Tuesday, February 28, 2012

Ulasan Kembali mengenai Ulasan Tun Dr Mahathir Mengenai Hudud


Bislimillahirrahmanirrahim..... Berada di tahun akhir menyebabkan tahap kesibukan semakin menjadi-jadi sehinggakan blog sendiri penuh dengan sesawang... saya mengambil masa sedikit menulis pada kali ini selaku seorang yang daif bukan seorang layak bergelar ustaz yang mampu mengeluarkan hujah berkata-kata... tujuan menulis saya pada kali ini kerana terpanggil dengan "ulasan Tun Dr Mahathir Mengenai Hukum Hudud" Video dari youtube itu bersumberkan merupakan video ulasan Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan HUDUD dalam Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 yang berlangsung baru-baru ini...


Saya tidak akan mengulas panjang dan tidak berniat saya untuk mencerca seorang tokoh yang ada dalam dirinya saya terdetik rasa kagum. walaubagaimanapun tidaklah saya selaku penulis bebas akan berdiam apabila sesuatu yang melibatkan agama islam menjadi kecelaruan dalam minda-minda para pendengar ulasan terbabit mahupun pengulas terbabit. jadi saya ringkaskan beberapa hujah beliau seperti berikut





1: "kita harus tahu hukum hudud...hukum hudud ini dtentu  oleh ahli-ahli fekah, dia tidak terdpat dalam Al-QURAN"

apa itu hudud?
 benarkah hukum hudud dikeluarkan oleh ahli fiqah??

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:
- Zina

- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)


siapa itu ahli fiqah? mereka itu adalah
Ahli-ahli fiqh bermaksud orang yang pakar dalam Fiqh. Di dalam bahasa Arab ia dinamakan sebagai al-Faqih atau jamaknya al-Fuqahak. Di kalangan Fuqahak atau ahli-ahli Fiqh ada yang mengeluarkan pandangan sendiri tanpa terikat dengan mana-mana ahli Fiqh yang lain sama ada yang hidup sebelum atau sezaman dengan mereka. Mereka mencipta atau mengasaskan usul-usul atau kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum dari al-Quran dan as-Sunnah dan berijtihad dengan kemampuan sendiri tanpa terikat dengan Faqih atau ahli Fiqh yang lain. Mereka dinamakan sebagai Mujtahid Mustaqil iaitu orang yang mempunyai kemampuan berijtihad secara berdikari. Bilangan mereka adalah sedikit.

benarkah hukum hudud itu bukan berasal dari Al-Quran????
lihat dalil-dali di bawah
zina
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.
arak
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri,
Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )







2:  "mencuri umpamanya apabila kita hukum mereka orang islam kita potong tangan dan orang bukan islam kita potong tangan, orang bukan islam masuk jail dua bulan , kalau kita fikir adakah ini adil"

Apa itu adil.. ????
I dalam kamus dewan adil itu membahagikan kepada sama rata
II dalam islam adil itu adalah meletakkan pada tempatnya
saya bg analogi kembali "adakah Bill Gate gajinya sama dengan software engineer milik syarikatnya" tidak bukan? kerana bill gate adalah pioneer dalam syarikatnya... dan dia selayaknya mendapat untung yang lebih

begitu juga dalam islam orang yang menganut islam, dan percaya akan islam adalah adil bagi mereka untuk dikenakan hudud kerana mereka sujud kepada Allah.. tidak kepada orang kafir, walaubagaimanapun ada undang-undang yang adil ke atas orang kafir yang di bawah takhluk pemerintahan islam



3:  "rogol....dia tidak dapat meletakkan 4 saksi  apabila dia membuat tuduhan maka tuduhan ini dianggap ciptaan manusia......."

apa itu zina ??? apa itu rogol????
dan ni berkAitan dengan qazaf... dimana menuduh seorang wanita yang baik melakuan ZINA... dan untuk kes rogol....
Mula-mula kena tahu, apa dia takrif zina., takrif zina adalah;
"Persetubuhan haram yang SENGAJA antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang SYUBHAH".


Kemudian Rukunnya;
1) Persetubuhan Haram
2) Niat SENGAJA.

Jika sudah kena rogol, bukan sengajalah namanya.


Jika sudah kena rogol, perempuan itu hendak tuduh si lelaki itu merogolnya, kenapa pula hendak diberikan 4 saksi.


Seseorang Perempuan yang menuduh silelaki telah merogolnya, tidak dibolehkan oleh Qadhi untuk menyuruh perempuan itu menyediakan 4 orang saksi. Namun ianya mestilah disediakan pembuktian (Qarinah) dan diadili didalam mahkamah. Jika lelaki itu merogolnya, maka hudud dikenakan kepada lelaki itu. 
itu sahaja dari saya wallahualam... jikalau ada pandangan silakan... namun saya tidak mahu ada cercaan.......



reference
1. Al-Quran dan As-Sunnah

Wednesday, January 18, 2012

100 Kumbang Dan 1000 Bunga



Asalamualaikum, apa khabar?  post sy kali ni adalah sedikit diskusi yang saya adakan di laman sosial facebook... selamat membaca dan memberi  pandangan

mari berdiskusi: ratio sekarang lelaki kepada perempuan adalah 1 kepada 7.... apa pendapat shbt sekalian............
  • Atiqah Hamid aik..bkn 1:10 ke??
    about an hour ago · 

  • Afiq Huri dah naik eh? hahaha... asif klu salah statistik... walauapapun pwanita lg ramai dari lelaki....
    about an hour ago · 

  • Atiqah Hamid hahaha...besa r 2...law xsalah...ana pnah bca bku(xingt tajuk),dia tli,akir zamn ratio pmpn n laki 50:1
    about an hour ago ·  ·  1

  • Afiq Huri betulla tu pernah dgr ceramah jga pasal ratio tu..janji Allah... sampai masa ia akan terjadi...
    about an hour ago · 

  • Atiqah Hamid hur,Betul r noh...Janji Allah,kn??
    about an hour ago · 

  • Afiq Huri yup.... cuma skrg ni kalau kita kaitkan masalah sosial sngt berleluasa... Baginda dtg mengangkat martabat wanita.... tp kini sekali lg jahiliyah itu kembali.... kalau dulu anak ditanam hidup2... tapi skrg dibuang merata2....
    about an hour ago ·  ·  1

  • Irdina Syakira boleh cerita x pasal yng ni saya x fhm cerita ni
    59 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid Afiq Huri,sila2...
    58 minutes ago · 

  • Irdina Syakira cuba lah cerita pasal yng ni
    58 minutes ago · 

  • Afiq Huri yang ni tu apa??? skop luas.. sbnrnya
    57 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid haah..perkecilkn skop 2..bru r ustz.Afiq dpt tell us more :)
    56 minutes ago · 

  • Irdina Syakira cerita ni pasal perempuan dan lelaki ke tapi apa maksudny tu
    55 minutes ago · 

  • Afiq Huri ish sy bukan ustaz.... jauh martabat sy berbanding ustaz.... sy insan biasa....hambaNya yg hina
    55 minutes ago · 

  • Afiq Huri baiklah sy timbulkan persoalan.... katakan dalam kalangan kumbang2.. katakan 100... berapa ekor yg anda rasa kumbang yang baik?
    53 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid ‎20...
    51 minutes ago · 

  • Afiq Huri agak2 la kalau ada 1000 kuntum bunga dalam taman tu berapa bnyk bunga yg 20 tu dapat lindungi?
    50 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..100 je kot...huhu
    48 minutes ago · 

  • Syawal KamiKaze ptot la laki skang mkin gatal,, asal ade pmpn lalu je na ayat.. hahaha..
    48 minutes ago · 

  • Afiq Huri rasa2 la apa yg jadi pada 900 kuntum bunga yang lain?
    47 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..terbiar n layu..am i right??
    46 minutes ago · 

  • Afiq Huri dan kemungkinan besar akan dirosakkan 80 kumbang yang lain kan?
    45 minutes ago ·  ·  1

  • Afiq Huri persoalan kedua.. agak2 la.. bagaimana 100 kuntum tu nak bersaing dengan 900 yang lain utk mendapat kumbg terbaik?
    45 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid bsaing utk jadi yg tbaik..so,dpt kumbg yg baik..
    43 minutes ago · 

  • Afiq Huri bagaimana caranya?
    43 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid u mean that flowers??
    42 minutes ago · 

  • Afiq Huri yup...kita fokus pda bnga
    41 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..jga klopak n madu 2 elok2..betul??
    40 minutes ago · 

  • Afiq Huri betul tu.... kalau kita kaitkan dengan suasana kita sebagai manusia agak2 mcm mana wanita ni nak dapat lelaki yang baik?
    39 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm...be yourself good n u will get the same..am i right??
    38 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid Janji Allah lam Surah An-Nuur:ayat 26...
    38 minutes ago · 

  • Afiq Huri thats right: (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. Surah An-Nuur:ayat 26.
    37 minutes ago · 

  • Afiq Huri tapi Allah juga kita berusaha kan.... ? rasa2nya ada pendapat x?
    36 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid yup...berusaha n brusaha..law kita baik,kita dpt suami yg xbaik..pasti 2 dugaan..n ksudhnnya slalunya,laki 2 brubh better or dorg cerai n pmpn 2 dpt suami yg ssuai ngn dia..n sbaliknya,,kn??
    34 minutes ago · 

  • Afiq Huri jauh sngt tu... baiklah kalau awak antara 100 kuntum bunga di antara 1000 tu...apa yg awak buat utk dapat laki yg soleh....
    33 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid like what i've wrote b4...cuba mnjadi baik...so,hak Allah r nk bgi yg cmne..sbb sye sntiasa berusaha mnjdinya...slalunya,Allah akn bgi spadan kita,kn..??(^_^)
    31 minutes ago · 

  • Afiq Huri ‎:) betul.... cuma bg sy dalam situasi skrg...kalau wanita yg baik agamanya dan ingin memelihara keturunan tiada salahnya dia mencari lelaki yang soleh dengan melamar terlebih dahulu.... dan lagi bagus andai poligami dipersetujui.....
    27 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid hurm..benar 2..(tpi,mampukh ak mpersetujui poligami??)
    ikhlas itu ssah..tpi,mncuba utk iklas itu perlu..(^_^)

    26 minutes ago · 

  • Afiq Huri baiklah... kalau awakla yang memiliki kebun tu.. awak sggup tak tengok bunga2 yg lain itu layu? dirosakkan oleh kumbang2 yang tidak bertanggungjawab?
    24 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid sbb 2 sye ktkn mncuba utk ikhlas 2 perlu..biar sama2 hidup,sama2 bersyukur..We re slave of Allah who have nothing..so,kta perlu utk sling mlengkapi kan...ksian lak bnga2 lain 2...hurmm..
    20 minutes ago · 

  • Afiq Huri hahahaha... ok..cuma sbnrnya sy nak bgtahu... lelaki ni susah nak jumpa yg baik... sy sndri pn jahil lg.... tiada istilah perigi cari timba... kalau dah jumpA dan BERSEDIA... risiklah.... dan kalau lebih baik lg selamatkan maruah wanita yang lain.... mcm sy ... insyaAllah setia pda yg satu.... cuma sy cuma merancang dan takdir Allah tentukan
    16 minutes ago · 

  • Atiqah Hamid InsyaALLAH...smoga Allah tntukn yg tbaik yaa...:



    post ini bukanlah sekadar mengaitkan dengan alam  perkahwinan semata.. cuma mengajak kita berfikir bagaimana nak menyelamatkan maruah wanita, memelihara keturunan, menjadi lelaki dan wanita yang soleh, dan mengajar kita berusaha....
    andai ada komen amat2 di persilakan... wallahualam


    p/s tq pada atiqah hamid yg sudi menjadi rakan perkongsian bicara ketika itu