Sunday, October 31, 2010

pesanan buat kekasih

video

Monday, October 25, 2010

AKAD NIKAH- SETULUS MANAKAH IA??????????????


Perkahwinan???????
apakah ertinya bagi diri anda dan juga saya?
indahnya perkahwinan bukanlah sekadar menghalalkan hubungan suami isteri semata-mata
tetapi adalah sebagai sebahagian pelangkap keimanan
apabila satu perkahwinan diikat atas jalinan yang sah
menangislah syaitan kerana sebuah lagi baitulmuslim telah terbina
hasutan si syaitan ke arah zina dan maksiat yang sebelum ini datang berderu kini tinggal sepahnya
NAMUN
suami dan isteri perlu sedar tanggunggjawab mereka
ikatan perkahwinan juga bukan pelerai kasih syg anak dan keluarga
bukan juga pengganggu kehidupan
bagi si suami fahamilah hati isteri yang lembut adalah demi menahan egomu
dan isteri
keegoan suami adalah untuk melindungimu
Tahniah kepada kakak dan abang ipar
Aisyah dan Azizan kerana telah berjaya membina mahligai duniawi yang meruntuhkan hasutan syaitan yang direjam
ingatlah
bahawa ayah dan ibu sentiasa inginkan terbaik demi anak2
justeru 
mahligai yang terbina jangan dibiarkan kosong tanpa pengisisan kasih sayang dan kerohanian
Allah telah menjanjikan rezeki bagi yang berkahwin
Allah juga telah menjanjikan kehidupan yang aman dalam perkahwinan
namun ia akan berkekalan andai perkahwinan itu dibajai keimanan


ayahanda huri sendiri mewalikan anaknya



kedua2 ibunda pengantin yang sentiasa ingin yang terbaik bagi anaknya




kepada kakak.. renunglah jerih payah ibumu untuk engkau menjadi isteri yang baik


anak sedaraku yang comel aku merinduimu
pernikahan ini telah berlangsung pada 23 hb 10 yang lepas... aku pulan ke kampung bagi menolong apa yang patut... selepas ini giliran alangku pula
aku?????????? haha belum lagi rasanya
iman kat hati masih terasa cetek
terasa gagal lg utk mnjadi pemimpin dir
calon isteri???
aku cuma dapat berdoa agar aku ditemukan isteri yang solehah
kekasih????
cukuplah kekasihku Allah, Rasul, keluarga dan para sahabat.......

Thursday, October 21, 2010

BaHaNa ExaM- AdaKah AnDa JugA BeGiNi?????????????


video
asalamualaikum,
agak kelakar bila tengok video ni
mgkin kadang terasa juga seperti apa yang berlaku pada diri
jadi sy menyeru sahabat2 untuk berusaha sebaik mungkin untuk peperiksaan
memetik kata2 Imam Syafie RadiyaLlaahu 'anhu:
"Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah berilmu, barangsiapa inginkan akhirat hendaklah berilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya sekali hendaklah berilmu"
so jangan malas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 19, 2010

BASIS 10 (Bakti Siswa 2010)

alhamdulillah setelah melalui hari2 yang dirasakn sukar menguruskan kertas kerja kehulu dan kehilir akhirnya program BASIS tlh dilaksanakan dgn agak jayanya di Kampung Belukar Durian...
-terima kasih kepada bobo walaupun dia tidak dapat hadir ke sana... insyaAllah kami akan doakan ayah bobo sembuh dengan cepat...
-terima kasih juga kepada syafiq azmi kerana menumpangkan keretanya yang telah memudahkan proses pergerakan
-minta maaf kepada unit multimedia yg buat bannner sbb x sempat tempah
-minta maaf kpd ajk aktiviti sbb apa yg dirancang tidak dpt dijayakan
-terima kasih kepada en azam dan en mahdan selaku core program



-saya yakin kebanyakan yang hadir dalam program kali ini adalah pelajar yang akan menghabiskan kokurikulum buat kali yang kedua dan terakhir
-saya selaku PIC mohon maaf atas segala kekhilafan
-semoga segala ilmu yang dapat jangan kita sia2kan
-cintailah keindahan alam yang Allah swt telah kurniakan kepada kita.............

Wednesday, October 13, 2010

AyAh... MaK..... AnAkmu InI AkAn CuBa YaNg TerBaIk


video

ingat lagi pesan ayah dan mak yang sering terngiang.....
"kalau hidup dalam dunia ni jangan orang menunggu kerana lambat, kamu yang patut tunggu orang kat depan kalau nak berjaya"
"korang ni kalau bangun lambat mana rezeki nak ada"
"jangan tinggal solat"

kalau waktu ambil reportkad kat sekolah
"kalau anak sy ni nakal cikgu rotankan je, dia ni memang nakal"

sewaktu hantar kat mrsm dan universiti
"jngn tggal solat, jaga diri baik2, jgn nakal, blaja rajin2, kalau ada pape nak duit ke bgtau je mak ngan ayah"

waktu exam...
"banyakkan berdoa, baca quran, makan benda berkhasiat jangan kedekut sangat bab makan"

dari dulu jarang mak dan ayah tanya " result kamu macam mana??????????" ,

yang selalu tanya "kamu belajar ok ke tak"

bukan sebab mereka x prihatin.. tapi mereka cukup bangga andai kata anak mereka jadi insan yang baik
anakandamu minta maaf andai kata anakandamu ini gagal menjadi insan yang baik

TeRiMa KaSiH SaHaBaTkU SeKaLiAn






Asalamualaikum, aku amat berterima kasih kepada semua rakan-rakan, memang aku amat stress baru-baru ni.... aku minta maaf atas segala kesilapan aku.... terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan dari sudut material dan rohaniah kepada diri ini... aku amat-amat menghargai jasa korang... aku mnta maaf x dapat beri apa2 sebagai balasan... insyaAllah aku akan doakan kebahagiaan korang dunia dan akhirat... aku rasa amat bersalah kerana aku banyak menyusahkan korang.... wallahualam

Thursday, October 7, 2010

Roberto ... cerita menyayat hati

AlAhmad Izzah Al-Andalusy..
~cerita ini amat menyentuh perasaan..~

Suatu petang, di Tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.
Setiap banduan penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras' milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseoran mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. "Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.


Dengan marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala. Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata,"Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALlah tempatmu di Syurga."


Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak marahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai.


"Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa kami, Tuhan Jesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahu minta maaf dan masuk agama kami."


Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan dingin. Ia lalu berucap,


"Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."


Sejurus sahaja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto.


"Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!" ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustaz yang telah lemah.


Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.
Setelah tangan tua itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung.


"Ah...seperti aku pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku ini."


Suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama
itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.


Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak.


Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa gugur di bumi Andalusia.


Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin petang yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak kanak comel itu melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan kanak - kanak itu mendekati tubuh sang ummi yang tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."


Budak kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu apa yang harus dibuat . Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.


"Hai...siapa kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon belas kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar. Tiba-tiba "Plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...! Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu."


Budak itu mengigil ketakutan, sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu hidup bersama mereka.


Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria, "Abi...Abi...Abi..." Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.


Pemuda bengis itu terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.


Sang ustaz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini sedang memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.


Sang ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran Allah.


Sang Abi dengan susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu," Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla IllaahailALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana ini.


Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..."
Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.


Benarlah firman Allah...
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS>30:30)


Syeikh Al-Islam Turki yang terakhir iaitu As-Syeikh Mustafa Al Basri telah menegaskan dalam bukunya ...


Sekularisma yang memisahkan ajaran agama dengan kehidupan dunia merupakan jalan paling mudah untuk menjadi murtad.


Dari : Al-Manahil

Monday, October 4, 2010

UTM-UMP "we are the next leader"


assalamualaikum dan salam sejahtera

pada 2-3 oktober yang PESAT (Persatuan Sains dan Teknologi) UTM telah ke Universiti Malaysia Pahang mengadakan program kepimpinan..... kami terasa tidak asing di sana kerana pihak UMP menyambut kedatangan kami dengan mesra
antara aktiviti yang menarik adalah
1. orientering
2. ldk
3. tarik talik
4. diskusi


ACARA TARIK TALI






















 SELEPAS ORIENTARING
















kami amat berterima kasih atas sambutan yang diberikan. percayalah kami akan merindui sahabat2 di UMP

 BERSAMA GROUP 4


group 4 yang telah memenangi group terbaik
AHLI GROUP:
-ikin
-aizat
-azura
-azrin
-izzah
-afiq huri
-unknown


BEAUTIFUL FLOWER

saya akan merindui sahabat2 UMP
diharapkan anda akan melawat kami di sini

"LEADER ARE CREATING LEADER"