Monday, February 25, 2013

Suasana Yang Dirindui- UTM berselawat

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar!!!! Allahummasolliala sayyidinamuhammad.... sallallahuala muhammad, sallallah alaihiwasallam....


Hampir menitis air mata, takjub dengan kekuasaan Allah s.w.t.... yang telah membenarkan, yang menakdirkan hadir ribuan pecinta-pecinta ilmu hadir ke UTM untuk program utm berselawat.....

pada awalnya aku hadir untuk jadi photographer

seminggu sebelum program
aku:
 banyak lagi tak settle, banner tak taruh (pasang), flyers banyak lagi tak edar...."

wawan:
"tapi ramai dah tahu kot, dah ada keluar radio johor dan ikim

aku:
ada 40 000 flyers ni, 200 banting... mana nak campak... takut terbazir

arif yang menggantung banting

masuk surat khabar

sebahagian dari poster



luqman:
 banyak tu....

wawan:
pasang je mana yang mampu.. insyaAllah boleh

wawan berjalan kedepan suatu ketika untuk briefing crew2 dan ajk ingat lagi antara isi ucapan

"kalau rasulullah berdakwah sampai, kena baling batu, berdarah sampai ke kasut, takkan nak tampal poster pun tak boleh??"

gambar wawan


Isnin 18 februari 2013
aku ke pejabat bendahari untuk uruskan yuran .... tiba-tiba....
pengetua:
 asalamualaikum, afiq ke ni?? awak ke yang uruskan gimik perasmian???

aku:
 haaa??? yeke?? saya xde idea tapi insyaAllah boleh tolong... (dalam hati dah gelabah, apa la aku nak buat dengan gimik)

pengetua memberikan no telefon anaknya izzat, tapi malangnya dia tiada di utm sehingga hari sabtu

dup dap dup dap (berdebar-debar)


22 februari 2013 Jumaat
malam sebelumnya kami mengadakan solat hajat dan bacaan yasin,

aku dan luqman ditugaskan mengedarkan flyer di masjid mutiara rini, alhamdulillah, ajk surau saudara herryanto sudi membuatkan pengumuman tanpa perlu sebarang surat bahkan dia kata "silakan, boleh-boleh, takde masalah "
sebelum khutbah bermula, dia memberikan pengumuman, dan kami diumumkan untuk program terakhir


allahuakbar, banyaknya program yang clash hari ahad...
aku:
aku rasa macam tak ramai kot yang hadir sebab banyak program sekitar sekudai yang clash, ada ustaz bollywood, habib syeikh, dan sebagainya"

luqman:
 kali ni ramai yang berkumpul kat skudai, x pernah rasa meriah macam ni, tengok jela nanti
gambar luqman

aku:
 xpe, at least kita dah cuba

dalam perjalanan pulang kami singgah ke sebuah masjid yang tidak diketahui (saja singgah) untuk letak flyers utk yg terakhir

ada khabar berita yang NC utm tidak dapat hadir, dalam sejenak kami terasa sedikit "down", tambahan pula ada masalah maklumat atau informasi diberikan pada mufti....namun dalam sejenak kami kembali beristighfar dalam hati, lantas berdoa semuanya berjalan lancar

23 februari 2013-sabtu
malam itu malam yang paling penat dirasakan

aku:
program besar tp ajk lelaki alahai, pupus kot.....

kawan:
dah macam universiti perempuan

aku:
universiti tarbiyyah muslimah kot haha

dalam hati terasa malu melihat kebanyakan para muslimat yang mengangkat dan menyusun kerusi

rehearsel bermula agak lewat, dalam jam 10 malam, beberapa kali ulang acara dilakukan untuk mengamaskan flow majlis, mata semakin berat untuk dibuka, perut semakin berkeroncong

rehersel tamat jam 12 malam lebih, setelah menghantar beberapa ajk muslimat pulang ke kolej (risau biarkan mereka berjalan kaki tengah2 malam) aku menuju ke N24 utk mengisi perut namun di sana penuh sebab ramai yang hadir untuk menonton perlawanan bola di screen besar.... aku pun pulang kembali dan mula menyediakan sedikit bahan untuk montaj esoknya


24 februari-hari kejadian

pagi
gimik perasmian (berjalan lancar)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar, gimik perasmian hampir sempurna, kawalan lampu pentas yang sangat baik (sangat kagum dengan ajk2 gimik)

sesampainya tiba ustaz don, imam muda asyraf dan brother shah kirit dewan sultan iskandar yang boleh dipenuhi 3000 orang satu2 masa sudah mula dibanjiri , ada yang duduk di lantai, di tangga dan tidk kurang juga ada yang berdiri



anggaran lebih dari 5000 orang yang hadir

kerusi2 terpaksa diisi di bahagian hadapan sebaris dengan kerusi VVIP, dan sebenarya sudah terlebih... kerusi di stor pun hampir habis, para ajk mula keletihan pucat dan tidk berdaya, mana tidknya sehnggakan kerusi diangkat sehingga ke tingkat dua dewan

sewaktu itu ada serorang 'bro' ni tegur

bro 1:
ramainya, ada 4 buah bas dari sekolah kami nak datang ni

aku:
allahuakbar, insyaAllah ada ruang lg... kami akan cuba

bro 2:
4 buah bas? saya ada dua lg nak sampai ni

aku dan farhan terkejut....... allahuakbar, suasana apakah ini? suasana biah solehah yang jarang-jarang kami rasai.... penat kian tidak terasa, terasa nikmat, allahuakbar, hilang segala penat melihat suasana indah begini..... lapar tidak terasa walaupun bibir terasa pucat

program berjalan lancar sehingga ke zohor dan diteruskan dengan pengajian talaqqi oleh syeikh nuruddin


petang
mula terasa lapar dan sedikit terkilan tidak dapat hadir ke talaqqi, ada benda di dewan yang perlu diuruskan, montaj perlu disiapkan... terasa cemburu mendengar suara syeikh nuruddin berselawat, berqasidah dari masjid.... dalam hati aku turut berselawat....


malam
aku tidak pulang ke bilik masih di dewan menyusungambar2 untuk montaj, beberapa kali ketika sedang asyik menyusun dan mencorak montaj software montaj mengalami masalah, window telah menutup softwar secara tiba2.... aku berhenti solat magrhib dan isya di masjid, hanya doa kepada Allah agar semua berjalan lancar... selepas isya wawan menemani aku di "bilik gelap"
dia turut takut  (cuak) bila banyak kali software crash.... terima kasih juga kepada emul dan muhammad kerana mengambil gambar2 terakhir utk qasidah dan tausiyyah malam itu.... namun akhirnya alhamdulillah... kira-kira jam 10.30 malam montaj siap..... aku bergegas mencapai kamera.... berjalan melalui tangga tepi dewan dan duduk berhampiran pasu bunga semata-mata untuk mendengar tausiyyah dari habib ali... lara di hati sedikit terubat bila mendengar nasihat2 beliau..... antaranya

"mereka (sahabat nabi) mencintai nabi dan mendahulukan nabi saw, walaupun ditegah nabi asalkan tidak bercanggah dengan syara', contohnya ketika saidina abu bakar menjadi imam dan nabi berada di belakang saidina abu bakar setelah mencelah2 masuk dari belakang ke saf hadapan, lantas sahabat2 lain yang melihat menegur saidina abu bakar dengan menepuk2 belakang tangan untuk memberi tahu bahawa baginda ada di belakang, dan disebabkan itu saidina abu bakar menoleh ,hanya kepala bukan dadanya dan melihat nabi saw, dan berundur walau ditegah dan ditahan, dan kemudian nabi saw ke hadapan mengimamkan solat.... seusai solat.... 


baginda bertanya:mengapakah kau berundur abu bakar
saidina abu bakar: siapalah aku untuk mengimamkan seorang nabi yang dimuliakan...."


aku berundur kembali ke atas pentas (terlihat chief sedang membimbing kanak2 khas yang cacat penglihatan untuk turun dari pentas, aku lantas naik menghulurkan bantuan

kanak2 golongan kelainan upaya


ilmuan yang bertausiyyah

ketika di belakang pentas, terasa sebak didada apabila mereka berusaha mengecam selipar atau capal yang mereka gunakan..... ada yang mengetuk2 ke lantai dan ada yang menyentuh sehingga ke tapak kasut..... dan cara mereka mengenali rakan juga berbeza ada yang menyentuh muka, atau perut untuk mengenali rakan mereka.... 

betapa aku bersyukur ya Allah akan nikmat kurniaan penglihatan

program diakhiri dengan montaj dan jam 11.30 malam semua bersurai..... dewan dikemaskan dan kami beberapa orang muslimin menuju ke N24 untuk mengisi perut.... dalam hati tidak terasa begitu letih bila program selesai dengan jayanya


gambar dengan hafiz hamiddun

gambar dengan brother shah

gambar dgn ustaz don


alhamdulillah, alhamdulillah......alhamdulillah...........................



lepas ni kalau ada lg memang nak join jd ajk lg.... ^_____________________^