Tuesday, August 23, 2011

RAMADHAN BULAN PEPERIKSAAN




RAMADHAN BULAN PEPERIKSAAN
Assalamualaikum wbt… apa khabar antum(teman-teman) semua? Semoga Ramadhan ini bukanlah asbab menjadikan antum semua semakin lemah bahkan adalah sebagai satu anjakan kepada diri menjadikan ia wadah mencabar diri mempertingkatkan kualiti diri daripada bulan-bulan yang lain. Mengapa saya membawa tajuk “Ramadhan Bulan Peperiksaan”??? Mari kita renung kembali kronologi yang saya ingin bawakan yang telah sahabat semua alami :
Suka saya bahagikan kronologi ini kepada tiga
1.       Sebelum Ramadhan
2.       Semasa ramadhan
3.       Selepas Ramadhan

Sebelum Ramadhan (persediaan kepada peperiksaan)

Sebelum peperiksaan apa yang dapat dilihat ramai pelajar akan study matapelajaran yang belum di cover. Kalau yang perlu dihafal akan dihafal sebaik mungkin. Ada juga yang melakukan latih tubi sebaiknya.  Jikalau tidak faham akan mulalah merujuk pada guru atau pensyarah semuanya kerana gentar menghadapi peperiksaan. Ada yang lebih rajin mereka akan mengulang semula kertas ujian-ujian yang telah mereka lakukan sebelum ini . Soalan-soalan past year yang masih tidak terusik akan cuba dihabiskan.

Dalam situasi sebelum ramadhan pula dapat dilihat ketika ini ramai yang bersemangat mentelaah mencari ilmu mengenai ramadhan. Ada juga yang menyelak kembali helaian Al-Quran kerana ingin melancarkan kembali bacaan setelah beberapa bulan ditinggalkan. Ada juga yang membeli buku-buku mengenai solat tarawikh dan kaifiat bulan ramadhan semata-mata ingin menggarap segala manfaat daripada bulan Ramadhan.  Bagi yang uzur pada bulan Ramadhan sebelumnya mengambil peluang untuk mengqadakan kerana tidak mahu berhutang puasa terlampau banyak


Semasa Ramadhan (semasa peperiksaan)

Apabila semasa bulan peperiksaan berlangsung pelajar-pelajar akan mula mengeluarkan segala apa yang dipelajari dan diulangkaji ke lampiran peperiksaan dengan bersungguh-sungguh. Solat hajat dilakukan hatta setiap kali musim peperiksaan doa akan dibaca sebelum setiap kali kertas examination dijawab. Bagi yang betul-betul ingin score ke arah 4 flat, ramai yang sanggup stay-up .  tidak lupa pula nota-nota ringkas tersedia di dalam poket sebelum peperiksaan dengan lidah lancar menghafaz segala formula. Bukan sekali past year diulang jawab bahkan sehingga soalan quiz dari pensyarah juga dihafalnya.

jika dikaitkan pula dengan keadaan semasa ramadhan bermula hingga ke pertengahan semangat menjalani ibadah sangatlah hebat. Masjid yang dahulunya lengang mula dipenuhi untuk solat tarawikh. Amalan sedekah untuk iftar dan moreh merlimpah ruah sehinggakan ada yang terpaksa dibawa balik ke rumah. Al-Quran mula di tadaruskan beramai-ramai.  Dari yang susah nak bangun kini qiyamulail mula dijalankan, dari tahajud, taubat, istikharah, hajat sehinggalah witir.

Apa yang malangnya apabila ramadhan mula berakhir, dari 4 saf tinggallah satu saf di masjid (kalau bertuah) mana tidaknya apabila buruan mengejar sell 50% di pasaraya-pasaraya, group tadarus pula makin mengecilpembaziran makanan di masjid sehingga ayam dan itik menjadi pemakan utama. Qiyam pula bagi yang bagus akan terus mantap bagi mengejar lailatul qadar, tapi bagi yang makin kehilangan aura cukuplah sekadar tahajud dua rakaat sebelum sahur (itupun kalau semangat bangun sahur masih ada).  


Selepas Ramadhan (selepas peperiksaan)
Selepas peperiksaan seperti mana semua pelajar termasuk saya sendiri kita perlu akui yang kebanyakan daripada kita akan “terlupa” apa yang kita pelajari sebelum ini. Kita akan meluputkan data-data lama untuk mengambil input-input baru pada satu sesi yang baru. Dan kita akan mencari data-data itu kembali apabila hendak melakukan tugasan daripada pensyarah atau projek tahun akhir.
Sebagaimana selepas berlalunya ramadhan ramai dari kita akan kembali ke takuk yang lama. Masjid akan kembali lengang, Al-Quran pula kembali berhabuk di atas almari, apatah pula bangun pada sepertiga malam.

Kesimpulan
Ramadhan merupakan bulan tarbiyah kepada manusia untuk bulan-bulan yang lain. Adakah anda yakin anda bertemu lagi dengan ramadhan? Adakah anda yakin anda sudah berjaya memperoleh malam lailatul qadar. Peperiksaan Ramadhan adalah berbeza daripada peperiksaan yang biasa di mana penilainya bukan di mata manusia. Tetapi penilainya Allah SWT.  Dalam firmaNYA
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari)

Kita mampu berpuasa menahan lapar dan dahaga di mata orang tetapi adakah kita mampu melawan hawa nafsu? Sedangkan Allah SWT berfirman;
'wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa' surah al-baqarah,183
Dalam mentaddabbur ayat ini saya mengambil ayat “agar kamu bertaqwa” di mana dalam memahami konteks ini kita mengetahui bahawa matlamat akhir kita berpuasa adalah menjadi orang bertaqwa dan sia-sialah andai selepas ramadhan ini kita kembali menjadi insan yang biasa seperti sebelumnya

Kita mampu membaca Al-Quran dan khatamkan di hadapan orang tetapi sejauh mana kita membacanya dengan khusyuk bertaltil lagi bertajwid. Dalam hadis Baginda SAW;
“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

Mungkin selepas bulan Ramadhan kita tidak lagi segagah ketika di bulan Ramadhan, namun janganlah kita meninggalkan semua yang kita amalkan. Jikalau dahulu satu juzuk sehari apa salahnya kita target sekurangnya sehelai sehari. Jikalau ketika Ramadhan kita qiyam setiap malam apa salahnya selepas ramadhan kita lakukan seminggu sekali. Dan andai Ramadhan kita berpuasa bersungguh-sungguh apa salahnya kita berpuasa sunat isnin dan khamis.  Wallahualam, Allah sebaik-baik perancang dan DIAlah pemberi hidayah semoga kita berada dalam petunjuknya, Baginda SAW pesuruhnya, dan Islam agama yang hak. Akhirulkalam Assalamualaikum wbt.

jadikan Al-Quran buku rujukan exam
nota ringkas pula ialah zikrullah
stay-up kita adalah qiyamullail


2 comments:

GR said...

ya, ramadhan itu bulan tarbiyah. semoga kita sama-sama mampu mentarbiyahkan diri kita untuk ramadhan kali ini

MananQayyim{dot}com said...

semoga kita terus istiqomah dengan ibadah pd bulan ramadan yang kita lalu selama ini....
Rakan Blogger

Post a Comment