Friday, May 27, 2011

JIKA KITA MAMPU

kita mampu membeli ubat, tetapi kita tak mampu menyihatkan

kita mampu berseronok berfoya, belem tentu kita mampu mencapai ketenangan

kita mampu membeli makanan, belum tentu kenyang itu yang membantu

kita mampu memuaskan nafsu diri di jalanan, belum tentu kita mampu memuaskan hati yang kosong

jika ada lelaki mampu goda seribu wanita, belum tentu menjanjikan walau secubis kebahagiaan

jika ada kekayaan berlimpah ruah, belum tentu ia mampu membeli masa, kasih dan nyawa

jika kita mampu membeli seribu guru mendidik, jangan terkejut andai ilmu setitis tidak dimiliki

jika mampu kita beli al-quran secantik semahal permata, jika tidak dibaca jangan terkesima akan kekesalan

biar kita mampu menjadi pemimpin belum tentu kita mampu membimbing dengan amanah

Sunday, May 22, 2011

Apa Yang Dikatakan Hati



Hati sukar ditafsirkan..... kita sering bayangkan ia secantik ini


Ramai orang kata "Hati-hati dengan hati"

kerana hati seperti seperti api.......mampu meluapkan api kemarahan.....

hati juga kadang kala dikatakan sekeras batu..... sukar menerima sekadar mementingkan soal diri

hati juga sering hanyut dalam gelombang cinta dunia.... dan ramai yang kecewa

Namun,,,,, jika kita mengerti

Hati ini sesejuk ais....  bisa menyejukkan amarah


Hati ini selembut air.....mampu menenangkan jiwa yang resah

kadangkala seperti cahaya yang bisa menerangi jalan




apapun yang dinamakan hati ia adalah segumpal daging yang diciptakannya menjadikan kita berbeza dengan makhluk yang lain.....
jika kita tidak menjaga hati nescaya yang ada cuma 
amarah....
benci....
hasad..... 
nafsu mazmumah...
namun andai kita menjaganya....
dengan hati ini kita ada keinginan....
dengan hati ini kita ada kasih sayang....
dengan hati ini kita ada kekuatan yang sukar di mengerti

ayuh
kita cari rawatan hati kita

kita jaga

kita rawat

kita baiki dan perbaharui


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. 
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. 
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, 
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. 
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


maka: marilah kita hala kan hati kita dengan....



p/s: post ini ditulis ketika ini berwalang hati.... maaf sbb diri ini mengecewakan anda semua..... maaf hati ini gagal melakukan yang terbaik... hati ini tengah lemah.... namun hati ini tahu... hati ini tengah berwalang....lumpuh dengan dugaan yang mendatang,,,,.. DIA menjanjikan kekuatan bagi hambaNYA yang mencari kekuatan... mari kita bina hati itu,,,,,,,,,,,,,,, hati kepadaNYA....



Monday, May 16, 2011

SelAmAt HaRi GuRu

assalamualaikum, maaflah terlewat nak ucap... semalam trlampau letih mengerjakan latihan industri denganmembaca manual yang sangat-sangat tebal..... selamat hari guru semua..... mai afiq nyanyi lagu ni

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
.
Bermula a, b, c sampai z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
.
Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi berbagai petunjuk
Hari demi hari
Kami pun mengerti
.
Pelajaran nilainya tinggi
Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu !

lama x nyanyi lagu nih.... kepada semua cikgu dan bakal2 pendidik terima kasih.... jasamu tidak akan dapat diri ini membalasnya.... sob sob......
"sampaikanlah padaku walaupun satu ayat" (hadis)

Thursday, May 5, 2011

Cinta Buta-Sebuah Alkisah Versi Pelayarilmu

Cinta Buta-Sebuah Alkisah  Versi Pelayarilmu

beginilah kisahnya ada seorang gadis yang amat cantik... 

dia lahir dalam sebuah keluarga yang kaya....
dia sering dilayan bagaikan seorang puteri.....
namun malangnya gadis cantik itu kehilangan kebolehan pancaindera sejak lahir....
ya dia buta...
disebabkan itu dia sering merungut...
menyalahkan setiap takdir yang menimpa...
di sisi gadis cantik itu ada seorang kawan lelaki...
jejaka itu tampan dan kacak...
tidak kurang juga alimnya
sejak balighnya lelaki itu menjaga batas
apabila berada bersama dengan keluarga gadis itu....
dia sentiasa menasihati si gadis untuk tidak menyalahkan takdir....
dia sering memanjatkan doa untuk gadis itu....
sampai suatu hari jejaka itu nekad menikahi gadis itu...
lantas sebentuk cincin dihantar...
gadis itu bertanya "sudikah engkau menikahi aku yang buta..."
lelaki itu menjawab "aku sanggup kerana aku tidak memandang kecantikan dikau"
sebulan sebelum mereka bernikah ada khabar gembira dari pusat perubatan...
kata doktor ada yang ingin menderma mata bagi gadis itu....
jejaka dan gadis itu mengucapkan syukur....
sehari sebelum pernikahan....
pembedahan berjaya dilakukan...
gadis itu mampu melihat kembali...
di dalam cermin dia dapat melihat wajahnya...
dia sangat gembira...
pada keesokan harinya ketika  majlis pernikahan itu berlangsung....
gadis itu terkejut lantas pengsan apabila....
 melihat tunang yang bakal dinikahi itu buta...
dia tidak sanggup menikahi seorang jejaka yang buta...
melihat gadis itu sebegitu rupa jejaka itu berkata...
"aku redha dengan keputusan engkau tetapi ada dua perkara yang aku pinta"
gadis itu mengangguk
"pertama aku ingin engkau menjadi wanita yang cantik akhlaknya"
"kedua aku mahu engkau jaga mata aku sebaiknya"

Monday, April 25, 2011

-------------------- CINTA LUAR BIASA --------------------

------------ CINTA LUAR BIASA ---------
Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati.. 


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. . 

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. . 

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil.. 


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan.. 

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya.. 

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman.. 

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??
semoga diriku dapat merasai CINTA LUAR BIASA itu...
jika tidak merasai DUNIA...insyaALLAH...di AKHIRAT kelak tersedia untukku...AMIN YA ALLAH...AMIN YA RAHMAN...AMIN YA RABBAL ALAMIN...=)

Friday, April 22, 2011

WoMaN'S DaNgEr & EfFeCt Of ChEmIsTrY (bacaan lepas stress 2)




ASALAMUALAIKUM PELAYAR-PELAYAR ILMU SEKALIAN....
maaf menimbulkan kontrovesi dengan tajuk dibawa.... ingatlah sesuatu yang bahaya kesannya bukan pada seseorang individu bahkan pada orang sekelilingnya..... bukanlah post ini untuk menghina tetapi mengajak kita berwaspada... bukan diskriminasi kepada wanita sahaja... bahkan mengajak jejaka membuka minda..... bukanlah post ini sekadar membawa pembaca bergelak ketawa akan isi gambarnya tetapi sebagai tanda waspada.....perhatikanlah sajak di bawah... dan hayatilah




Wanita...
Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka...fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari...dan terus mencari...
Walaupun ada segalanya...
Apa yang tiada dalam syurga..?
Namun adam tetap rindukan hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu...
Untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi...seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus!!!
Mana munkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita...
Dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah Taala...
Kerana merekan diciptakan sebegitu rupa oleh Allah Taala...
Didiklah mereka...dengan panduanNya,
Janganlah cuba junakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinyamerekan akan menjadi semakin liar....
Kenallah merekan kepada Allah, zat yang kekal...
Disitu punca kekuatan dunia!!!
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu...
Hati serabut kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak...
Suburkanlah ia...
Kerana disitu nantinya mereka akan lihat nilaian
Dan keadilan tuhan
Bisikkanlah ketelinga mereka...
Bahawa kelembutan, bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi tuhan...
Sebaliknya...disitulah kasih sayang tuhan...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus...
Bahkan mereka akan semakin membengkok!!!
Itulah akibatnya andai wanita tak kenal tuhannya...
Bila wanita menjadi durhaka,
Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...
Lelaki...janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah diri kepadaNya...
Jinaklah diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala- galanya dibawah kepimpinanmu,
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH...
Andaikata dirimu tidak sehebat SAYYIDINA ALI KARRAMALLAHUWAJHAHU...
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Monday, April 18, 2011

CUBAAN BUNUH DiRi?????

Asalamualaikum, apa khabar semua, nampaknya study week dah menjengah dan sudah ada pun  pelajar-pelajar yang sudah mengambil peperiksaan.... setelah tekanan menguruskan saringan perujian tilawah al-quran peringkat UTM telah reda..... saya kembali fokus kepada pelajaran... terima kasih kepada yang banyak membantu.... 
pada post kali ini saya tidak mahu bercakap panjang cuma melampirkan gambar-gambar saya dan Azizi Mustafa melepaskan stress.... hahahaha mari kita lihat


Hari ini Selasa 19 April 2011, pada jam 6.30 am saya menghantar mesej pesanan ringkas kepada Azizi Mustafa sama ada dia nak ikut saya ke satu tempat bernama Balai Cerap

encik azizi yang cute






kat sini ada satu menara tinggi tau!!!!!!







ini dia Azizi Mustafa yang cuba memanjat menara


















yang ni teman plak manjat


sape  kata x tinggi??????!!!!!!!!!!!!!!!


















pemandangan pagi yang menghilangkan stress


Azizi gayat terketar-ketar.... hahahaha





ni dia yang dikatakan cubaan membunuh dirikah?????????????



puncak menara                                                                                         




azizi yang kontrol berani





teman pun x nak kalah

anda semua pun sudah lihat betapa tingginya menara tadi cuba kalau jatuh dari ketinggian itu apa yang anda rasakan akan berlaku.... pada sekitar tempt itu sy dan azizi memberanikan diri naik ke paling atas..... cubaan bunuh dirikah.....??????????
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
ii
i
i
i
i
i
i
I
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
dan sebenarnya

inilah :"menara yang kami berdiri di atasnya" jangan marah ya.... sja hilangkan stress

sebenarnya post kali ini sekadar untuk penghilang stress.... ini cara saya... shooting tempat cantik-cantik... tengok keindahan alam... naik balai cerap.... uji fobia diri di tempat yang tinggi... mungkin bagi orang lain ada cara tersendiri misalnya makan... melalak... menjerit... menangis.... luah rasa.... semua ada cara... tapi ingat jangan sampai membahayakan diri ya!!!!! jadi sape nak tangkap gambar itu adalah satu skill  shoot gambar ya... jom kota tgk gambar yg ada



azizi berangan nak jadikan matahari sebagai hantaran mahar




teman pun nak juga main cahaya juga
 




cantikkan bunga ni




maka selamat mengulangkaji dan semoga stress anda semua terkawal.... jangan cuba bunuh diri yaaa... x elok... orang bunuh diri conform2 masuk neraka... ingat harapan mak ayah.... anda semua boleh lakukan... yakin pada diri... banyakkan berdoa..... jangan takut untuk mencuba...... orang yang gagal adalah orang yang tidak mahu cuba berdiri selepas jatuh... ingat musuh utama adalah diri sendiri ^_^