Wednesday, November 30, 2011

CITA-CITA.....MARTABAT....dan....HAK: Isu ISMP( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Asalamualaikum, bangun awal hari ini dari hari-hari sebelumnya, baru-baru ini saya terkesan dengan isu yang dibawakan mahasiswa sejak dua menjak ini, lantas saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu ini iaitu isu penempatan ISMP


Apa itu ISMP?
ISMP itu adalah singkatan daripada perkataan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan... yakni adalah bagi mahasiswa yang mengambil kursus pendidikan di universiti-universiti seluruh Malaysia...tidak kiralah sama ada di UTM, UPSI, UKM, UPM atau di mana sahaja universiti.

Kenapa Isu Ini Mula Kedengaran?


Ramai yang tidak mengetahui isu ini kerana merasakan bahawa mereka tidak terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan. Pada dasarnya memang sudah lama diketahui bahawa ramai graduan daripada pendidikan universiti menghadapi pengangguran yang tinggi akibat bergelut dan berebut tempat daripada guru-guru yang keluar daripada Maktab Perguruan, Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI), dan  daripada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Namun suatu statement yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku menteri pelajaran ketika ini menyatakan bahawa guru-guru lepasan universiti perlu mencari ruang kerja yang lain. Maka selepas itulah yang menyebabkan isu ini bertambah hangat dibincangkan

Cita-Cita


Kenapa saya kaitkan dengan cita-cita? Semua orang mempunyai cita-cita. Setahu saya bukan mudah untuk memohon menjadi mengambil ijazah dalam pendidikan. Di UTM sendiri, kemasukan pelajar ke fakulti pendidikan pointer mereka mestilah 3.00 ke atas. dan kebanyakan mereka memasukinya adalah dari pilihan2 utama semasa mendaftar pemilihan kemasukan secara online ke universiti-universiti seluruh Malaysia.
Secara analogi yang dapat saya bawakan, seorang lelaki ingin meminang seorang wanita dan setelah berjaya kemudian mula mengumpulkan wang untuk perbelanjaan kahwin tiba-tiba si ayah membatalkan pertunangan atas asbab yang tidak sepatutnya seperti, cari wanita lain, anak saya tak sepadan untuk si jejaka sedangkan hanya selangkah sahaja lagi untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Martabat


Saya bukanlah daripada pelajar yang mengambil jurusan pendidikan tetapi daripada sarjana muda sains industri. tetapi mengikut sejarah golongan yang banyak memperjuangkan kemerdekaan adalah daripada golongan guru. Saya rasa institusi yang sangat terkenal dengan sejarah kemerdekaan adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI. Sudah hilangkah martabat mereka untuk tidak langsung diberi ruang dalam dunia pendidikan? saya berharap perkara ini difikir kembali oleh pihak yang berwajib

Hak


Apakah itu hak? saya rasa ramai yang menyamakan dengan definisi keadilan yang kita fahami sebagai kesama rataan. Dalam Islam hak atau keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. sebagai analogi si suami mengambil hati mertuanya dengan menghadiahkan si ayah mertua dengan kopiah manakala si mak pula dengan tudung. taklanlah nak hadiahkan kedua-duanya tudung mahupun kopiah.
Apa yang ingin saya tegaskan pernyataan mahasiswa ISMP untuk mencari kerja lain adalah sangat tidak wajar kerana mereka memang dilatih untuk berada dalam dunia pendidikan. Hal ini melainkan andai kata mereka sendiri ingin memilih atau menukar kerjaya selepas bergraduasi kelak.


“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”. (
Riwayat Muslim)


BUANGKAN SIKAP KESELESAAN


Kenapa saya underlinkan tajuk di atas?? saya ingin memberi tahu isu ini bukan sekadar isu yang perlu diketahui oleh mahasiswa ISMP sahaja. bahkan perlu di bawa dan di ambil cakna oleh seluruh mahasiswa dan sekiranya boleh seluruh institusi pendidikan. Siapa tahu hari ini mereka punya nasib diketepikan tetapi esok hari kita semula yang mengalami nasib yang sama? Isu ini perlu diketengahkan semua pihak agar hitam putih yang baik dapat memihak kepada mahasiswa ISMP.

Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesimpulan saya begitu mudah
"mahasiswa merupakan aset yang dipinjamkan kepada universiti sekembalinya nanti adalah untuk berbakti kepada masyarakat nusa dan negara"




Wednesday, November 16, 2011

Batik Dan Pelikat



Batik Dan Pelikat
Sekali Imbas Tidak Terfikir Untuk Dibicarakan
Apatah Lagi Untuk Dibaitkan Dalam Puisi
Tanpa Sedari Cantik Menjadi Madah Bertingkah Kata

Batik Dan Pelikat
Menjadi Penutup Aurat Adam Dan Hawa
Segak Pelikat Di Simpang Bahu Dan Pinggang Si Adam
Ayu Menutupi Kerudung Kepala Si Hawa
Melangkah Sopan Pulang Dan Pergi Dari Masjid Dan Surau
Tak Salah Memakai Ke Kenduri Dan Kendara

Batik Dan Pelikat
Sungguh Berjasa Kepada Si Kecil
Menjadi Alas Gantungan Buaian
Namun Berjaga Juga Dengannya
Lembutnya Mampu Menjadi Senjata 
Tersadung Rebah Meningkah Musuh

Batik Dan Pelikat
Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja
Menggantikan Seluar Dan Kain Yang Kotor
Suci Memakai Mengkhusyukkan Solat
Namun Si Batik Ada Lebihnya
"Lepasnya" Ia Menjadi Penghijab
Kemas Menutup Diri Jenazah

Batik Dan Pelikat
Budaya Unggul Seni Nusantara
Manfaatnya Jauh Melangkaui Samudera




Asalamualaikum, maaf lama tak menulis, masa agak mencemburui dengan sibuk dengan keadaan sebagai final year student..... jadi saya menganggap bahawa menulis ini adalah satu reward atau hadiah atas asbab melepaskan stress daripada kesuntukan masa...


oh ya... kenapa saya bawa tajuk ni ye? entahla cuma terlintas setelah usai solat magrib tadi di surau.... sebab saya selalunya kalau pulang ke kampung halaman di perak saya akan utamakan kain pelikat dahulu dan letakkan di dalam beg sandang. selain daripada sebagai kain untuk sembahyang saya gunakan sebagai selimut ketika berada di dalam bas.


teringat dulu tiada sampin yang match dengan baju melayu ketika sambutan hari raya di mrsm, lantas apa lagi, kain pelikat yang menjadi sampin, walaupun sederhana, tapi bag saya banyak manfaat.


ingat lagi ketika kecil-kecil dahulu, saya sering bermain ninja-ninja dengan kawan dengan mengikat kemas di kepala yang nampak hanya dua biji mata sahaja....


dulu saya dan rakan-rakan agak nakal, kain pelikat lah kami guna melibas orang. sakit tau..... jadi jangan buat kat orang ye...


ingat lagi tak kalau ada permainan buta-buta atau jalan kaki tiga, pasti kita akan guna kain pelikat mahupun batik.


walauapapun sebenarnya post ni nak bagitahu, yang kain pelikat dan batik banyak kegunaan, dan paling penting boleh jadi pengganti seluar atau kain yang kotor untuk dibawa solat...


wallahualam