Wednesday, January 18, 2012

100 Kumbang Dan 1000 Bunga



Asalamualaikum, apa khabar?  post sy kali ni adalah sedikit diskusi yang saya adakan di laman sosial facebook... selamat membaca dan memberi  pandangan

mari berdiskusi: ratio sekarang lelaki kepada perempuan adalah 1 kepada 7.... apa pendapat shbt sekalian............
  • Atiqah Hamid aik..bkn 1:10 ke??
    about an hour ago · 

  • Afiq Huri dah naik eh? hahaha... asif klu salah statistik... walauapapun pwanita lg ramai dari lelaki....
    about an hour ago · 

  • Atiqah Hamid hahaha...besa r 2...law xsalah...ana pnah bca bku(xingt tajuk),dia tli,akir zamn ratio pmpn n laki 50:1
    about an hour ago ·  ·  1

  • Afiq Huri betulla tu pernah dgr ceramah jga pasal ratio tu..janji Allah... sampai masa ia akan terjadi...
    about an hour ago · 

  • Atiqah Hamid hur,Betul r noh...Janji Allah,kn??
    about an hour ago · 

  • Afiq Huri yup.... cuma skrg ni kalau kita kaitkan masalah sosial sngt berleluasa... Baginda dtg mengangkat martabat wanita.... tp kini sekali lg jahiliyah itu kembali.... kalau dulu anak ditanam hidup2... tapi skrg dibuang merata2....
    about an hour ago ·  ·  1

  • Irdina Syakira boleh cerita x pasal yng ni saya x fhm cerita ni
    59 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid Afiq Huri,sila2...
    58 minutes ago · 

  • Irdina Syakira cuba lah cerita pasal yng ni
    58 minutes ago · 

  • Afiq Huri yang ni tu apa??? skop luas.. sbnrnya
    57 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid haah..perkecilkn skop 2..bru r ustz.Afiq dpt tell us more :)
    56 minutes ago · 

  • Irdina Syakira cerita ni pasal perempuan dan lelaki ke tapi apa maksudny tu
    55 minutes ago · 

  • Afiq Huri ish sy bukan ustaz.... jauh martabat sy berbanding ustaz.... sy insan biasa....hambaNya yg hina
    55 minutes ago · 

  • Afiq Huri baiklah sy timbulkan persoalan.... katakan dalam kalangan kumbang2.. katakan 100... berapa ekor yg anda rasa kumbang yang baik?
    53 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid ‎20...
    51 minutes ago · 

  • Afiq Huri agak2 la kalau ada 1000 kuntum bunga dalam taman tu berapa bnyk bunga yg 20 tu dapat lindungi?
    50 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..100 je kot...huhu
    48 minutes ago · 

  • Syawal KamiKaze ptot la laki skang mkin gatal,, asal ade pmpn lalu je na ayat.. hahaha..
    48 minutes ago · 

  • Afiq Huri rasa2 la apa yg jadi pada 900 kuntum bunga yang lain?
    47 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..terbiar n layu..am i right??
    46 minutes ago · 

  • Afiq Huri dan kemungkinan besar akan dirosakkan 80 kumbang yang lain kan?
    45 minutes ago ·  ·  1

  • Afiq Huri persoalan kedua.. agak2 la.. bagaimana 100 kuntum tu nak bersaing dengan 900 yang lain utk mendapat kumbg terbaik?
    45 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid bsaing utk jadi yg tbaik..so,dpt kumbg yg baik..
    43 minutes ago · 

  • Afiq Huri bagaimana caranya?
    43 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid u mean that flowers??
    42 minutes ago · 

  • Afiq Huri yup...kita fokus pda bnga
    41 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..jga klopak n madu 2 elok2..betul??
    40 minutes ago · 

  • Afiq Huri betul tu.... kalau kita kaitkan dengan suasana kita sebagai manusia agak2 mcm mana wanita ni nak dapat lelaki yang baik?
    39 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm...be yourself good n u will get the same..am i right??
    38 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid Janji Allah lam Surah An-Nuur:ayat 26...
    38 minutes ago · 

  • Afiq Huri thats right: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah An-Nuur:ayat 26.
    37 minutes ago · 

  • Afiq Huri tapi Allah juga kita berusaha kan.... ? rasa2nya ada pendapat x?
    36 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid yup...berusaha n brusaha..law kita baik,kita dpt suami yg xbaik..pasti 2 dugaan..n ksudhnnya slalunya,laki 2 brubh better or dorg cerai n pmpn 2 dpt suami yg ssuai ngn dia..n sbaliknya,,kn??
    34 minutes ago · 

  • Afiq Huri jauh sngt tu... baiklah kalau awak antara 100 kuntum bunga di antara 1000 tu...apa yg awak buat utk dapat laki yg soleh....
    33 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid like what i've wrote b4...cuba mnjadi baik...so,hak Allah r nk bgi yg cmne..sbb sye sntiasa berusaha mnjdinya...slalunya,Allah akn bgi spadan kita,kn..??(^_^)
    31 minutes ago · 

  • Afiq Huri ‎:) betul.... cuma bg sy dalam situasi skrg...kalau wanita yg baik agamanya dan ingin memelihara keturunan tiada salahnya dia mencari lelaki yang soleh dengan melamar terlebih dahulu.... dan lagi bagus andai poligami dipersetujui.....
    27 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..benar 2..(tpi,mampukh ak mpersetujui poligami??)
    ikhlas itu ssah..tpi,mncuba utk iklas itu perlu..(^_^)

    26 minutes ago · 

  • Afiq Huri baiklah... kalau awakla yang memiliki kebun tu.. awak sggup tak tengok bunga2 yg lain itu layu? dirosakkan oleh kumbang2 yang tidak bertanggungjawab?
    24 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid sbb 2 sye ktkn mncuba utk ikhlas 2 perlu..biar sama2 hidup,sama2 bersyukur..We re slave of Allah who have nothing..so,kta perlu utk sling mlengkapi kan...ksian lak bnga2 lain 2...hurmm..
    20 minutes ago · 

  • Afiq Huri hahahaha... ok..cuma sbnrnya sy nak bgtahu... lelaki ni susah nak jumpa yg baik... sy sndri pn jahil lg.... tiada istilah perigi cari timba... kalau dah jumpA dan BERSEDIA... risiklah.... dan kalau lebih baik lg selamatkan maruah wanita yang lain.... mcm sy ... insyaAllah setia pda yg satu.... cuma sy cuma merancang dan takdir Allah tentukan
    16 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid InsyaALLAH...smoga Allah tntukn yg tbaik yaa...:



    post ini bukanlah sekadar mengaitkan dengan alam  perkahwinan semata.. cuma mengajak kita berfikir bagaimana nak menyelamatkan maruah wanita, memelihara keturunan, menjadi lelaki dan wanita yang soleh, dan mengajar kita berusaha....
    andai ada komen amat2 di persilakan... wallahualam


    p/s tq pada atiqah hamid yg sudi menjadi rakan perkongsian bicara ketika itu


Sunday, January 15, 2012

Bingkisan Nota Lampu Merah



Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tidak mahu terlambat. Abaginya menunggu lampu merah bertukar menjadi hijau
merupakan  suatu jangka  masa yang  panjang . Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu yang sebentar tadi berwarna hijau 
berganti kuning. Hati Harun meyakini bahawa dia boleh melepasinya 
sebelum warna bertukar menjadi merah.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. Namun atas sikap yang
 tidak mengambil endah pedal minyak terus ditekan rapat.
  
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil merungut dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Ya Allah, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kahwin dulu
, kau apa khbar sekarang?"

"Aku baik je Alhamdulillah." dengan senyuman yang nipis Jamal membalas .

"Jamal...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. Di dalam akalnya dia mula ingin berdusta

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Maaf Harun, Sebenarnya aku nampak jelas apa yang terjadi.
 Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
mengoyakkan sehelai kertas dari buku catatannya sebelum di masukkan ke 
dalam sampul surat bersama ic dan lesen memandu . Beberapa saat kemudian
 Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang
 wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Harun mengambil sampul yang diselitkan Jamal.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Tapi, Harun terkejut.  lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Dan 
kenapa diberikan sekeping nota? 

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...Nota ini sudah lama ingin aku berikan  pada kau
sudah lama tersemat dalam diariku
kau mesti terkejut kenapa aku tidak menyaman kau 

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Aku sayang 
pada mereka. Kami hidup dalam keluarga yang bahagia.
Namun Allah lebih Sayangkan mereka, mereka sudah  pergi meninggalkan dunia ini
Mereka pergi meninggalkan aku.

Kau tahu harun.... 3 tahun yang lepas ketika mereka datang ke  persimpangan ini..
membawa makan tengah hari untukku... Ketika melintas jalan.. Mereka telah 
dirempuh sebuah kereta
Ya Harun
mereka Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 1 tahun. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Monday, December 5, 2011

Kisah Benar Merintis Kalbu:Kasih Seorang Ibu





Assalamualaikum, sewaktu menyelongkar bahan-bahan berunsur ilmiah di dalam laptop terjumpa artikel ini tersorok di celahan folder..... sebelum ni pernah terbaca dari blog orang lain... katanya kisah benar.... saya tidak dapat memberikan kepastian... walaubagaimanapun cerpen kisah ini mampu menyentuh kalbu siapa yg membacanya.... semoga ada ibrah yg boleh diambil

Kisah Benar Merintis Kalbu:Kasih Seorang Ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.