka.. apa salahnya bertahankan hati 2-3 tahun lagi.... lagipun aku sedan mengalami detik getir dengan pelajaranku...... insyaAllah aku akan cuba bertahan...


aku tidak tahu apa yang akan berlaku padaku.... mungkin esok aku akan menjadi seseorang yang aku "benci" dalam penulisan ku ini..... kerana aku tahu Allah SWT murka pada org yg tidak beramal dengan apa yg dikatakannya (Rujuk surah As-saff)....  dan aku haya insan biasa.... tak lekang dari dosa..... bantulah aku juga... semoga kita dalam redhaNya

Monday, February 25, 2013

Suasana Yang Dirindui- UTM berselawat

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar!!!! Allahummasolliala sayyidinamuhammad.... sallallahuala muhammad, sallallah alaihiwasallam....


Hampir menitis air mata, takjub dengan kekuasaan Allah s.w.t.... yang telah membenarkan, yang menakdirkan hadir ribuan pecinta-pecinta ilmu hadir ke UTM untuk program utm berselawat.....

pada awalnya aku hadir untuk jadi photographer

seminggu sebelum program
aku:
 banyak lagi tak settle, banner tak taruh (pasang), flyers banyak lagi tak edar...."

wawan:
"tapi ramai dah tahu kot, dah ada keluar radio johor dan ikim

aku:
ada 40 000 flyers ni, 200 banting... mana nak campak... takut terbazir

arif yang menggantung banting

masuk surat khabar

sebahagian dari poster



luqman:
 banyak tu....

wawan:
pasang je mana yang mampu.. insyaAllah boleh

wawan berjalan kedepan suatu ketika untuk briefing crew2 dan ajk ingat lagi antara isi ucapan

"kalau rasulullah berdakwah sampai, kena baling batu, berdarah sampai ke kasut, takkan nak tampal poster pun tak boleh??"

gambar wawan


Isnin 18 februari 2013
aku ke pejabat bendahari untuk uruskan yuran .... tiba-tiba....
pengetua:
 asalamualaikum, afiq ke ni?? awak ke yang uruskan gimik perasmian???

aku:
 haaa??? yeke?? saya xde idea tapi insyaAllah boleh tolong... (dalam hati dah gelabah, apa la aku nak buat dengan gimik)

pengetua memberikan no telefon anaknya izzat, tapi malangnya dia tiada di utm sehingga hari sabtu

dup dap dup dap (berdebar-debar)


22 februari 2013 Jumaat
malam sebelumnya kami mengadakan solat hajat dan bacaan yasin,

aku dan luqman ditugaskan mengedarkan flyer di masjid mutiara rini, alhamdulillah, ajk surau saudara herryanto sudi membuatkan pengumuman tanpa perlu sebarang surat bahkan dia kata "silakan, boleh-boleh, takde masalah "
sebelum khutbah bermula, dia memberikan pengumuman, dan kami diumumkan untuk program terakhir


allahuakbar, banyaknya program yang clash hari ahad...
aku:
aku rasa macam tak ramai kot yang hadir sebab banyak program sekitar sekudai yang clash, ada ustaz bollywood, habib syeikh, dan sebagainya"

luqman:
 kali ni ramai yang berkumpul kat skudai, x pernah rasa meriah macam ni, tengok jela nanti
gambar luqman

aku:
 xpe, at least kita dah cuba

dalam perjalanan pulang kami singgah ke sebuah masjid yang tidak diketahui (saja singgah) untuk letak flyers utk yg terakhir

ada khabar berita yang NC utm tidak dapat hadir, dalam sejenak kami terasa sedikit "down", tambahan pula ada masalah maklumat atau informasi diberikan pada mufti....namun dalam sejenak kami kembali beristighfar dalam hati, lantas berdoa semuanya berjalan lancar

23 februari 2013-sabtu
malam itu malam yang paling penat dirasakan

aku:
program besar tp ajk lelaki alahai, pupus kot.....

kawan:
dah macam universiti perempuan

aku:
universiti tarbiyyah muslimah kot haha

dalam hati terasa malu melihat kebanyakan para muslimat yang mengangkat dan menyusun kerusi

rehearsel bermula agak lewat, dalam jam 10 malam, beberapa kali ulang acara dilakukan untuk mengamaskan flow majlis, mata semakin berat untuk dibuka, perut semakin berkeroncong

rehersel tamat jam 12 malam lebih, setelah menghantar beberapa ajk muslimat pulang ke kolej (risau biarkan mereka berjalan kaki tengah2 malam) aku menuju ke N24 utk mengisi perut namun di sana penuh sebab ramai yang hadir untuk menonton perlawanan bola di screen besar.... aku pun pulang kembali dan mula menyediakan sedikit bahan untuk montaj esoknya


24 februari-hari kejadian

pagi
gimik perasmian (berjalan lancar)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar, gimik perasmian hampir sempurna, kawalan lampu pentas yang sangat baik (sangat kagum dengan ajk2 gimik)

sesampainya tiba ustaz don, imam muda asyraf dan brother shah kirit dewan sultan iskandar yang boleh dipenuhi 3000 orang satu2 masa sudah mula dibanjiri , ada yang duduk di lantai, di tangga dan tidk kurang juga ada yang berdiri



anggaran lebih dari 5000 orang yang hadir

kerusi2 terpaksa diisi di bahagian hadapan sebaris dengan kerusi VVIP, dan sebenarya sudah terlebih... kerusi di stor pun hampir habis, para ajk mula keletihan pucat dan tidk berdaya, mana tidknya sehnggakan kerusi diangkat sehingga ke tingkat dua dewan

sewaktu itu ada serorang 'bro' ni tegur

bro 1:
ramainya, ada 4 buah bas dari sekolah kami nak datang ni

aku:
allahuakbar, insyaAllah ada ruang lg... kami akan cuba

bro 2:
4 buah bas? saya ada dua lg nak sampai ni

aku dan farhan terkejut....... allahuakbar, suasana apakah ini? suasana biah solehah yang jarang-jarang kami rasai.... penat kian tidak terasa, terasa nikmat, allahuakbar, hilang segala penat melihat suasana indah begini..... lapar tidak terasa walaupun bibir terasa pucat

program berjalan lancar sehingga ke zohor dan diteruskan dengan pengajian talaqqi oleh syeikh nuruddin


petang
mula terasa lapar dan sedikit terkilan tidak dapat hadir ke talaqqi, ada benda di dewan yang perlu diuruskan, montaj perlu disiapkan... terasa cemburu mendengar suara syeikh nuruddin berselawat, berqasidah dari masjid.... dalam hati aku turut berselawat....


malam
aku tidak pulang ke bilik masih di dewan menyusungambar2 untuk montaj, beberapa kali ketika sedang asyik menyusun dan mencorak montaj software montaj mengalami masalah, window telah menutup softwar secara tiba2.... aku berhenti solat magrhib dan isya di masjid, hanya doa kepada Allah agar semua berjalan lancar... selepas isya wawan menemani aku di "bilik gelap"
dia turut takut  (cuak) bila banyak kali software crash.... terima kasih juga kepada emul dan muhammad kerana mengambil gambar2 terakhir utk qasidah dan tausiyyah malam itu.... namun akhirnya alhamdulillah... kira-kira jam 10.30 malam montaj siap..... aku bergegas mencapai kamera.... berjalan melalui tangga tepi dewan dan duduk berhampiran pasu bunga semata-mata untuk mendengar tausiyyah dari habib ali... lara di hati sedikit terubat bila mendengar nasihat2 beliau..... antaranya

"mereka (sahabat nabi) mencintai nabi dan mendahulukan nabi saw, walaupun ditegah nabi asalkan tidak bercanggah dengan syara', contohnya ketika saidina abu bakar menjadi imam dan nabi berada di belakang saidina abu bakar setelah mencelah2 masuk dari belakang ke saf hadapan, lantas sahabat2 lain yang melihat menegur saidina abu bakar dengan menepuk2 belakang tangan untuk memberi tahu bahawa baginda ada di belakang, dan disebabkan itu saidina abu bakar menoleh ,hanya kepala bukan dadanya dan melihat nabi saw, dan berundur walau ditegah dan ditahan, dan kemudian nabi saw ke hadapan mengimamkan solat.... seusai solat.... 


baginda bertanya:mengapakah kau berundur abu bakar
saidina abu bakar: siapalah aku untuk mengimamkan seorang nabi yang dimuliakan...."


aku berundur kembali ke atas pentas (terlihat chief sedang membimbing kanak2 khas yang cacat penglihatan untuk turun dari pentas, aku lantas naik menghulurkan bantuan

kanak2 golongan kelainan upaya


ilmuan yang bertausiyyah

ketika di belakang pentas, terasa sebak didada apabila mereka berusaha mengecam selipar atau capal yang mereka gunakan..... ada yang mengetuk2 ke lantai dan ada yang menyentuh sehingga ke tapak kasut..... dan cara mereka mengenali rakan juga berbeza ada yang menyentuh muka, atau perut untuk mengenali rakan mereka.... 

betapa aku bersyukur ya Allah akan nikmat kurniaan penglihatan

program diakhiri dengan montaj dan jam 11.30 malam semua bersurai..... dewan dikemaskan dan kami beberapa orang muslimin menuju ke N24 untuk mengisi perut.... dalam hati tidak terasa begitu letih bila program selesai dengan jayanya


gambar dengan hafiz hamiddun

gambar dengan brother shah

gambar dgn ustaz don


alhamdulillah, alhamdulillah......alhamdulillah...........................



lepas ni kalau ada lg memang nak join jd ajk lg.... ^_____________________^









Wednesday, January 9, 2013

~wanita solat tanpa telekung~

dulu aku seorang "kanak-kanak" di usia baligh... hanya berusia namun kurang berakal.... banyak juga yang kurang dimengerti..... namun pengalaman itu mendidik... agar aku lebih dewasa...

aku seorang yang suka ke program berbentuk khidmat masyarakat,motivasi dan seangkatan dengannya... kerana aku seorng yg suka memerhati, belajar dan memahami.... sambil itu aku mengrefleksi diri... melihat kekurangan... dn sentiasa cuba berubah...

satu program ke balai cerap di sekitar pusat pengajianku diawal tahun pengajianku mmpunyai kisah tersendiri.... dianjurkan oleh badan kelab kerohanian kolej.... sebelum bergerak ke puncak kami disuruh mengambil wuduk katanya.....

sampai ke puncak kami melihat sinar pagi mula terbit.... dan kam menunaikan solat dhuha di sana secara berjemaah.... disebabkan ada golongan wanita  aku tertanya pada hati  dan dalam hati berkata.... "lelaki je kot yang solat"...

namun aku terkejut.... ketika sesudah salam trakhir aku akhirnya perasan yang mereka turut solat di belakang..... dalam sekali pandangan.... ada yg tidak bertelekung....jika yang bertelekung pun mereka adalah "junior" yang baru mndaftar....

dalam hati terasa pelik... "bukanke kalau perempuan kalau solat kena pakai telekung".... "bukan ke kena ada tabir"

dari situ aku belajar... bahawa tabir yg digunakan di surau atau masjid adalah sekadar satu ruang untuk wanita merpersiagakan diri untuk solat...ianya bukan wajib sebgai syarat berjemaah....

dan dari situ aku belajar... pkaian yang menutup aurat dan bersih adalah pakaian yang boleh terus dibawa untuk bersolat.....

maka adakah kita terasa pakaian kita sempurna menutup aurat (khususnya wanita)??? adakah sekadar menutup aurat ketika hendak bersolat?? dan untuk lelaki... adakah anda berjaya menabirkan hati2 anda??? anda sendiri boleh menilainya........


gambar dibalai cerap