Monday, July 22, 2013

Siapa yang tak sudi??????

asalamualaikum, dah lama tak update blog, mungkin kali ini sedikit personal..... apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat rasanya tak lekang dari gurau dan senda mengenai jodoh..... siap ada yang kata "maila aku carikan tuk demo"..... "xkan xde yg sudi kot...."

bukan x ada yg sudi.... dari yang biasa, bertudung labuh, hatta yang berniqab ada yang hadir meluahkan perasaan.... siapa yang x sudi dengan mereka yang terdidik solehah... cuma aku bukanlah yang terbaik.... setiap kali mereka hadir dalam benak fikiran aku buang jauh2..... aku berhentikan perhubungan walaupun like status2 mereka.... aku berhentikan....

aku bukanlah orang yang suka memuji... hatta profile picture wanita aku memang tidak akan like di fb..... ber"private message" bukanlah cara aku utk mengambil hati..... seriusly aku menyampah dengan kesekian makhluk yang mengupdate gambar di fb bagai nak rak...... yang berniqab dah jd mcm wanita yg biasa apabila pelbagai jenis gaya diupload... dan akhirnya mendapat pujian....

"subhanallah, cantiknya ciptaan tuhan"

"bidadari dunia, untungnya siapa dapat enti"

"hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati ana"

dan sebagainya........

Allah...... bagaimanakah insan yang baru atau ingin berubah kepada islam apabila mereka melihat seseorang yang berpakaian islam tetapi perhiasannya menjadi pameran.... ketahuilah, secebis niqab itu tidak membezakan andai rasa malu itu tidak hadir dalam diri......

lelaki juga mempunyai hati dan perasaan.... lelaki juga ada ego.... tetapi aku rasa lemah bila lelaki begitu mudah memuji sesuka hati.... adakah kalian suka andai isteri anda dipuji lelaki lain???? tergamakkah anda membiarkan isteri anda menjadi bahan pujian lelaki lain atas rasa nafsu....... jangan mudah menyentuh hati seorang muslimat andai anda masih belum berupaya memiliki...... masjid jemaah masih belum ramai... tadarus al-quran di bulan ramadhan masih sunyi....  masjlis ilmu masih kosong.... apakah cukup layak kau mengisi hati seorang muslimat....

sekurang2nya bagi diri mampu berdikari.... seusai cukup ilmu dan sedikit harta.... pinang dan nikahilah.. dan ingat.... tunang bukanlah lesen lulus.... ia cuma lesen pengenalan shja.... bahkan aku amat sedih apabila majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan... apa salahnya bersederhana......


untuk pengetahuan aku bertanya pada ibu dan ayahku.... mereka tidak benarkan... betullah... ibu dan ayah itu lebih tahu mengenai anak mereka..... maka atas sebab itu aku merasakan aku akan mendengar kata mereka.. apa salahnya bertahankan hati 2-3 tahun lagi.... lagipun aku sedan mengalami detik getir dengan pelajaranku...... insyaAllah aku akan cuba bertahan...


aku tidak tahu apa yang akan berlaku padaku.... mungkin esok aku akan menjadi seseorang yang aku "benci" dalam penulisan ku ini..... kerana aku tahu Allah SWT murka pada org yg tidak beramal dengan apa yg dikatakannya (Rujuk surah As-saff)....  dan aku haya insan biasa.... tak lekang dari dosa..... bantulah aku juga... semoga kita dalam redhaNya

2 comments:

Anonymous said...

saya sangat setuju dengan akhi..meskipun berniqab tidak bermaksud kaum lelaki tidak mempunyai keinginan syahwat apabila memandang lebih-lebih lagi jika dalam pose2 yang menggoda dan seakan-akan menyampaikan isyarat akulah bidadari solehah yang harus kamu miliki.astaghfirullahalazim.mohon mereka-mereka ini supaya cepat sedar dan benar-benar menjadi bidadari dunia yang erhias dengan perasaan malu dan keimanan.aamiin

Anonymous said...

Yup betul.. puji pujian yg selayaknya hanya utk Allah... bukan utk ajnabi.. Semoga istiqamah! menantikan entry baru saudara :)

Cik Madu

Post a Comment