Gumpalan itu mula meruntun resah
Denyut menjalar membawa aliran duka
Arus yang datang dan pergi terasa kotor!!!!
Penuh dengan cela-cela yang meracun saraf
Detik tika yang meningkat menyaingi gumpalan ini
Makin lama terasa denyutnya makin parah
Terkadang gentar hilang nadinya
Mana akan ku buang cela-cela itu?!?!!
Masihkah ada ruang untukku
Merawat gumpalan bernama HATI ini
Mampukah aku mencerahkan kembali cela yang kelam
Memburu aku dalam ketakutan tiap masa
Hati ini menjerit
Aku takut!!!!
Aku gentar!!!
Aku penuh dengan noda!!!
Aku hina!!!
Sungguh
aku amat gentar
tolong aku Ya Allah
aku amat lemah
aku amat hina
bantulah aku..... membina sebuah hati yang SUCI
1 comments:
assalamualaikum shbt,
Alhamdulillah..
imanmu bangkit bersuara..
bersyukur pdNya, kerana hati anda masih hidup..
Sedangkan ramai di luar sana yg tidak mnyedari titik2 hitam dan racun dunia sdng bertapak di hati mereka..
~peringtan utk diriku sendiri
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
(Surah al-Baqarah ayat 45)
Post a Comment