Friday, September 7, 2012

Mahasiswa Mencabar





Bismillahirrahmanirrahim.... Asalamualaikum buat sahabat-sahabat layar ilmu sekalian....
maaf sebab dah bersawang blog ini....  dan maaf juga andai post kali ini tajuknnya agak berat.... namun saya akan cuba sedaya upaya untuk meringankannya sebanyak mungkin....

MAHASISWA MENCABAR.....

satu tajuk yang sukar dibahaskan dan payah dihalusi, namun saya berharap kita sama-sama menggertak minda, mencabar jiwa dan menjentik akal.... Ahlan wasahlan dan selamat datang kepada semua pelajar baru yang mendaftar sebagai siswa dan siswi di seluruh kampus di seluruh negara...

Memetik antara pesanan yang di sampaikan oleh profesor madya Dr Azhar dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia dalam khutbah yang panjang sehingga kira-kira 44 slide powerpoint digunakan,

"Placing sincerity as a basis of searching knowledge."


"Students need to put the learning objectives from one angle i.e. to cleanse the hearts and equip themselves with praiseworthy attributes and on the one hand, it is to get closer to Allah Almighty. with first class mentality to learning. If any student that has not set the intention, he should quickly correct it!"

antara permasalahan yang berlaku dalam gelojak minda mahasiswa yang kebanyakannya berada dalam usia transaksi dari alam remaja ke alam belia  yang membawa kepada kejutan budaya di sini saya akan bincangkan  beberapa kegagalan mentaliti mahasiswa dalam menghadam sebaiknya perkara berikut;

1. Agama/akhlak

saya tidak ingin menakutkan  sesiapa, namun sepanjang pengajian di universiti selama tiga tahun, perkara ini yang berlaku. seawal hari mendaftar kita mampu melihat mahasiswa/i berada dalam lever "pureness" tertinggi. masing-masing masih lagi mampu bersikap sopan dan lemah lembut. Namun setelah beberapa lama dari yang tutup aurat terdedah, dari yang sopan bicara jadi tiada beradab, dan tidak mustahil ada antara muslimin yang berkopiah dulunya sudah menjadi brutal, muslimat yang bertudung labuh makin pendek tudungnya dan makin tebal make-upnya.


2. Bebas 

kebanyakan mahasiswa/i merasakan mereka bebas, tidak lagi dikongkong lantas mengambil peluang ini untuk melepaskan stress. Jadi tidak hairanlah mereka banyak membuang masa untuk gaming, karaoke, lepaking, dan sebagainya. Ini diburukkan lagi apabila pergaulan yang agak bebas berlaku. Bertepuk bertampar lelaki dan perempuan, membonceng motosikal lelaki dan perempuan dan sebagainya lagi.Al-maklumla di universiti tiada siapa yang pantau, termasukla ibu bapa.

3. Cinta

Ini juga adalah satu masalah yang serius, di mana apabila berada di alam universiti masing-masing ingin mengintai "jantung hati" masing-masing. Al maklumla , katanya, banyak gadis berdahi licin lelaki berdada bidang di universiti. Bermula dengan saling mengirim salam, sms, calling-calling, liking-liking , facebooking  dan akhirnya sehinggalah berdating. Tak kurang juga dengan idealism cinta islamik, dimana "awak-awak, nanti kejutkan saya subuh tau", "saya cintakan awak kerana Allah tau". Lantas apa yang selalu terjadi adalah pelajaran mahasiswa jatuh meleset. walaupun ada bersuampah setia, bintang di langit mampu digapailah, i rela mati tanpa you la, namun akhirnya ada yang putus cinta kecewa bagai nak rak sampai menangis.


dan banyak lagi permasalahan-permasalahan yang tidak mustahil berlaku dalam diri mahasiswa/i. Jadi di sini saya ingin mencadangkan beberapa solusi:

1. Dekatkan diri dengan Quran dan Majlis2 Ilmu bagi yang muslim, masjid atau surau bagi yang lelaki, dan libatkan diri dalam keluarga-keluarga usrah yang dijalankan kelab-kelab kerohanian kolej mahupun universiti

2. Mencari SAHABAT yang baik, SENIOR yang prihatin.

3. Menelefon ibu dan bapa di kampung sekuran-kurangnya sekali seminggu

4. Study dalam kelompok yang menjaga batasan syara'

5. Jangan hidup bersendirian

6. Kekalkan momentum belajar seperti mana di asrama atau di sekolah dahulu

7. Libatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berfaedah yang dianjurkan kolej dan universiti kerana terbukti ramai yang aktif tetapi masih berjaya dalam pelajaran

8. rapatkan diri sengan pensyarah

dan banyak lagi........ akhir kata selamat memulakan pengajian... jadilah pelajar matang bukan pelajar yang curi tulang.... dekatkan diri dengan Allah (bagi yang muslim).... tekadkan cita-cita dan azam.... itu sahaja dari saya sekian terima kasih

"WHO STAND FOR NOTHING WILL FALL FOR EVERYTHING"

Mohamad Afiq bin Mohamed Huri
Bachelor Degree of Science (industrial Chemistry), 2012
PhD (Chemistry) Candidate
Dept. of Chemistry, Faculty of Science,
University of Technology Malaysia,
81310, Skudai, Johor.
Email:  afiqhuri91@gmail.com

1 comments:

Anonymous said...

Menerusi tajuk pada mulanya tidak menarik minat saya utk baca. Namun apabila saya mula membaca, perkongsian saudara sangat menarik.. saya setuju.. itulah hakikat yang berlaku bila masuk ke menara gading.. hilang identiti yang sebenar dan sibuk mengejar keseronokan yg tidak menjamin apa2. Sedangkan matlamat asal adalah utk menuntut ilmu serta menjadi org yang berjaya dunia akhirat. Semoga semua org termasuk saya tajdid semula niat apabila bergelar mahasiswa/i..

Cik Madu

Post a Comment