Thursday, June 9, 2011

.saya.jatuh.cinta.disebabkan.syaitan

.saya.jatuh.cinta.disebabkan.syaitan.

salam alaik semua..
copy from

tersebutlah kisah, seorang "lelaki A" datang 
berjumpa dengan seorang perempuan.. 
perempuan ini adalah yang paling "hot" di kampusnya, 
kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan..
sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah
 kerana dia ni seksi dan berada..
nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang 
berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut..
tapi sebelum tu, biar ana bagi tau kalian ciri-ciri 
lelaki A tu..lelaki A merupakan anak seorang Dato’ 
yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya..
nak pergi kampus pun pakai kereta mewah, kemudian 
ada driver pulak tu..awek mana tengok mesti 
melopong biji mata..




Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak..
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik.. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas.. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice.. Saya ada segala-galanya.. 
Harta.. kebahagiaan.. dan apa je awak mintak, saya boleh bagi..
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah.. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

seminggu kemudian, perempuan "hot" ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni "lelaki B".. penampilan lelaki B ni agak islamik..
pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu.. tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu..
 apa-apa pun, kenalah bersangka baik..




Alice  : Ha, ada apa erk?


Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa
 awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya.. saya..
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 '
awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah 
telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak..
Alice : Owh.. (Perempuan itu melihat jam tangannya) 
Maaflah, saya ada study group... Lain kali kita borak lagi..

maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang 
jawapan dari sang gadis itu..
seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh 
seorang lagi lelaki iaitu "lelaki C"..
 kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja..
wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu
 pada wajah itu.. tapi entahlah apabenda..
perempuan itu mengukir senyuman manis untuk 
lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini
 pasti akan bercakap benda yang sama..

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak..
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? 
Sebab Allah telah menghadirkan perasaan 
cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau.. awak jatuh cinta di sebabkan 
rupa saya.. atau saya ni seksi.. atau.. 
saya ni anak orang berada..
Lelaki C  : Demi Allah, semua itu tak betul..
 (Lelaki C berubah menjadi tegas).. 
Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi 
bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan
 Syaitan Durjana.. Syaitan yang mendorong saya untuk 
mengejar awak.. Ke mana saja awak jalan, mata saya
 akan mengekori awak..Tatkala rambut ikal awak 
terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau..
 Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di 
jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya..
Saya rasa rimas dengan perasaan saya.. Saya 
semakin hanyut.. Semakin terleka..
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa.. Mungkin hanya
 sekelumit simpati.. Hanya kalau awak sudi.. 
Maafkan saya, saya mohon untukberlalu..
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana 
saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak s
aya nak beritahunya kat awak.. Sesungguhnya nama
 yang saya pinjam ini sungguh mulia.. Saya pasti 
awak tau apa nak dibuat.. Maafkan saya, saya tak 
sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu 
sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga 
manusia.. ASalamu’alaikum..

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata..
2 tahun kemudian..

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil 
menghirup udara segar pagi.. 
tiba-tiba dia disapa oleh ibunya..

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga..
 Akif tak de ke pilihan hati Akif
 sendiri?
Akif : Entahlah ibu.. Susah kita nak mencari pasangan 
yang betul-betul berdiri di atas
 landasan yang teguh..
Ibu : Akif, ibu faham.. Memang susah nak cari orang
 yang seperti itu, kalau ada pun, 
nisbahnya kecil.. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia..
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita
 sebagai muslim.. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi
 pengubah..

Akif: Ibu.. Akif faham.. Insya Allah ibu, Akif akan cari
 seorang perempuan.. jika dia tak 
seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu..
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan 
dengan seorang gadis ini.. Dia baik dan manis juga 
orangnya.. Pekerjaannya juga mulia.. Dia bekerja sebagai 
seorang guru di sekolah menengah agama.. 
Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya.. 
Baik sungguh mereka itu..
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah..

seminggu sebelum hari pertunangan..waktu itu, Akif 
berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah.. 
baru kali pertama Akif ke sana.. rumah yang
 dijejakinya ini sungguh besar dan luas..
halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu 
teratur..bunga-bungaannya memukau mata.. suasana 
agak hingar-bingar..ibu Akif berada di dalam 
rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain 
menyiapkan juadah makan tengah hari bersama..
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman 
itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang
 gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian
 baju kurung.. entahlah baju kurung jenis apa yang 
penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman..
gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam 
sekeping gambar.. gambar yang diberi ibunya..
 mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu..
Akif: Assalamu’alaikum..
Alissa : Wa’alaikumsalam..
 (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan? 
(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif 
terlebih dahulu)
Akif: ya.. Akif Rahman Bin Razaq.. Awak belum jawab 
soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya..
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita 
bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya..
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz.. 
Sayalah Alice..
Akif: (terkesima) Subhanallah.. Awak dah berubah, 
saya langsung tak cam awak.. 
Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit
 simpati dari saya?
Akif: Alice.. (terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak.. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada 
pada awak..
Akif hanya tersenyum.. (':



"wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki 
yang keji.. dan lelaki yang keji 
diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan 
wanita yang baik diperuntukkan bagi
 lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan 
bagi waita yang baik pula.."
(An Nur: 26)

4 comments:

naiba said...

tatkala saya membace nukilan ini...bulu roma saya meremang...
semoga Allah pimpin dan beri hidayahNYA agar saya juga tidak hanyut di dalam arus pemodenan...
syukran di atas nukilan ini..ia sedikit sebanyak menyedarkan saya...

Nia Kmj said...

sgt menyentuh jiwa... semoga hadir dan kekal hidayah untuk sye dan semua muslimin dan muslimat :)

Sutera Iman said...

(^_^)

Uchop Kembara said...

terbaik.. teman mohon share kat wall teman

Post a Comment