Sunday, January 15, 2012

Bingkisan Nota Lampu Merah



Suatu Hari.......
Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih
menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia
tidak mahu terlambat. Abaginya menunggu lampu merah bertukar menjadi hijau
merupakan  suatu jangka  masa yang  panjang . Kebetulan jalan
di depannya agak lengang. Lampu yang sebentar tadi berwarna hijau 
berganti kuning. Hati Harun meyakini bahawa dia boleh melepasinya 
sebelum warna bertukar menjadi merah.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun
bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. Namun atas sikap yang
 tidak mengambil endah pedal minyak terus ditekan rapat.
  
"Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.

Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan
tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh
sambil merungut dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat
pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati
Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.

"Ya Allah, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kahwin dulu
, kau apa khbar sekarang?"

"Aku baik je Alhamdulillah." dengan senyuman yang nipis Jamal membalas .

"Jamal...aku nak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."

"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.

"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak
sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat,
kawan-kawannya pun sedang menunggu "

"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt
kau langgar lampu merah di persimpangan ini."

Harun mesti ganti strategi. Di dalam akalnya dia mula ingin berdusta

"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu
merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta
sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Maaf Harun, Sebenarnya aku nampak jelas apa yang terjadi.
 Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."

Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke
dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal
mengoyakkan sehelai kertas dari buku catatannya sebelum di masukkan ke 
dalam sampul surat bersama ic dan lesen memandu . Beberapa saat kemudian
 Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang
 wajah Jamal dengan penuh kecewa.

Diturunkan tingkap sedikit saja.

"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun.

Harun mengambil sampul yang diselitkan Jamal.
Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas.

Tapi, Harun terkejut.  lesen memandu dan ic dikembalikan
bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Dan 
kenapa diberikan sekeping nota? 

Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan
Jamal.

------------ --------- --------- --------
"Harun...Nota ini sudah lama ingin aku berikan  pada kau
sudah lama tersemat dalam diariku
kau mesti terkejut kenapa aku tidak menyaman kau 

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang
cantik. Aku sayang 
pada mereka. Kami hidup dalam keluarga yang bahagia.
Namun Allah lebih Sayangkan mereka, mereka sudah  pergi meninggalkan dunia ini
Mereka pergi meninggalkan aku.

Kau tahu harun.... 3 tahun yang lepas ketika mereka datang ke  persimpangan ini..
membawa makan tengah hari untukku... Ketika melintas jalan.. Mereka telah 
dirempuh sebuah kereta
Ya Harun
mereka Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini.

Pemandu itu dihukum penjara selama 1 tahun. Sekarang pemandu itu
bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi.

Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian
menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar.

Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu.
Aku kecewa teramat sgt.

Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

------------ --------- --------- --------

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun,
Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas.

Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu
sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

0 comments:

Post a Comment