Thursday, July 5, 2012

aku dan seringgit lima puluh sen


Sekadar coretan kisah kecil dari diariku selama tiga tahun bergelar mahasiswa di universiti ini.... terpulang kepada pembaca untuk memandang enteng atau mengambil peduli apa yang ingin aku coretkan...

 
pada hujung sem kedua satu kejadian malang yang telah menimpa keluargaku....cukuplah sekadar aku memberitahu aku masih bersyukur kejadian itu tidak mengambil insan-insan tersayang daripadaku.... cuma sedikit harta benda dan sebuah rumah yang hampir hangus keseluruhannya... tidak ramai yang tahu kisah ini sehingga ke hari ini....





kasihan kepada abangku yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hal itu.... ada hantaran yang terbakar..... ada juga wang yang terbakar.... hantaran dan beberapa benda lagi..... aku tahu kejadian itu lewat sehari kerana ayahku menyorokkan perkara itu dariku dan aku tahu dari sahabatku yang juga jiranku.... namun aku bersyukur kerana semua terselamat... dan kini alhamdulillah ... abangku sudah mendirikan rumah tangga dan insyaAllah aku akan bakal menjadi bapa sedara kali keduanya pada september ini....


berbalik kepada tajuk.... "aku dan seringgit lima puluh sen".... pada awal sem ketiga aku nekad membayar yuran pengajian tanpa membebankan keluargaku..... jadi aku mengambil inisiatif untuk berpuasa dan membayar yuranku seawal dan mungkin... dan pada bulan keempat pengajian iaitu pada bulan sepatutnya yuran sepatutnya dilangsamkan... aku pun membayar secara total....

ketika itu kira purata termasuk perbelanjaan topup dan makan minum purata belanjaku sehari selama sebulan adalah rm 1.50..... memang seperti kerja gila... namun aku cuba mengambil inisiatif dengan berpuasa..... dahulu nasi cuma rm 0.70 dan telur cuma rm 0.50... jadi total sehari rm 1.20.. kadang kala aku selang selikan dengan seketul tempe sebagai lauk...



air aku bancuh sendiri di bilik dengan menghabiskan uncang2 teh dan kopi yang aku bawa dari rumah yang tak silap aku sudah berusia satu semester.... peraturannya mudah.... aku jimat rm 0.30 sehari..... jadi pada hari jumaat aku akan makan nasi ayam.... ya... cuma sekali seminggu....ada beberapa kawan yang tahu termasuklah ... wan hazman... haniff zahari dan syafiq azmi.... kadangkala mereka belanja... dan kadang kala aku menolak pelawaan mereka....



jadi duit baki aku gunakan untuk menopup hanset..... dan alhamdulillah ketika itu aku tidak membawa kenderaan...jadi aku tidak terasa beban kewangan untuk minyak kenderaan dan maitanance kuda besiku yang aku pakai sekarang ini.... ini cerita aku... dan aku bersyukur kerana masih makan berlauk dan cuma menanggung "puasa" selama sebulan..... mungkin ada yang lagi susah dariku... dan itu terbukti dengan beberapa kisah lain...

 
kisah lain itu abangku sendiri..... dia adalah abang sulungku.... dia ceritakan kisah ini ketika kami mengole ketika aku bercuti... apa yang buat aku kagum dan terharu dia pernah makan nasi cuma berlaukkan kuah....... dan aku faham dia anak sulung dan tidak mahu membebankan ayah ketika dia di alam universiti....


dan kisah kedua adalah terjadi pada rakanku sendiri.....tidak dapat aku bayangkan dia cuma makan sebungkus maggi untuk sehari.... jadi aku membeli jajan dan beberapa makanan aku berikan kepada dia.... dan aku cuba menghulurkan duit padanya... dan dia menolak.... dengan alasan kakaknya sudah memasukkan wang..... sungguh katanya...

dan kisah terakhir disini adalah diceritakan oleh ustaz ismail... imam di masjid utm.... katanya ada seorang mahasiswa datang padanya dengan badan yang menggeletar kelaparan kerana sudah tiga hari tidak makan... alasannya duit ptptn yang dia dapat diberi kepada adik beradik untuk belanja sekolah mereka.....

mungkin ada kisah yang lebih sedih dari ini... ketahuilah.... tidak semua sahabat kita yang senyum di hadapan kita itu tidak sedih... mungkinada beban yang dipendamkan.....

ketahuilah juga bahawa payah itu mendidik jiwa itu menjadi matang.... membuka mata itu lebih celik.... menjadikan langkah itu lebih gagah.... jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada.... kerana Allah itu menguji hambaNya dengan kesusahan atau kesenangan..... dan Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya...


sekadar itu perkongsian dari saya... wallahualam...

4 comments:

Hanchax said...

Allah sentiasa bersama2 hamba2-Nya. kesabaran kau ada hikmahnya, Afiq. strive to the end for your doctorate~~~ being a Doc x mnjnjikan syurga tapi it's a batu loncatan utk kau lebih berjaya, and redeem the sadness yang famili kau hadapi during kemalangan itu, insyaAllah =)

Musafir Cinta Ilahi said...

emm..iye mmg ade org yg lgi susah dpd ape yg kite alami skrg..mknan yg anda mkn ni, sudah mnjadi mknan kbiasaan sy di di uni(sekali-sekala sy mkn nasi putih+telur masin je)..Alhamdulillah, ade juga telur utk dimkn. Brbnding org yg nak dpt sesuap nasi pun pyah..

mngkin dgn cara ini Allah mndidik kte utk merasai ksushan org lain. Setiap yg trjadi ade hikmahnya dan ALlah takkan biarkn kte dgn ksusahan itu tnpa mnolong kite..

smoga cite ni dpt jd teladan juga utk org lain. (:

afiqhuri91 said...

kadang2 ada org kata segan kat kawan yg len makan sedap2,,,, jd kawan makan chicken chop, nasi ayam penyet, kfc, pizza... dia pun nak makan juga.... sedangkan duit dijimat dapat ringankan beban keluarga.... biarlah makan tempe pun, telur mata pun, telur rebus pun asalkan dapat makan,,, kalau ada rezeki lebih x salah sekali sekala makan makanan yg enak......

sal-nurbeena said...

Setiap insan pasti ada kisahnya tersendiri. Ada yang beroleh kesenangan tapi diduga dengan kesakitan. Kurang nikmat duniawi namun Allah beri kesihatan sempurna. Terus teringat jua kehidupan di suatu masa dahulu.

Post a Comment