Monday, June 29, 2015

Aku tersembunyi, menyembunyi, disembunyi

Asalamualaikum dan salam sejahtera

lama dah x tulis blog.... entah kenapa saja gatal2 tangan nak menaip.... itulah manusia bnda yang jarang itulah yang dirindu

aku mungkin tersembunyi dari dunia blogspot begitu lama sbb terlalu bnyk arus media yg lain... fb, wassap insta dan sbgainya

aku menyembunyikan diri kerana tiada mood, idea, dan sibuk dalam dunia pembelajaran

aku disembunyi........ aku pun x tahu

entri kali ini hanya untuk tujuan mengarut dengan jiwa yang kacau dalam keadaan semasa yang menghimpit.... isu ekonomi.... isu 1mdb.. minyak..... isu pakatan rakyat.. isu songlap walaupun aku bukanlah kalangan pemimpin tp aku ni rakyat biasa.... nak makan kfc skrg pun fikir 10 kali....


dengan stress PHD entah bila nampak penghujungnya... eksperimen asyik x menjadi menjdikan aku tny pada diri.... "should i give up?".... giler apa.... hang dah blaja mcm nak pecah otak... rambut tinggal selai dua... duit habis berpuluh ribu and then nak give up

malam td pulak termimpi kat arwah ayah aku... salam pagi syawal.... aku salam ayah aku... aku menangis teruk2.... sedih kot..... aku ni dahla anak bongsu dia.. x kan aku nak mudah putus asa dalam hidup.... so hanya beberapa perkataan terlintas dalam kepala otak aku

"impian itu jadi angan2 andai berputus asa....... "


sekian.......

2 comments:

Anonymous said...

Semoga terus tabah. Kuatkan semangat. Semoga dapat menghabiskan pengajiaan dengan jayanya ya.. Suka membaca coretan di blog ini.

Anonymous said...

Dekatkan kpd pencipta. Minta sungguh2.. minta jalan. Semoga dipermudahkan urusan. Perjalanan jgn terhenti dipertengahan. Jika berani mulakan.. beranikan jua akhiri... semoga mendapat kekuatan untuk menamatkan.. all the best.

Post a Comment