Thursday, May 5, 2011

Cinta Buta-Sebuah Alkisah Versi Pelayarilmu

Cinta Buta-Sebuah Alkisah  Versi Pelayarilmu

beginilah kisahnya ada seorang gadis yang amat cantik... 

dia lahir dalam sebuah keluarga yang kaya....
dia sering dilayan bagaikan seorang puteri.....
namun malangnya gadis cantik itu kehilangan kebolehan pancaindera sejak lahir....
ya dia buta...
disebabkan itu dia sering merungut...
menyalahkan setiap takdir yang menimpa...
di sisi gadis cantik itu ada seorang kawan lelaki...
jejaka itu tampan dan kacak...
tidak kurang juga alimnya
sejak balighnya lelaki itu menjaga batas
apabila berada bersama dengan keluarga gadis itu....
dia sentiasa menasihati si gadis untuk tidak menyalahkan takdir....
dia sering memanjatkan doa untuk gadis itu....
sampai suatu hari jejaka itu nekad menikahi gadis itu...
lantas sebentuk cincin dihantar...
gadis itu bertanya "sudikah engkau menikahi aku yang buta..."
lelaki itu menjawab "aku sanggup kerana aku tidak memandang kecantikan dikau"
sebulan sebelum mereka bernikah ada khabar gembira dari pusat perubatan...
kata doktor ada yang ingin menderma mata bagi gadis itu....
jejaka dan gadis itu mengucapkan syukur....
sehari sebelum pernikahan....
pembedahan berjaya dilakukan...
gadis itu mampu melihat kembali...
di dalam cermin dia dapat melihat wajahnya...
dia sangat gembira...
pada keesokan harinya ketika  majlis pernikahan itu berlangsung....
gadis itu terkejut lantas pengsan apabila....
 melihat tunang yang bakal dinikahi itu buta...
dia tidak sanggup menikahi seorang jejaka yang buta...
melihat gadis itu sebegitu rupa jejaka itu berkata...
"aku redha dengan keputusan engkau tetapi ada dua perkara yang aku pinta"
gadis itu mengangguk
"pertama aku ingin engkau menjadi wanita yang cantik akhlaknya"
"kedua aku mahu engkau jaga mata aku sebaiknya"

2 comments:

Ummu Nuha said...

salam..mulianya jejaka itu...betapa tidak bersyukur gadis dalam cerita ini...sedihnya :(

syamilah mawaddah :) said...

menarik

Post a Comment