Thursday, August 20, 2015

Siapa Kita???

Sejak dua menjak aku lebih suka menulis sesuatu yang bersifat hampir dengan peribadi...... aku mungkin nampak itu lebih dekat dan tidak berpura-pura.....

aku membawa tajuk "siapa Kita?".... aku tahu kita dilahirkan di bumi ini adalah khalifah sekurang2nya pada diri sendiri..... itu betul dan aku tidak menolak... cuma aku ingin membawa persoalan ini lebih kepada realiti....

Adakah kita hidup ini membawa identiti sendiri???? Atau hidup sekadar mengikut harapan dan sangkaan orang sekeliling???? Ataupun hidup dengan mementingkan diri???

Keliru bukan??? Ayah dan ibu kadang kala meletak harapan kita menjadi doktor... atau mungkin engineer... atau pensyarah.... mereka mahukan kita hidup senang..... itu tidaklah salah.... even aku belajar tinggi2 sekarang kadang kala aku sendiri belajar kerana suka belajar... bukan kerana aku ingin jadi pensyarah seperti apa yang keluarga aku lihat.....

hanya pendapat aku asalkan seseorang itu hidup mempunyai hala tuju dan menjadi insan yang berguna tidak mengapa..... kadang kala kita sendiri letih melihat keadaan dunia di mana insan di atas bermaharaja lela sedangkan yang di bawah terus terhimpit....

seorang staff mengadu bahawa anaknya malas belajar..... sedangkan peperiksaan semakin hampir (SPM)..... keluar malam dan bergaul dengan rakan2 yang entah ke laut..... ye kita boleh nakal... tp sampai bila...... perlu fikir mak dan ayah tidak akan selamanya disisi..... satu hari nanti kita akan hidup dewasa ingin berkeluarga dan sekurang2nya makan, tidur dan pakaian terjaga walau hidup x mewah mana

kalau kita letih hidup dengan "expectation" orang lain hiduplah dengan "expectation" diri sendiri...... dan jangan susahkan orang..... aku sendiri rasa letih dengan expectation orang lain.... aku x mampu berlari atau gapai apa yang orang lain harapkan...... tp tidak bermakna aku tolak harapan itu bulat2... ia juga adalah doa....

tp apa2pun bermula dengan diri sendiri..... kalau kita ada rakan atau anak kelak.... dont push or pull them hard..... support... guide.... bantu.... bukan memaksa mereka dengan identiti yang kita mahu dalam minda kita... tp bantu mereka mencari identiti mereka asalkan ia baik dan tidak membawa keburukan

1 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan saudara.. nak puaskan hati manusia takkan pernah berakhir.. cukuplah kita buat yang terbaik dlm hidup ini dan buat utk redha Allah.. semoga dengan itu.. redha manusia juga ada buat kita. All the best

Post a Comment