Thursday, April 7, 2011

i need support

asalamualaikum
maaf entri yang emosi
yang sepatutnya diasingkan dari penulisan
tapi saya juga insan biasa
tekanan itu perkara yang normalkan????
doakanlah dan tlglah support sy ye....
i am smile tp xde manis
asyik tdo dalam kelas je
sem ni agak terbabas
k lah sy doakan pembaca semua lebih ceria dari sy
amin....................

"oh ye iklan sabtu 16 hb ada tilawah kat UTM, masjid sultan ismail" mai pakat join ye.... moga dengan sokongan anda sy lega


alhamdulillah dapat juga luah sikit mslh kat sini.... anda pembaca, anda pendengar, anda pengkritik.... sy syg anda semua... tq

Wednesday, April 6, 2011

Engkau Khalifah Dirimu


cita-cita yang dikejar tidak akan kau gapai andai engkau gentar dengan dirimu....
musuh paling ampuh adalah dirimu......
jujurlah dan percayalah pada dirimu 
sendiri....
ambillah kekuatan angin
gah menerpa setiap ruang.....
ambillah keberanian ombak
tidak berhenti menghempaskan diri ke pantai.......
ambillah iktibar sang pohon
walau dibaling batu 
buah yang diberi balas.......
jangan gentar sahabatku...
jagan gentar merenung masa depan....
cuma jangan lama termenung...
jangan lama hidup bergantung....
langkahkan kakimu...
gapaikan tanganmu....
jangan lupa pada orang tuamu...
jangan alpa pada maha pencipta...
tidak ketinggalan guru dan sahabatmu.....
engkau hidup khalifah kepada mereka...
dan juga
pada dirimu sendiri

Friday, April 1, 2011

Jangan Sekadar Bicara: Duhai Lelaki & Wanita


DUHAI LELAKI
jangan bicara tentang cinta...........jika matamu masih meliar melihat kecantikan
jangan bicara tentang cinta...........jika gagahmu engkau salah gunakan
jangan bicara tentang cinta...........jika hatimu masih bongkak dengan keegoan
jangan bicara tentang cinta...........jika tingkahmu hanya ingin dibanggai
jangan bicara tentang cinta...........jika mulutmu sekadar bermadah kosong
jangan bicara tentang cinta.......... jika solat sekadar pelikat tanpa baju

DUHAI WANITA
jangan bicara tentang sayang...........jika perhiasanmu engkau pamerkan tanpa segan
jangan bicara tentang sayang...........jika suaramu kau manjakan bukan pada layaknya
jangan bicara tentang sayang...........jika langkahmu ingin menarik mata durjana
jangan bicara tentang sayang...........jika hatimu sekadar ingin diisi madah bicara
jangan bicara tentang sayang........... jika kesopananmu bukan pada tuhan

DUHAI LELAKI DAN WANITA
jangan bicara tentang berkasih........jika solatmu tidak kau kasih kepadaNya
jangan bicara tentang berkasih........jika keluargamu engkau abaikan
jangan bicara tentang berkasih........jika orang tuamu kau jadikan lawan
jangan bicara tentang berkasih........jika sahabat engkau perdayakan
jangan bicara tentang berkasih........jika Al-Furqan betingkah bacaan
jangan bicara tentang berkasih........jika nafsu yang hatimu bertunjangkan


Friday, March 4, 2011

GREEN YOUR LIFE...Hidup ini Seperti Pohon.... hayatilah





video ni sy buat sendiri untuk kelas marketing, rugi tau x tonton....cer tengok cer tengok


Assalamualaikum apa khabar semua... semoga sihat sentiasa... maaf agak lama membiarkan sesawang memenuhi laman layar diri ini.... mungkin kerana sibuk atau apa-apa sahajalah...

post saya kali ini bertajuk seperti di atas.....kenapa saya kata hidup ini seperti pohon??? kerana fitrah pohon itu adalah seperti kita sendiri... bermula dari kecil sehinggalah dewasa akhirnya suatu masa ia akan layu...

sahabat

akar pohon itu umpama hati kita, ia tidak nampak di zahir tapi itu adalah pegangan kita yakni akidah kita..... andai kata kita menjaga pegangan kita sebaiknya.... insyaAllah tidak akan tergugah walau apa jua keadaan sekalipun....

batang pohon itu seperti amalan kita, kita perlu pelihara agar ia tidak merekah dengan perkara yang merosakkan, jika tidak lenturlah pegangan kita, tumbang binasa segala keimanan

daun itu umpama akhlak, jika kita jaga sebaiknya... orang akan suka memandang kehijauaan yaknii keindahan akhlak, jika akhlak itu baik... orang di sekeliling kita akan tumpang berteduh dengan kebaikan... namun begitulah juga andai dedaun itu menguning dek jagaan akhlak yang tidak sempurna... dan kita sendiri akan terkena dek bahang mentari yakni dugaan-dugaan duniawi yang semakin mencabar bagi umat akhir zaman

dan akhirnya buah itu adalah hasil.... bermula dari akar sehingga ke daun memerlukan satu proses berterusan yang baik... jika akar rosak semua akan binasa, jika pohon rosak... buahnya akan masam, jika daun rosak mustahil ada hasilnya....

sahabat.. tanamilah pohon itu (diri kita) dengan usaha... sirami dengan dengan keimanan... bajai dengan doa serta ikhtiar.. hasilnya adalah insan yang berguna... InsyaAllah.....

 
“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizing Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun,” Ibrahim: 24-26 

fahamilah ayat ini.... jikalau anda belajar tentang sains... Al-Quran telah membuktikan itu sains di hadapan anda..... Subhanallah.... betapa cantiknya aturan dunia.... fitrah yang saling berkait....

renunglah kembali kisah Bilal bin Rabah r.a, walau diseksa oleh Umaiyah di terik mentari, ditindih batu di dada, di sarung besi kulit tubuhnya.... tercabut kulitnya melekat pada besi itu.... namun tidak lekang kalimah "ahad" sebagai tanda cintanya... juga sebagai tanda teguhnya akidahnya kepada Allah s.w.t

jangan lupa pada kisah sumayyah, srikandi pertama syahid dalam agama, mujahidah yang membawa inspirasi ketabahan kepada arjuna... memperjuangkan kesucian agamanya lebih dari segalanya... mencintai Allah lebih dari cinta kepada Yasir lantas gugur syahid keduanya... kerana apa sahabat? cinta Allah letak pada yang tertinggi

pesanan ini juga pada diri.... mampukah kita ke tahap itu... kita tidak sempurna tapi itu bukan alasan untuk kita untuk berubah.... gunalah cara yang sebaiknya mengikut kemampuan anda menjadi daie yang terbaik..........


Monday, February 14, 2011

AKU MALU CINTAIMU


malunya cintaku
memuja kekasih duniaku
hadiah silih berganti
basah bibir bicara sayang

agungnya cintanya
mendoakan hingga nafas terakhir
"ummati ummati ummati"
menanggung besar azab mautku

malunya cintaku
idolaku si penyanyi
ikut terkinja menari
sedangkan engkau ku lupa

 agungnya cintanya
menghina cinta diri
membela tempatku
di singgahsana syurga

tertanyakah diriku
basahkah bibirku akan namamu
mana anjuranmu ku pegang
atau ku buang tidak ku pandang

susahnya aku jatuh cinta
padamu tidak ku kenal rupa
tidak jua ku tahu suara
tapi kau mencintaiku lebih dari segalanya

Rasulullah
sungguh
cintamu tiada terbanding
malunya aku menjadi cintamu


Sunday, February 13, 2011

Persatuan Mahasiswa Islam UTM mnyokong Hari Kekasih...................................................................................????

Asalamualaikum, post saya kali ini agak pendek... kerana perkara ini berlaku dalam keadaan ad-hoc ... semalam saya telah mmenjumpai satu "poster" di salah sebuah surau di sekitar UTM, dan saya amat terkejut apabila menjumpai poster di atas di bawah.




saya mengulas isu ini bukan  dari sudut pandangan PMI kerana saya tidak dizahirkan apa-apa jawatan dalam persatuan ini, saya melihat persatuan ini menggerakkan sesuatu yang baik selama saya berada di UTM dengan majlis-majlis ilmu, berbuka puasa di masjid dan sebagainya seperti juga kelab-kelab kerohanian yang lain

Bagi pihak berkenaan yang mengeluarkan statement tersebut saya yakin ada perselisihan faham. dan saya yakin pihak PMI sendiri telus untuk membincangkan perkara ini dengan cara yang lebih baik. Bagi saya untuk menegur kesalahan ini (walaupun bagi saya tidak  benar) anda pihak KMB amat tidak patut menggunakan cara sebegini.

Pihak PMI juga insan biasa yang dilahirkan sebagai insan biasa yang akan melakukan kesalahan, saya yakin mereka akan bersikap terbuka andai pihak KMB menegur kesalahan mereka dengan berhikmah. Teringat kisah perang Rasulullah. Dalam peperangan pertempuran dimulakan dengan menghantar wakil kedua-dua pihak secara berhadapan bukannya menyerbu dari belakang. Tambahan pula ini adalah satu fitnah kepada penggerak organisasi islam di UTM ini. jadi renung lah ayat dan hadis di bawah:


“Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191)

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
jadi fikirlah kembali kepada pihak yang berkenaan, dan kepada semua mahasiswa dan pembaca, saya yakin anda juga bijak berfikir mana yang betul dan patut dilakukan. andai poster-poster ini dijumpai serahkanlah kepada pihak PMI dan kalau ada kekeliruan berbincanglah dengan mereka.

Saturday, February 12, 2011

Couple???- Sebuah Kronologi Menarik Sketsa Cinta


COUPLE...??


saya copy post ni dari farah jihan......... give kredit to her



COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...





berkahwinlah apabila kita sudah mampu untuk mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH..



P/S:renungan untuk diri sendiri dan kpada kalian semua,semoga kita terpelihara daripada perkara ini..ameen~!(: