Wednesday, November 16, 2011

Batik Dan Pelikat



Batik Dan Pelikat
Sekali Imbas Tidak Terfikir Untuk Dibicarakan
Apatah Lagi Untuk Dibaitkan Dalam Puisi
Tanpa Sedari Cantik Menjadi Madah Bertingkah Kata

Batik Dan Pelikat
Menjadi Penutup Aurat Adam Dan Hawa
Segak Pelikat Di Simpang Bahu Dan Pinggang Si Adam
Ayu Menutupi Kerudung Kepala Si Hawa
Melangkah Sopan Pulang Dan Pergi Dari Masjid Dan Surau
Tak Salah Memakai Ke Kenduri Dan Kendara

Batik Dan Pelikat
Sungguh Berjasa Kepada Si Kecil
Menjadi Alas Gantungan Buaian
Namun Berjaga Juga Dengannya
Lembutnya Mampu Menjadi Senjata 
Tersadung Rebah Meningkah Musuh

Batik Dan Pelikat
Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja
Menggantikan Seluar Dan Kain Yang Kotor
Suci Memakai Mengkhusyukkan Solat
Namun Si Batik Ada Lebihnya
"Lepasnya" Ia Menjadi Penghijab
Kemas Menutup Diri Jenazah

Batik Dan Pelikat
Budaya Unggul Seni Nusantara
Manfaatnya Jauh Melangkaui Samudera




Asalamualaikum, maaf lama tak menulis, masa agak mencemburui dengan sibuk dengan keadaan sebagai final year student..... jadi saya menganggap bahawa menulis ini adalah satu reward atau hadiah atas asbab melepaskan stress daripada kesuntukan masa...


oh ya... kenapa saya bawa tajuk ni ye? entahla cuma terlintas setelah usai solat magrib tadi di surau.... sebab saya selalunya kalau pulang ke kampung halaman di perak saya akan utamakan kain pelikat dahulu dan letakkan di dalam beg sandang. selain daripada sebagai kain untuk sembahyang saya gunakan sebagai selimut ketika berada di dalam bas.


teringat dulu tiada sampin yang match dengan baju melayu ketika sambutan hari raya di mrsm, lantas apa lagi, kain pelikat yang menjadi sampin, walaupun sederhana, tapi bag saya banyak manfaat.


ingat lagi ketika kecil-kecil dahulu, saya sering bermain ninja-ninja dengan kawan dengan mengikat kemas di kepala yang nampak hanya dua biji mata sahaja....


dulu saya dan rakan-rakan agak nakal, kain pelikat lah kami guna melibas orang. sakit tau..... jadi jangan buat kat orang ye...


ingat lagi tak kalau ada permainan buta-buta atau jalan kaki tiga, pasti kita akan guna kain pelikat mahupun batik.


walauapapun sebenarnya post ni nak bagitahu, yang kain pelikat dan batik banyak kegunaan, dan paling penting boleh jadi pengganti seluar atau kain yang kotor untuk dibawa solat...


wallahualam

2 comments:

nurbeena said...

Pelikat n batik sgt banyak kegunaannya. sampai skrg akak masih menggunkannya.
Ms zaman kanak2 dulu batik n pelikat akak n adik beradik gunakan sebagai main buai @ khemah yg dimasukkan ke kaki kerusi berkaki empat. sgt seronok!

SElamat maju jaya kulaan.

afiqhuri91 said...

kulaan? banjar ye... hehe.... owh menarik tu, generasi sekrg kurg kreatif berbanding kita2

Post a Comment