Monday, December 5, 2011

Kisah Benar Merintis Kalbu:Kasih Seorang Ibu





Assalamualaikum, sewaktu menyelongkar bahan-bahan berunsur ilmiah di dalam laptop terjumpa artikel ini tersorok di celahan folder..... sebelum ni pernah terbaca dari blog orang lain... katanya kisah benar.... saya tidak dapat memberikan kepastian... walaubagaimanapun cerpen kisah ini mampu menyentuh kalbu siapa yg membacanya.... semoga ada ibrah yg boleh diambil

Kisah Benar Merintis Kalbu:Kasih Seorang Ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Wednesday, November 30, 2011

CITA-CITA.....MARTABAT....dan....HAK: Isu ISMP( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)

Asalamualaikum, bangun awal hari ini dari hari-hari sebelumnya, baru-baru ini saya terkesan dengan isu yang dibawakan mahasiswa sejak dua menjak ini, lantas saya terpanggil untuk mengulas mengenai isu ini iaitu isu penempatan ISMP


Apa itu ISMP?
ISMP itu adalah singkatan daripada perkataan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan... yakni adalah bagi mahasiswa yang mengambil kursus pendidikan di universiti-universiti seluruh Malaysia...tidak kiralah sama ada di UTM, UPSI, UKM, UPM atau di mana sahaja universiti.

Kenapa Isu Ini Mula Kedengaran?


Ramai yang tidak mengetahui isu ini kerana merasakan bahawa mereka tidak terlibat secara langsung dalam dunia pendidikan. Pada dasarnya memang sudah lama diketahui bahawa ramai graduan daripada pendidikan universiti menghadapi pengangguran yang tinggi akibat bergelut dan berebut tempat daripada guru-guru yang keluar daripada Maktab Perguruan, Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI), dan  daripada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Namun suatu statement yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku menteri pelajaran ketika ini menyatakan bahawa guru-guru lepasan universiti perlu mencari ruang kerja yang lain. Maka selepas itulah yang menyebabkan isu ini bertambah hangat dibincangkan

Cita-Cita


Kenapa saya kaitkan dengan cita-cita? Semua orang mempunyai cita-cita. Setahu saya bukan mudah untuk memohon menjadi mengambil ijazah dalam pendidikan. Di UTM sendiri, kemasukan pelajar ke fakulti pendidikan pointer mereka mestilah 3.00 ke atas. dan kebanyakan mereka memasukinya adalah dari pilihan2 utama semasa mendaftar pemilihan kemasukan secara online ke universiti-universiti seluruh Malaysia.
Secara analogi yang dapat saya bawakan, seorang lelaki ingin meminang seorang wanita dan setelah berjaya kemudian mula mengumpulkan wang untuk perbelanjaan kahwin tiba-tiba si ayah membatalkan pertunangan atas asbab yang tidak sepatutnya seperti, cari wanita lain, anak saya tak sepadan untuk si jejaka sedangkan hanya selangkah sahaja lagi untuk memasuki gerbang perkahwinan.

Martabat


Saya bukanlah daripada pelajar yang mengambil jurusan pendidikan tetapi daripada sarjana muda sains industri. tetapi mengikut sejarah golongan yang banyak memperjuangkan kemerdekaan adalah daripada golongan guru. Saya rasa institusi yang sangat terkenal dengan sejarah kemerdekaan adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI. Sudah hilangkah martabat mereka untuk tidak langsung diberi ruang dalam dunia pendidikan? saya berharap perkara ini difikir kembali oleh pihak yang berwajib

Hak


Apakah itu hak? saya rasa ramai yang menyamakan dengan definisi keadilan yang kita fahami sebagai kesama rataan. Dalam Islam hak atau keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. sebagai analogi si suami mengambil hati mertuanya dengan menghadiahkan si ayah mertua dengan kopiah manakala si mak pula dengan tudung. taklanlah nak hadiahkan kedua-duanya tudung mahupun kopiah.
Apa yang ingin saya tegaskan pernyataan mahasiswa ISMP untuk mencari kerja lain adalah sangat tidak wajar kerana mereka memang dilatih untuk berada dalam dunia pendidikan. Hal ini melainkan andai kata mereka sendiri ingin memilih atau menukar kerjaya selepas bergraduasi kelak.


“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”. (
Riwayat Muslim)


BUANGKAN SIKAP KESELESAAN


Kenapa saya underlinkan tajuk di atas?? saya ingin memberi tahu isu ini bukan sekadar isu yang perlu diketahui oleh mahasiswa ISMP sahaja. bahkan perlu di bawa dan di ambil cakna oleh seluruh mahasiswa dan sekiranya boleh seluruh institusi pendidikan. Siapa tahu hari ini mereka punya nasib diketepikan tetapi esok hari kita semula yang mengalami nasib yang sama? Isu ini perlu diketengahkan semua pihak agar hitam putih yang baik dapat memihak kepada mahasiswa ISMP.

Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah dia mengasihi saudaranya, seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Kesimpulan saya begitu mudah
"mahasiswa merupakan aset yang dipinjamkan kepada universiti sekembalinya nanti adalah untuk berbakti kepada masyarakat nusa dan negara"




Wednesday, November 16, 2011

Batik Dan Pelikat



Batik Dan Pelikat
Sekali Imbas Tidak Terfikir Untuk Dibicarakan
Apatah Lagi Untuk Dibaitkan Dalam Puisi
Tanpa Sedari Cantik Menjadi Madah Bertingkah Kata

Batik Dan Pelikat
Menjadi Penutup Aurat Adam Dan Hawa
Segak Pelikat Di Simpang Bahu Dan Pinggang Si Adam
Ayu Menutupi Kerudung Kepala Si Hawa
Melangkah Sopan Pulang Dan Pergi Dari Masjid Dan Surau
Tak Salah Memakai Ke Kenduri Dan Kendara

Batik Dan Pelikat
Sungguh Berjasa Kepada Si Kecil
Menjadi Alas Gantungan Buaian
Namun Berjaga Juga Dengannya
Lembutnya Mampu Menjadi Senjata 
Tersadung Rebah Meningkah Musuh

Batik Dan Pelikat
Mudah Dibawa Ke Mana Sahaja
Menggantikan Seluar Dan Kain Yang Kotor
Suci Memakai Mengkhusyukkan Solat
Namun Si Batik Ada Lebihnya
"Lepasnya" Ia Menjadi Penghijab
Kemas Menutup Diri Jenazah

Batik Dan Pelikat
Budaya Unggul Seni Nusantara
Manfaatnya Jauh Melangkaui Samudera




Asalamualaikum, maaf lama tak menulis, masa agak mencemburui dengan sibuk dengan keadaan sebagai final year student..... jadi saya menganggap bahawa menulis ini adalah satu reward atau hadiah atas asbab melepaskan stress daripada kesuntukan masa...


oh ya... kenapa saya bawa tajuk ni ye? entahla cuma terlintas setelah usai solat magrib tadi di surau.... sebab saya selalunya kalau pulang ke kampung halaman di perak saya akan utamakan kain pelikat dahulu dan letakkan di dalam beg sandang. selain daripada sebagai kain untuk sembahyang saya gunakan sebagai selimut ketika berada di dalam bas.


teringat dulu tiada sampin yang match dengan baju melayu ketika sambutan hari raya di mrsm, lantas apa lagi, kain pelikat yang menjadi sampin, walaupun sederhana, tapi bag saya banyak manfaat.


ingat lagi ketika kecil-kecil dahulu, saya sering bermain ninja-ninja dengan kawan dengan mengikat kemas di kepala yang nampak hanya dua biji mata sahaja....


dulu saya dan rakan-rakan agak nakal, kain pelikat lah kami guna melibas orang. sakit tau..... jadi jangan buat kat orang ye...


ingat lagi tak kalau ada permainan buta-buta atau jalan kaki tiga, pasti kita akan guna kain pelikat mahupun batik.


walauapapun sebenarnya post ni nak bagitahu, yang kain pelikat dan batik banyak kegunaan, dan paling penting boleh jadi pengganti seluar atau kain yang kotor untuk dibawa solat...


wallahualam

Sunday, October 16, 2011

Beyond Expectation: My Life As Motivator (helping hands dan makum)


asalamualaikum
dah lama rasanya tidak menyelongkar blog diri sendiri... apa khabar pelayarilmu-pelayarilmu sekalian? harap sihat sentiasa

BULAN YANG MEMENATKAN
Sejak masuk universiti semula selpas bercuti 4 bulan yang lepas sehinggalah sekarang ini saya terikat dengan begitu banyak program sehinggakan tekanan yang ada terasa sukar dan berat...mujurlah ada rakan-rakan yang membantu.. antaranya sebagai :
1. montage maker together with pmi
2. timbalan  pengarah majlis perujian tilawah al-quran antara universiti2 malaysia
3. ketua operasi helping hands di pertubuhan anak yatim islam pontian

Majlis Perujian tilawah al-quran



alhamdulillah setelah menjadi pengarah bagi saringan tilawah peringkat utm yang lepas .... nampaknya Allah telah memberikan ruang dan kekuatan buat diri untuk bersedia menghadapi cabaran....
dalam perujian kali ini dengan membawa tiga pertandingan besar Khat, Tilawah dan Prisma sedikit perbezaan yang telah dibawakan berbanding pada tahun yang lepas di mana
1. ajk diambil daripada seluruh UTM bukan sekadar persatuan berasaskan kerohanian sahaja
2. peserta tilawah dan khat diasingkan mengikut gender


 alhamdulillah juga johan bagi tilawah da khat nasakh telah di menangi oleh abg Azam dan kak Ummu Hazimah... mereka merupakan wakil utm

walaubagaimanapun bagi yang tidak memenangi atau yang menang suka saya memperingatkan bahawa jagalah niat hanya untuk mengimarahkan ilmu islam dan kalah atau menang adalah suatu adat yang seharusnya tidak perlu dipandang begitu tinggi nilainya.........


saya  juga telah menyediakan montaj penutup kerana saya merasakan bahawa inilah kemungkinan besar program terbesar saya di universiti... alhamdulillah ramai yanng berpuas hati dan mengucapkan syabas..... saya amat terharu dengan penghargaan yang diberikan.....bagaimanapun saya percaya program ini tidak berjalan dengan lancar andai tiada kerjasama yang padu daripada seluruh ajk.... pesan dari sy:
1. jika anda pengarah jangan sekadar mengarah tetapi jadilah pembimbing
2. jadilah motivator kepada rakan anda
3. berikan kepercayaan pada rakan kerja anda
4. jika stress kongsilah dengan rakan-rakan
5. ikat hati2 dengan ahli rakan kerja anda
jika ini dapat dilakukan program akan berjalan dengan lancar... ingatlah permulaan kejayaan sesuatu program bermula daripada keterikatan hati para pekerjanya..... maafkan kesilapan saya dalam menjalankan tugas.......



(abang azam mengungguli musabaqah al-quran)



(kak Ummu bertudung ungu mengungguli khat nasakH)


(bergambar bersama urusetia)

(bergambar bersama johan musabaqah Al-Quran)


Helping Hands
bagi program ini pula yang telah di"pengarahi" oleh saudari Noraihan Afiqah bt Rawi bersama ajk Persatuan Sains dan Teknologi (PESAT) saya ucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan program ini.... program yang berlangsung di Pertubuhan Anak Yatim Islam Pontian telah membuktikan bahawa pelajar fakulti yang berasaskan pengetahuan sains juga mampu mendekati masyarakat......

dalam program ini telah berjaya membawa kelainan dengan menyatukan mantan ajk PESAT(termasuk saya) dan senior senior, ajk sekarang, beberapa pelajar tahun akhir dan tahun pertama... satu perkara yang menarik adalah kira-kira 70 mahasiswa fakulti sains utm telah  menjadikan diri mereka abang dan kakak angkat kepada 44 anak yatim..... maka kami meletakkan seorang anak yatim mempunyai seorang abang atau kakak angkat..... kami diiringi 5 pensyarah yang sangat humble dan modest......

Myself as Motivator:modul keinsafan: beyond expectation:
pada mulanya saya sekadar pergi atas tiket photographer walaubagaimanapun atas permintaan pengarah meminta saya membawa modul kesedaran.... selain itu atas pertujuan fasilitator utama (dalam 10 orang) saya dilantik menjadi kem komander atau ketua operasi di mana segala arah di sana akan dikeluarkan oleh saya..... walaubagaimanapun atas pengalaman berkecimpung lama dalam dunia program saya merasakan tolak ansur dalam penerimaan pendapat adalah penting dalam menjaga ukhwah

dalam modul keinsafan terdapat beberapa cabaran yang saya hadapi:
1. modul dijalankan dalam waktu siang sedangkan selalunya modul ini keberkesanannya adalah pada waktu malam
2. selain daripada anak yatim sebagai peserta kakak dan abang angkat juga turut menjadi peserta
3. agak resah memikirkan cara penyampaiaan untuk diberi sesuai kepada semua peringkat umur kerana dari semuda darjah 5 sehinggalah pelajar universiti yang berusia 25 tahun
4. Waktu siang yang cerah kurang memberikan penghayatan (expectation awal)
5. modul dijalankan setelah solat zohor(masa selalunya orang mula letih dan mengantuk)\
6. dewan yang agak kecil

saya agak resah jadi saya berusaha melakukan beberapa perkara
1. modul tidak diketahui para peserta dan pelajar utm termasuk fasi utama
2. menyediakan montaj dan lagu instrumen
3. membawa watak diri yang serius

alhamdulillah dengan rahmat Allah modul yang dibawa ini berjaya melampaui jangkaan saya....hampir kesemua menitiskan air mata termasuk fasi2 utama (walaupun  telah disuruh utk mengawal emosi)..... saya pun tidak tahu bagaimana tetapi yakin Allah telah memberikan saya kekuatan membawa modul ini dengan suatu perasaan bahawa saya membawa modul ini bukan kerana sekadar modul... tetapi adalah satu luahan hati kehati untuk membawa kesedaran kepada kita menjadi anak yang soleh....

 (noraihan selaku pengarah)



(myself as motivator)

(gambar 1)

(gambar 2)

(gambar 3)

(gambar 4)

(gambar 5)

(gambar 6)

 (gambar 7)

 (gambar bersama anak yatim da urusetia)






Friday, September 16, 2011

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

credit to blog khairulabdulhalim.blogspot.com

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap
 wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar
 dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan
 masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. 
Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan 
auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
 pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau 
kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah 
kita Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya 
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak 
melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, 
masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam
 cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum
hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri 
tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, 
takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat 
dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya 
mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas,
 lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya
 menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal 
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
 teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup 
kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita 
simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan 
perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan 
barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat 
ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali 
muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? 
Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih 
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak
 perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat
 pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA
 dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki,
 tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak
 lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan 
sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan
 harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia 
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung
 dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh
 sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!!
 Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah…
 itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
 bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri
 saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
 Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu 
oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah
 anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w.
 lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami
 lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda
 sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai
 tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya
 dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan 
Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. 
Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita
 jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada
 Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala 
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu
 janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang 
awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, 
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri 
yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
 berbanding kaum lelaki!”
-------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha
 Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah
 peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan
 dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
 bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal 
ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
 mengetahui.”
[al Baqarah, 216]

Jadilah Muslimah Acuan Al-Quran 


credit to blog 
khairulabdulhalim.blogspot.com