Wednesday, February 2, 2011

KiSaH CiNtA FeBrUaRi


KiSaH CiNtA FeBrUaRi



Ini cuma satu kisah luahan hati yang menjadi iktibar buatku, yang menjadi teman buatku, kadang kala juga menjadi igauan buatku. Aku coretkan di sini bukanlah sebagai menunjuk keaiban atau juga sebagai satu kebanggaan.
          Teringat ketika itu aku berada di akhir tingkatan 3, waktu itu darah remaja masih lagi likat dan pekat. Dalam erti kata lain, maklumlah inginkan kebebasan sehinggakan terlupa menilai mana yang baik mahupun buruk. Ketika itu aku akui aku sangat berada dalam kejahilan. Solat tidak kujaga, Al-Quran sudah lama aku biarkan berlapuk di atas almari bilik. Solatku kalau tak ditegur ayah dan emak rasanya tak aku lakukan.


          Ketika itu penghujung akhir tahun, di mana peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR telahpun berakhir. Seperti biasa ketika itu hangat diperkatakan manakah hala tuju selepas itu, samada kekal di sekolah yang sama, atau ke menengah teknik, sekolah berasrama penuh mahupun ke MRSM, bagi diriku aku cuma ingin berada selalu di rumah, berada bersama mak dan ayah, benak jauh di dalam hati untuk menolong menternak kambing di kebun.
          Berbalik semula pada tika itu, aku sering bersama kawan-kawanku ke Pusat Kaunseling untuk mendapat khidmat nasihat dan sumber-sumber untuk kami memohon pertukaran ke sekolah asrama. Maklumlah peperiksaan dah habis, hadir ke sekolah sekadar mengisi rasa bosan duduk di rumah. Berhampiran dengan pusat kaunseling itu terletak kedai koperasi sekolah yang beroperasi hingga ke petang. Di situ bermulalah coretan hati aku.
          “Puteri”. Cukuplah sekadar nama panggilan aku kepadanya, nama yang mengisi suka duka, mengisi tawa ceria yang menjadikan aku berwaspada untuk terjebak dalam lembah yang dikatakan indah tetapi memeritkan. Pada suatu ketika, no telefon bertukar tangan. Pada mulanya tiada apa-apa perkara yang berbangkit di hati, ia hanya ada perasaan sebagai seorang abang kepada adik.
“abang, boleh tak bagitahu puteri mengenai islam”,
         Pertanyaan seperti itulah yang menjadikan diri ini mula berubah. Bermula dari itu diri ini yang sebelumnya terasa leka dan alpa kembali seperti terkena renjatan. Mula dari itu dia sering bertanya mengenai islam, kadang kala diri ini terasa amat hina dan kadang kala terdetik “ aku islam tetapi menjauhi islam”. 

         Selepas itu aku memperbaiki diri ini, solat mula ku jaga, radio IKIM menjadi teman setia. Ketika mula-mula aku ingin kembali membaca Al-Quran terasa sedih. Tergagap-gagap, satu persatu aku membacanya apatah lagi salah bacaan. Aku tidak salahkan ibu dan ayahku. Ini adalah silapku. Meraka dah ajar yang terbaik tetapi aku yang degil. Jikalau dahulu aku mewakili kampung dalam tilawah tetapi pada waktu itu sekian kalinya surah yasin aku mengambil masa dari maghrib ke isya' untuk menghabiskannya.

  Setiap malam aku akan berbalas mesej dengan Puteri. Dia sering bertanyaku tentang kewujudan tuhan, bertanyakan tentang kerasulan nabi dan perkara-perkara ghaib. Cuba bayangkan betapa malunya tika diri ini sendiri tidak mengetahui apa yang sepatutnya yang aku sebagai umat Islam perlu tahu. Aku sering merujuk ustazahku perkara-perkara seperti ini sebelum aku bincang dengannya.


      Satu ketika keputusan peperiksaan PMR keluar. Alhamdulillah ....aku berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang. Pada ketika itu aku semakin rapat dengan dia. Dalam diam hati terdetik, aku ingin mengambil dia sebagai isteriku dan aku akan bersama-sama dia untuk belajar islam. Tidak lama kemudian aku meluahkan perasaanku kepadanya dan dia juga menerima lamaranku. Aku sering berdoa agar dia mendapat hidayah dan aku dan dia menjadi pasangan yang bahagia.
Sampai satu masa aku memanjangkan perkara ini kepada ustazah. Usatazah kata bimbinglah dia sebaiknya dan kalau boleh bawa jumpa ustazah. Namun jika dia tidak mahu, apa-apa perkara yang dibincangkan hendaklah rdirujukkan kepada ustazah terlebih dahulu.
Pada mulanya hubungan kami seperti biasa, dan pada ketika itu hangat diperkatakan tentang kapel itu haram. Aku tahu pasal itu, dan bagi aku, aku tidak pernah berduaan bersama dengannya, tidak pernah berpegangan tangan, dan kami sering membincangkan tentang agama sahaja. Hubungan kami ini tidak diketahui sesiapa kecuali kawan baikku. Namun lama-kelamaan hubungan kami mula terisi dengan perkataan cinta, sayang dan sebagainya. Aku akui diri aku hanyut seketika dengan keasyikan cinta remaja pada tika itu.


        Boleh dikatakan aku berubah menjadi diriku yang lain. Aku membuat perancangan tentang masa depanku, kerjayaku, rumah tanggaku, apa yang akan aku berikan kepada dia dalam penuh perancangan. Cinta telah membutakan aku. Aku berjanji aku akan memberikan kasih sayangku sepenuhnya kepada dia. Tika itu bagi aku dunia aku dan dia adalah satu. Betapa cintanya aku pada dia sehingga aku leka dan alpa. Bagi aku perancangan masa depanku selepas itu telah aku rancangkan sebaiknya demi aku dan dia. Dan aku boleh kata betapa gilanya aku pada waktu itu.
                    Bulan januari ketika aku di tingkatan 4, hubungan kami mula renggang. Perhubungan aku dan dia tidak lagi sekerap dahulu. Dan ada satu ketika hampir dua minggu aku tidak berhubungan dengan dia. Aku call, aku sms, tetapi semuanya tidak berbalas. Kemudian bermacam-macam alasan diberikan. Betapa gilanya aku ketika itu sehingga aku mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti ungkapan sayang dan cinta. Semata-mata aku tidak rela ia berpisah dari hidupku.
          Tanggal 14 februari aku inginkan kepastian darinya, akan aku ingat tarikh itu sampai bila-bila. Malam aku bertanya padanya apa masalah yang berlaku. Dan apa yang menyedihkan dia berkata yang dia minta maaf sebab dia menerimaku pada waktu itu selepas dia berpisah dari teman lelakinya sebelum ini. Dan dia masih mencintai teman lelakinya dan bukan mencintai aku. Betapa luluhnya hati ini. kemudian komunikasi kami terus terputus, aku tidak dapat menghubunginya lagi sehingga sekarang.
          Seminggu aku hidup tak tentu arah, terperuk di dalam bilik. Menangis saban hari. Kawan baikku yang mengetahui sendiri hampir mengatakan aku ini gila bayang. Dia suruh aku lupakan. Dalam seminggu itu aku tidak memegang al-quran dan hampir seluruh solat aku tinggalkan. Aku terasa jelik dan benci diri ini.
          Tidak lama kemudian aku kembali waras, aku meluahkan segala-galanya pada kakak sulungku, sejak dari itu aku tidak berani lagi terjebakkan diri ini dalam percintaan. Aku memandang wanita sebagai orang asing dalam hidupku. Aku tidak berani memandang wajah dan mata mereka. Aku serik. Serik untuk dipermainkan. Cukuplah air mata yang mengalir dari kisah itu.
Kemudian aku memasuki sekolah berasrama. Dan di situ aku mula sedar yang cinta adalah milik Allah. Hidayah juga adalah milik Allah. Allah menetapkan takdir kepada hambaNYA. Aku Cuma insan biasa. Selepas itu aku kembali kepada ibadah, memenuhi ruang hatiku dengan kuliah-kuliah magrib yang ada di surau yang terletak di dalam sekolah asrama yang aku duduki. Aku berdoa agar dia diberikan hidayah. Aku berterima kasih kepadanya kerana dialah menjadikan aku menganal hikmah yang tersembunyi. Di sebalik keperitan ini aku bersyukur, jika tidak kerana dia mungkin aku langsung tidak mendekati Islam itu kembali. Dan mungkin juga aku tidak mengenal mana patut aku letakkan cinta aku. Terima kasih “Puteri”. Terima kasih Allah. Aku kini sudah nampak hikmah di sebaliknya.


NUKILAN: HAMBA ALLAH



 Kepada yang membaca, kisah ini adalah kisah benar tentang seorang hamba Allah, jikalau ia berkaitan dengan kehidupan anda ambilkan ia sebagai iktibar, bukanlah cerita ini wujud untuk mengaitkan dengan sesiapa, cuma ingin membawa ibrah di dalamnya, segala nama watak dan tempat disembunyikan oleh hamba Allah itu demi mengelakkan aib. ambillah hikmah di dalamnya.

cinta itu indah tetapi juga menyakitkan. namun yakinlah indahnya cinta itu  jika meletakkan cinta Allah pada paling tinggi. bagi diriku  andai aku mempunyai kekasih aku akan bahagia andai dia jumpa yang lebih baik dari diri ini, dan aku akan mendoakan kekasihku mendapat pasangan yang lebih soleh dariku. andai itu terjadi aku redha. dan tangisan yang mengalir selepas itu adalah tangisan kegembiraan buatku.

BAGAIMANAPULA DENGAN ANDA PARA  PEMBACA? TEPUK DADA TANYA IMAN

11 comments:

sRikANdi FiSaBiliLLaH said...

perkongsian kisah hidup yg menarik... subhanallah.. Alhamdulillah, ALLAH memberimu hidayah... ya cinta ALLAH cinta yang abadi... smoga kisah lalu menjadi suatu pengajaran yang terbaik... smoga istiqamah dlm merebut cinta ALLAH & meraih syurga ALLAH.. insyaALLAH.. moga2 dipertemukan insan yg terbaik... takbir! ALLAHUAKBAR.. (^_^)

nur atikah shaari said...

salam afiq,setiap orang ade kisah silam mereka,alhamdulillah..syukur pada ALLAH kerana Dia masih lagi menyayangi kita yang sering melupakan Dia..bersyukurlah dengan hidayah yang telah diberi Nya,dan jangan lupa,Dia selalu ada untuk kita

fantasy and reality said...

wasalam, benar... hati tertanya-tanya adakah diri ini masih lagi akan kekal dalam hidayahNYA... semoga kita semua kekal menjadi pemilik syahadah sehingga ke akhir hayat

Nurul Izzati Atan said...

alhamdulillah ,.thank atas perkongsian,...Ya Allah,..jga lah hati ini dari kelalaian cinta manusia yg tiada pastinya,...

Hati yang jauh drp Allah akan selalu merasa sepi. Bercinta dgn Allah akan menghiburkan hati. Sentiasa merasa dia selalu hadapan. Suatu ketika Ibnu Abbas berjalan di belakang Rasulullah s.a.w. lalu bgind bersabda, "Wahai anak muda, sungguh akan aku ajarkan kpdmu suatu kalimah. Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya kamu akan dapati Dia sentiasa berada di hadapanmu..."

shaliza khairi said...

sangat menarik. ^^ ad something yg boleh dpljari dri kisah ni..

Anonymous said...

sesungguhnya Allah x menjadikan sesuatu itu sia2..sebagai orang islam..kite mesti percaya dengan apa yg diberiNYA...X semestinya yg buruk itu akan slamanya walhal itu semua stu ujian krana DIA ingin memberi kte sesuatu yg lbih baik..INSYAALLAH!

Pak Det said...

Wah... sungguh teruja aku... macam kisah empunya blog jer... hihihi... gurau je....

Apapun ingatlah RaSA CinTa & KaSih pd ManusIa dtng nya daripada ALLAH... Maka Kasih Dan CinTa lah ALLAH terlebih dahulu sebelum kita CinTA pada ManusIA... KITA akan Ketemui Cinta Yg Hakiki..

afifamalibinothman said...

apa yg ditentukan adalah yg terbaik untuk kita..
ALLAH MAHA Adil...

Amira Eleza said...

cerita nie..sedih pun ada..gembira pun ada..itulah nama sebuah kehidupan!

A.H.(Sutra Iman) said...

Alhamdulillah...Cinta itu berhulukn Allah dan berhilir juga pada-NYA...Sgala Puji bgi Allah,Tuhan sekalian alam...(^_^)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment