Monday, January 31, 2011

TaMaDuN YaNg HiLaNg- 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka


 saya rasa sajak ini perlu dihayati semua orang, jadi
 saya harap kepada pembaca sudi menonton dan
menghayatinya. "jangan sempitkan pemikiran yang kecil"



asalamualaikum wbt,

sudah lama jari-jari ini tidak menari rancak di atas papan kekunci membersihkan sawang-sawang blog yang lama tidak terusik, seperti biasa suka diingatkan bahawa penulisan blog saya bukanlah untuk berpolitik, besifat perkauman mahupun taksub kepada sebelah pihak, saya ingin mengajak semua termasuk diri saya membuka minda sebentar.

      Pada sabtu yang lalu saya menyertai Konvensyen Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka yang bertempat di UTeM. Program ini dianjurkan beberapa NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia, bersama dengan Gapena.

    Konvensyen yang bermula dari jam 9 pagi berakhir kira-kira jam 6 petang ini terisi dengan pembentangan 3 kertas kerja pada sebelah pagi, manakala sebelah petang diisi dengan forum. panel-panel yang dibawa terdiri daripada kementerian, kepimpinan-kepimpinan NGO.

    Bagi saya program ini berjalan dengan cukup baik, dan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur berjaya menjayakan program yang sebesar ini. diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.  terima kasih kepada abang Fathi kerana "membantu" saya menghadiri program ini. dalam erti kata lain, saya sendiri sebenarnya tidak mengenali NGO-NGO ini sebelum ini

walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan, termasuklah dari sudut aturcara yang terlampau padat yang akhirnya ramai peserta terttidur ketika pembentangan dilakukan. tambahan lagi saya berasa kasihan kepada runner2 yang berdiri ketika pembentangan kertas kerja dijalankan sehinggalah habisnya forum, terdetik di hati saya andai ada di antara mereka jatuh pengsan. Kalau lelaki sahaja yang pengsan tidak mengapa masalahnya dikhuatiri andai runner muslimat yang jatuh pengsan. lagi satu sesi pertanyaan seharusnya ditambah kerana dengan inilah berlakunya  two way communication.

Saya kira cukuplah tadi sebagai muqaddimah, sekarang berbalik kepada apa perspektif yang saya ingin sampaikan, Perspektif saya ini mungkin betul mungkin juga tidak, jadi kepada pembaca saya alu-alukan komen-komen dari sudut perspektif atau pandangan anda semua

Melayu dan Islam dua perkara yang berbeza namun dapat dikaitkan kerana Islam itu tidak menolak budaya cuma suka saya tekankan bahawa Islam itu menolak  satu budaya perkauman iaitu assabiyah. jikalau dalam konteks Malaysia dalam perlembagaan 160 kalau tidak silap saya yang menyatakan yang melayu itu islam dan meyebut beberapa lagi tentang hak-hak orang melayu yang wajar dilindungi.Bagi pendapat saya tanpa ada unsur-unsur politik, saya merasakan buat masa ini kita masih lagi wajar melindungi hak-hak ini. WALAUBAGAIMANAPUN, beberapa kesilapan wajar diperbetulkan bukan sahaja daripada pemerintah bahkan dari semua pihak. Saya rasa saya tidak perlu mengulas panjang tentang perenggan ini kerana saya yakin anda semua bijak berfikir.

Maka kepada orang-orang melayu cukuplah kita bersandar dengan perlembagaan, jikalau boleh, Melayu harus bangkit tanpa perlu bersandar kepada perlembagaan. Kepada generasi belia cukuplah anda tidur nyeyak, sudah tiba masanya untuk bangun. Sampai bila lagi kita ingin diherdik di bumi sendiri. Sampai bila lagi kita mahu merempat di bumi sendiri. Jangan ingat pemerintah sentiasa ada untuk melindungi kita, jangan terklampau manja. Takut tersungkur atas kaki sendiri

Kepada Melayu, pandanglah Islam kembali, mana budaya kesopananmu, mana lembut tutur bicaramu, kenapa kini kita dicaci? Janji sekadar janji, bicara sekadar bicara. Islam itu tidak terasing daripada kita tetapi kita yang mengasingkannya. Kepada anak muda cukuplah tidur!!!! Kepada bonda dan ayahanda cukuplah memanjakan anakmu!!! Kepada pemimpin cukuplah bertelagah!! Cukuplah sekadar kenyang di perut sendiri!! Prjuangkanlah  Islam nescaya bangsamu akan terbela!!!!!!

2 comments:

taqqiuddin said...

salam~
saya nak share video sajak tu....

cukup terkesan kat hati dan pemikiran saya...
ianya bukan hanya sekadar berkata akan kelemahan orang melayu kini seperti dalam sajak2 lain...
tetapi sajaknya bercerita dengan ringkas keagungan bangsa Melayu Islam yang mendukung syariat Islam, apa faktor yang menjatuhkan Melayu Islam serta mengajak bangkit menjadi Melayu Islam yang bertamadun seperti 500 tahun lalu...
pendeklamasinya juga sangat2 menghayati sajak ini....
sehingga tonasi suaranya cukup beremosi....
serta menggetarkan hati pendengarnya....
=D

mohon share ya~=)

pelayarilmu said...

silakan saudara... ingatlah... islam itu untuk semua... bela islam semua bangsa akan terbela... cuma agak malu apabila kita melayu buat silap... agama menjadi mangsa

Post a Comment