Thursday, December 9, 2010

sudah AKIL BALIGH kah anda?????????????


asalamualaikum
sudah lama saya ingin membangkitkan tajuk ini, kadang kadang kita menganggap ianya mudah
sebab kita mentafsirkan hanya dari apa yang kita belajar dahulu sewaktu di sekolah rendah,
sewaktu itu kita masih lagi ada yang berhingus,
mungkin ada lagi pada waktu itu kita yang masih tidur di celah ketiak ibu bapa kita

mari kita merefreshkan minda, merememberkan jiwa

dari wikipedia

"Baligh ( Bahasa Arab: بالغ ) secara harfiah atau bahasanya bermaksud telah mencapai. Dari segi istilah, ia bermaksud seseorang yang telah mencapai tahap kematangan seksual, iaitu dewasa dari segi jasad.
Bagi kanak-kanak lelaki, usia baligh ialah lazimnya antara 11-15 tahun, manakala bagi kanak-kanak perempuan, usia baligh adalah antara 9-12 tahun. Walau bagaimanapun, usia baligh berbeza mengikut tahap keseimbangan hormon dalam badan. Tanda baligh untuk lelaki ialah apabila telah bermimpi sehingga keluar air mani. Tanda untuk perempuan pula ialah apabila mereka telah mendapat haid yang pertama."

itu yang majoriti daripada kita faham, tapi bagaimana pula dari sudut yang perlu kepada kita sebagai umat islam untuk fahami, dari sudut kita sebagai mukmin untuk jiwai, sebagai khalifah diri yang perlu kita ambil panduan dan pedoman

andai kata kita mentafsir pun dari sudut bahasa  akil baligh  bermaksud, "akal capai" yang boleh dilanjutkan definisinya sebagai orang yang tahu membezakan baik buruk, orang yang tahu apa itu dosa apa itu pahala, yang tahu mana itu baik, mana itu salah mana itu betul, mana yang haq mana yang batil

tapi cuba menilai diri sendiri dengan beberapa persoalan, adakah kita tidak meninggalkan ibadah wajib  atau lebih tepat menyempurnakan ibadah wajib seperti solat, kita tambah dengan ibadah sunat, kita cuba khusyuk dalam solat, bukannya solat ekspress mengalahkan bullet train hanya berkain pelikat(bagi lelaki)

adakah kita tidak mencuri, bukan hanya mencuri harta benda, hatta mencuri masa bagi pelajar atau pekerja, menyiapkan tugasan dengan kualiti terbaik, bukannya sambil bekerja kita mengumpat, bukannya curi-tidur ketika bekerja, bukannya menyiapkan kerja mengalahkan mat luncai

adakah kita mematuhi arahan ibu bapa ( hatta mengatakan ah atau uh), meninggalkan perkara yang dilarang Allah swt, bagi yang perempuan menjaga aurat sebaiknya {menutup dada, berlengan panjang, berseluar labuh},bukannya ketat macam baju adik, berseluar jin ketat sampai menunjukkan lurah, 

bagi yang bercinta bercouple bagai nak rak berpegang tangan tanpa mengira halal haram, padahal sudahkah tanya pada diri adakah aku bersedia membina keluarga? apakah ilmu agama yang akan aku serapkan dalam keluarga? mampukah akau menjadi ibu bapa yang soleh solehah, mampukah aku nanti mendidik anak-anak seimbang dunia akhirat?

jikalau kita sebagai pemimpin hatta kepada diri sendiri, adakah kita menjaga amanah? adakah kita menjenguk rakyat dalam kesusahan, adakah kita tidak makan rasuah, adakah kita menolong rakan pelajar bagi kepimpinan pelajar.

kebanyakan kita cuma baligh dari sudut fizikal, tetapi dari sudut rohaniah ramai yang gagal, kita cuma baligh, tetapi bukan akil baligh, sama tak kita dengan budak2, atau orang yg tanpa akal? tepuk dada tanya iman.....

ingatlah akil baligh bukanlah dinilai sekadar dari physical tetapi juga rohaniah

ya! kita bukan nabi, tetapi kita akan cuba menjadi mukmin yang terbaik dengan melakukan perubahan

artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk muhasabah diri termasuklah diri ini sendiri, saya berharap kita semua mampu memperbaiki diri ke arah muslim sejati.... wallahualam

"muhasabah bukanlah muhasabah andai hati tidak terjentik"

Tuesday, December 7, 2010

NANTIKAN KEMUNCULANNYA (CERPEN PERTAMAKU)



Suasana petang itu membawa seribu tanda tanya dalam hati Jamil. Apa disembunyikan oleh Airin. Airin merupakan seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang mewah. Sikap gadis itu sukar diduga. Kadang kala kesopanannya mengalahkan perempuan melayu yang dikenali Jamil. Tetapi setiap kali dibawa topik mengenai ibu bapa dia akan cuba melarikan diri dan kadang kala marah. Namun petang itu membawa suasana yang berbeza apabila air mata yang mengalir. Jamil dapat merasakan duka yang terpendam di sebalik mata cantik gadis itu.
Dalam tidak semena-mena hati Jamil bedebar? Hatinya membentak keras dan bermonolog.
“ Aku jatuh cinta? Itula kau ni Jamil tak menjaga pandangan. Panahan mata berbahaya! Mampu menggugah iman! Tapi apa salahnya andai aku ikhlas…. Lagipun tidak lama lagi aku akan bergraduan, dan tidak salah andai aku mula mencari pelengkap hidupku… Argghhhh!!!!!!! Mustahil  Jamil, mustahil dia bukan Islam!!!!, dia Ateis!!!, dia sendiri mengatakan itu dihadapan kelas ketika kelas Hubungan Etnik 2 tahun yang lalu sehinggakan pada waktu itu dia mencerca semua agama, dan disebabkan itu dia dihadapkan ke hadapan pensyarah-pensyarah kanan fakulti. “ Jamil beristirfar panjang jauh di sudut hatinya. 

NAMA KARAKTER MUNGKIN BERUBAH....... TAJUKNYA????? BILA SIAP????? TUNGGUUUUUUUUUUUUUUU......

Thursday, December 2, 2010

INDAHNYA DAMAINYA------- GAMBAR KEINDAHAN ALAM-MY NIKON D3000


Asalamualaikum dan salam sejahtera

Pada beberapa hari yang lalu saya dan rakan saya Ahmad Fikri Abu Bakar bertolak ke Taman Mutiara Rini..... Tujuan kami kesana adalah mengambil gambar sambil menenangkan fikiran setelah bergelut di dalam peperiksaan akhir semester

Kami bertolak kira-kira jam 8.30 pagi sehingga jam 11.30 pagi
malangnya awan pada pagi itu agak kurang cantik bagi kami melakukan teknik gambar pemandangan

Kebanyakan gambar yang saya ambil menggunakan teknik close up

apa sebenarnya saya ingin sampaikan betapa cantiknya alam ciptaan Allah SWT...
amat rugi sekiranya kita merosakkannya
alam ini adalah milik semua
jangan pentingkan kerakusan sampai kita abaikan yang lain
mungkin selama ini kita terlampau sibuk dengan urusan dunia tanpa keindahan yang Allah berikan nikmat pada mata manusia

saya tidak mahu berbicara panjang.... lihatlah gambar-gambar ini dan komenlah jika ada pendapat













                                  



 




 









   




 

Thursday, November 25, 2010

bIlA hAtI MuLa MerUnTun BiCaRa


Gumpalan itu mula meruntun resah
Denyut menjalar membawa aliran duka
Arus yang datang dan pergi terasa kotor!!!!
Penuh dengan cela-cela yang meracun saraf

Detik tika yang meningkat menyaingi gumpalan ini
Makin lama terasa denyutnya makin parah
Terkadang gentar hilang nadinya
Mana akan ku buang cela-cela itu?!?!!
Masihkah ada ruang untukku
Merawat gumpalan bernama HATI ini
Mampukah aku mencerahkan kembali cela yang kelam
Memburu aku dalam ketakutan tiap masa

Hati ini menjerit
Aku takut!!!!
Aku gentar!!!
Aku penuh dengan noda!!!
Aku hina!!!

Sungguh
aku amat gentar
tolong aku Ya Allah
aku amat lemah
aku amat hina
bantulah aku..... membina sebuah hati yang SUCI

Sunday, November 21, 2010

cara cepat hilangkan ngantuk dan stress (PERLU BACA!!!!!!!!)

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!



ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..



tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..



wa..wa..aaa



gerak kekanan kemudian ke kiri..



gerak ke kiri kemudian ke kanan



ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..



tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..



dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..



kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masalah…



buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..




hilangkan semua stress…



pusingkan kepala…



tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…



akhir sekali

buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga ngantok tu
ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~

Thursday, November 18, 2010

HIKMAH KATA-KATA @ KATA-KATA HIKMAH



(1) من جد وجد ومن زرع حصد
Sesiapa yg berusaha akan berjaya & sesiapa yg menanam akan menuai hasilnya.

(2) خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan adlh yg ringkas & tepat.

(3) شفاء العين السؤال
Penawar bagi org yg tak tahu ialah bertanya.

(4) العقل السليم في الجسم السليم
Akal yg cerdas berada pd tubuh yg cergas.

(5) القراءة مفتاح العلم
Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

(6) رضا الله في رضا الوالدين
Redha ALLAH terletak pd redha ibubapa.

(7) أطلب العلم من المهد الى اللهد
Tuntutlah ilmu dr buaian hingga ke liang lahad.

(8) الاءتحاد أساس النجاح
Perpaduan asas kejayaan.

(9) الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

(10) اليد العليا خير من اليد السفلى
Tgn yg memberi lebih baik dr tgn yg menerima.

(11) ان لم تستح فا صنع ما شئت
Sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa yg kamu suka.

(12) الدعاء مخ العبادة
Doa adalah tonggak ibadah.

(13) الوضؤ سلاح المؤمن
Wuduk merupakan senjata org mukmin.

(14) آفة العلم النسيان
Penyakit ilmu adalah lupa.



kata-kata hikmah ni sahabat saya yang emailkan pada saya... jadi saya rasa perlu dikongsi bersama.... jadi mari beramal


wallahualam

Wednesday, November 17, 2010

aidil adha 2010

asalamualaikum kepada para pembaca tidak kira apa pangkatnya, datuk, datin, tan sri atau apa sahaja sehinggalah kepada rakyat biasa, apabila anda membaca post ini anda adalah pembaca.... yang membezakan darjat adalah setinggi mana diri kita menilainya....

sebelum tu saya mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri ini... apa yang anda tahu mengenai aidil adha????

kita sudah biasa mendengar aidil adha ini mengisahkan pengorbanan yang dilakuakan nabi ibrahim untuk mengorbankan anaknya setelah turunnya wahyu drpd Allah swt..... cuba kita bayangkan apabila kita menjadi seorang ibu atau bapa relakah kita mengorbankan anak kita.... sebab itulah apabila kita mengukur nilai pengorbanan itu adalah sejauh mana kita kasih akan harta yang kita korbankan itu

MALANGNYA
apa yang terjadi pada masa kini kita melihat kes pembuangan bayi telah bersepah-sepah ditayangkan di dada-dada akhbar. bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh bahawa nilai pengorbanan dalam jiwa manusia telah jatuh ke tahap yang paling rendah....

Berbalik semula,
saya meminta maaf kepada beberapa orang rakan terutamanya fahrul, kak edelin dan lain apabila saya menegur mereka untuk pulang ke rumah... sebenarnya saya cuma ingin bergurau sahaja... jd sy mnta maaf, walaubagaimanapun dalam gurau itu sebenarnya menuntut kita sebagai pelajar untuk melakukan pengorbanan sebagai seorang pelajar, cuba kita bayangkan apabila kita menjadi ibu bapa mesti kita rindukan anak-anak untuk pulang ke rumah tambahan lagi di hari yang penting sebegini....  JIKA BOLEH kita seharusnya cuba untuk pulang ke rumah, andai kata ada kekangan yang betul-betul penting tidak mengapalah....


Aktiviti di Rumah
1. jadi jururawat kepada ayah
2. jadi penternakm itik dan puyuh
3. "mengorbankan" itik dan angsa
4. main dengan anak sedara yang comel
5. jadi posmen daging korban rumah ke rumah
6. macam x study







walauapapun saya sekali lagi mengucapkan selamat hari raya aidil adha dan mohon maaf buat segalanya

wallahualam