" S, jom ar join program ni dengan aku best skit ramai2"
" x mau la A, aku hujung mggu ni nk tido, dan study"
"ala bila lagi nak join program, skrg je masa free, sem depan jam kedit dah belambak dah jomla S"
"x nak aku, pening kepala la nk handle bnda alah ni, leceh sory eh ko cari la orang len"
dialog di atas sy yakin kebanyakan dari kita sudah biasa mendengarnya. sy akui dulu sy juga seperti itu. dan malas melibatkan diri dalam apa jua program. Tapi apabila sy menyedari manfaatnya ianya banyak membantu saya dalam kehidupan berhari2...
oleh kerana sy juga pernah menjadi orang yang lesu sy tahu ianya cuma alasan bagi kita utk memalaskan diri kita. apa yang sy nampak orang yang lesu ini lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur dan juga main computer game . yang mengejutkan kebanyakan orang yang aktif berpersatuan keputusan peperiksaannya lagi tinggi dari yang lesu ni
saya ada seorang rakan yang sebelum ni yang tidak pernah melupakan komputernya tetapi setelah menyertai Majlis Perwakilan Mahasiswa beliau telah banyak berubah dan saya kagumi kepimpinan beliau.
kesilapan sesetengah pihak yang menganggap mahasiswa yang tidak berpolitik adalah lesu. ingin sy tekankan bahawa orang yang cuma memandang dari sudut politik sahaja adalah yang paling lesu. ingat kita perlu memandang dari segenap sudut dan jangan mengecilkan kotak pemikiran kita. tujuan kita menjadi ajk program adalah untuk mendapatkan kemahiran kendiri yang akan membantu kita sehari-hari. tidak pula sy katakan salah untuk berpolitik tapi biar kena tempatnya.
kalau selalunya kita sering diberitahu kebaikan berpersatuan kini sy buat sebaliknya dengan memberitahu kekurangan bagi yang tidak berpersatuan
KEBANYAKANNYA
1. "alamak mcm mana nak buat kertas kerja ni"
2 " wei, aku takut la nak call orang ni ko tolong cakapkan tuk aku"
3 "nak tulis surat mcm mna eh"
4" idea aku buat apa hang nak campoq"
5 gagal menggunakan masa sebaiknya apabila di luar nnt
6. macam2 lagi"WHO STAND FOR NOTHING WILL FALL FOR EVERYTHING"
0 comments:
Post a Comment