Friday, February 11, 2011

Cinta dan Couple, Haramkah?




Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah sekali lagi saya diberikan kesempatan dan ruang untuk kembali mencuci sesawang yang ada di laman blog pelayarilmu@fantasyandreality ini.
Mari sekali lagi kita membuka tingkap minda dengan mengetengahkan isu ini tanpa menyempitkannya kepada suatu simpang yang kecil. Nukilan saya ini cuma sekadar pandangan dripada diri ini, andai tersalah bicara diharapkan agar sahabat-sahabat pembaca sudi berkongsi.
Cinta Itu Haram?
Persoalan-persoalan ini sering bermain di fikiran kita. Suka saya membawa analogi kita sendiri sebagai manusia memerlukan air dan makanan. Tanpa makanan dan air kita tidak dapat untuk menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Kenapakah ini berlaku? Kerana ini merupakan keperluan asas  bagi kita, keperluan fitrah kita sebagai manusia. Merujuk ayat Al-Quran berikut:
Surah al-Hujurat, ayat 13
Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).

Mari kita mentadabbur ayat di atas (sekali lagi saya meminta andai ada tersalah bicara tolong tegur):
Cinta itu tidak haram, ia merupakan keperluan hati bagi setiap manusia. Ini kerana Islam itu hadir tidak mengharamkan fitrah namun mengajar bagaimana kita mengawalnya.  Cinta itu hadir dengan sendirinya dan akan datang tanpa diduga. Cinta itu akan bertambah cantik andai meletakkan cinta kepada maha pencipta pada tempat yang pertama


Couple itu TIDAK Haram!!!!!!.................................
Bersabar…. Mungkin ada yang tidak puas hati dengan statement saya di atas.  Tenangkan hati lapangkan minda, sebelum saya melangkah lebih lanjut.  Bagi saya couple itu tidak haram andai dibawa dengan cara yang betul. Apakah cara yang betul itu?????? Cuba teka????
……..Jawapannya……. CAMar  
Saya ingin mengambil shortform CAMar  yang membawa maksud Couple After Married. Setuju???? Terpulang pada masing-masing. Bagi saya, cara berpacaran yang lebih manis adalah dengan berpacaran selepas diikat dengan perkahwinan. Kenapa? Cinta selepas perkahwinan lebih diredhai dan dirahmati. Merujuk ayat Al-Quran di bawah.
al-Nur ayat 32:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

Allah swt juga berfirman didalam surah al-Rum ayat 21:

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-orang yang berfikir.
Saya rasa tidak perlu saya mengurai lebih panjang, kerana kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa perkahwinan itu membawa kelebihan dari sudut lahiriah mahupun batiniah.  Couple ini merupakan agenda barat yang menghalalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga tidak menjaga ikhtilat dengan duduk berduaan, berpegang tangan, bermesra-mesra sebelum wujudnya ikatan yang sah.


Maka konklusi kecil bagi saya, bahawa cinta itu tidak haram. Namun jika ia berlandaskan nafsu ia akan menjerumuskan kita itu ke lembah zina yang hina. Elakkan couple  sebelum diikat dengan tali yang sah.  Andai kata ada yang berkenan di hati doakanlah kebahagiaan orang yang dikasihi kebahagiaan dunia dan akhirat dan bukannya membawa orang yang di sayangi bergelumang dengan dosa.  

Saturday, February 5, 2011

100 's follower

asalamualaikum...akhirnya blog saya dah mencecah kepada 100 follower... terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca... kepada follower yang ke seratus... terima kasih saya ucapkan... jadi saya create award ini untuk anda... sila pastekan di side bar blog anda..... dia punya biodata
:

http://schuchangokngek.blogspot.com/
Nur Syuhadah bt Mohd Nasir 
7 teen SMK
Convent Teluk Intan



Wednesday, February 2, 2011

KiSaH CiNtA FeBrUaRi


KiSaH CiNtA FeBrUaRi



Ini cuma satu kisah luahan hati yang menjadi iktibar buatku, yang menjadi teman buatku, kadang kala juga menjadi igauan buatku. Aku coretkan di sini bukanlah sebagai menunjuk keaiban atau juga sebagai satu kebanggaan.
          Teringat ketika itu aku berada di akhir tingkatan 3, waktu itu darah remaja masih lagi likat dan pekat. Dalam erti kata lain, maklumlah inginkan kebebasan sehinggakan terlupa menilai mana yang baik mahupun buruk. Ketika itu aku akui aku sangat berada dalam kejahilan. Solat tidak kujaga, Al-Quran sudah lama aku biarkan berlapuk di atas almari bilik. Solatku kalau tak ditegur ayah dan emak rasanya tak aku lakukan.


          Ketika itu penghujung akhir tahun, di mana peperiksaan Penilaian Menengah Rendah PMR telahpun berakhir. Seperti biasa ketika itu hangat diperkatakan manakah hala tuju selepas itu, samada kekal di sekolah yang sama, atau ke menengah teknik, sekolah berasrama penuh mahupun ke MRSM, bagi diriku aku cuma ingin berada selalu di rumah, berada bersama mak dan ayah, benak jauh di dalam hati untuk menolong menternak kambing di kebun.
          Berbalik semula pada tika itu, aku sering bersama kawan-kawanku ke Pusat Kaunseling untuk mendapat khidmat nasihat dan sumber-sumber untuk kami memohon pertukaran ke sekolah asrama. Maklumlah peperiksaan dah habis, hadir ke sekolah sekadar mengisi rasa bosan duduk di rumah. Berhampiran dengan pusat kaunseling itu terletak kedai koperasi sekolah yang beroperasi hingga ke petang. Di situ bermulalah coretan hati aku.
          “Puteri”. Cukuplah sekadar nama panggilan aku kepadanya, nama yang mengisi suka duka, mengisi tawa ceria yang menjadikan aku berwaspada untuk terjebak dalam lembah yang dikatakan indah tetapi memeritkan. Pada suatu ketika, no telefon bertukar tangan. Pada mulanya tiada apa-apa perkara yang berbangkit di hati, ia hanya ada perasaan sebagai seorang abang kepada adik.
“abang, boleh tak bagitahu puteri mengenai islam”,
         Pertanyaan seperti itulah yang menjadikan diri ini mula berubah. Bermula dari itu diri ini yang sebelumnya terasa leka dan alpa kembali seperti terkena renjatan. Mula dari itu dia sering bertanya mengenai islam, kadang kala diri ini terasa amat hina dan kadang kala terdetik “ aku islam tetapi menjauhi islam”. 

         Selepas itu aku memperbaiki diri ini, solat mula ku jaga, radio IKIM menjadi teman setia. Ketika mula-mula aku ingin kembali membaca Al-Quran terasa sedih. Tergagap-gagap, satu persatu aku membacanya apatah lagi salah bacaan. Aku tidak salahkan ibu dan ayahku. Ini adalah silapku. Meraka dah ajar yang terbaik tetapi aku yang degil. Jikalau dahulu aku mewakili kampung dalam tilawah tetapi pada waktu itu sekian kalinya surah yasin aku mengambil masa dari maghrib ke isya' untuk menghabiskannya.

  Setiap malam aku akan berbalas mesej dengan Puteri. Dia sering bertanyaku tentang kewujudan tuhan, bertanyakan tentang kerasulan nabi dan perkara-perkara ghaib. Cuba bayangkan betapa malunya tika diri ini sendiri tidak mengetahui apa yang sepatutnya yang aku sebagai umat Islam perlu tahu. Aku sering merujuk ustazahku perkara-perkara seperti ini sebelum aku bincang dengannya.


      Satu ketika keputusan peperiksaan PMR keluar. Alhamdulillah ....aku berjaya mendapat keputusan yang agak cemerlang. Pada ketika itu aku semakin rapat dengan dia. Dalam diam hati terdetik, aku ingin mengambil dia sebagai isteriku dan aku akan bersama-sama dia untuk belajar islam. Tidak lama kemudian aku meluahkan perasaanku kepadanya dan dia juga menerima lamaranku. Aku sering berdoa agar dia mendapat hidayah dan aku dan dia menjadi pasangan yang bahagia.
Sampai satu masa aku memanjangkan perkara ini kepada ustazah. Usatazah kata bimbinglah dia sebaiknya dan kalau boleh bawa jumpa ustazah. Namun jika dia tidak mahu, apa-apa perkara yang dibincangkan hendaklah rdirujukkan kepada ustazah terlebih dahulu.
Pada mulanya hubungan kami seperti biasa, dan pada ketika itu hangat diperkatakan tentang kapel itu haram. Aku tahu pasal itu, dan bagi aku, aku tidak pernah berduaan bersama dengannya, tidak pernah berpegangan tangan, dan kami sering membincangkan tentang agama sahaja. Hubungan kami ini tidak diketahui sesiapa kecuali kawan baikku. Namun lama-kelamaan hubungan kami mula terisi dengan perkataan cinta, sayang dan sebagainya. Aku akui diri aku hanyut seketika dengan keasyikan cinta remaja pada tika itu.


        Boleh dikatakan aku berubah menjadi diriku yang lain. Aku membuat perancangan tentang masa depanku, kerjayaku, rumah tanggaku, apa yang akan aku berikan kepada dia dalam penuh perancangan. Cinta telah membutakan aku. Aku berjanji aku akan memberikan kasih sayangku sepenuhnya kepada dia. Tika itu bagi aku dunia aku dan dia adalah satu. Betapa cintanya aku pada dia sehingga aku leka dan alpa. Bagi aku perancangan masa depanku selepas itu telah aku rancangkan sebaiknya demi aku dan dia. Dan aku boleh kata betapa gilanya aku pada waktu itu.
                    Bulan januari ketika aku di tingkatan 4, hubungan kami mula renggang. Perhubungan aku dan dia tidak lagi sekerap dahulu. Dan ada satu ketika hampir dua minggu aku tidak berhubungan dengan dia. Aku call, aku sms, tetapi semuanya tidak berbalas. Kemudian bermacam-macam alasan diberikan. Betapa gilanya aku ketika itu sehingga aku mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya seperti ungkapan sayang dan cinta. Semata-mata aku tidak rela ia berpisah dari hidupku.
          Tanggal 14 februari aku inginkan kepastian darinya, akan aku ingat tarikh itu sampai bila-bila. Malam aku bertanya padanya apa masalah yang berlaku. Dan apa yang menyedihkan dia berkata yang dia minta maaf sebab dia menerimaku pada waktu itu selepas dia berpisah dari teman lelakinya sebelum ini. Dan dia masih mencintai teman lelakinya dan bukan mencintai aku. Betapa luluhnya hati ini. kemudian komunikasi kami terus terputus, aku tidak dapat menghubunginya lagi sehingga sekarang.
          Seminggu aku hidup tak tentu arah, terperuk di dalam bilik. Menangis saban hari. Kawan baikku yang mengetahui sendiri hampir mengatakan aku ini gila bayang. Dia suruh aku lupakan. Dalam seminggu itu aku tidak memegang al-quran dan hampir seluruh solat aku tinggalkan. Aku terasa jelik dan benci diri ini.
          Tidak lama kemudian aku kembali waras, aku meluahkan segala-galanya pada kakak sulungku, sejak dari itu aku tidak berani lagi terjebakkan diri ini dalam percintaan. Aku memandang wanita sebagai orang asing dalam hidupku. Aku tidak berani memandang wajah dan mata mereka. Aku serik. Serik untuk dipermainkan. Cukuplah air mata yang mengalir dari kisah itu.
Kemudian aku memasuki sekolah berasrama. Dan di situ aku mula sedar yang cinta adalah milik Allah. Hidayah juga adalah milik Allah. Allah menetapkan takdir kepada hambaNYA. Aku Cuma insan biasa. Selepas itu aku kembali kepada ibadah, memenuhi ruang hatiku dengan kuliah-kuliah magrib yang ada di surau yang terletak di dalam sekolah asrama yang aku duduki. Aku berdoa agar dia diberikan hidayah. Aku berterima kasih kepadanya kerana dialah menjadikan aku menganal hikmah yang tersembunyi. Di sebalik keperitan ini aku bersyukur, jika tidak kerana dia mungkin aku langsung tidak mendekati Islam itu kembali. Dan mungkin juga aku tidak mengenal mana patut aku letakkan cinta aku. Terima kasih “Puteri”. Terima kasih Allah. Aku kini sudah nampak hikmah di sebaliknya.


NUKILAN: HAMBA ALLAH



 Kepada yang membaca, kisah ini adalah kisah benar tentang seorang hamba Allah, jikalau ia berkaitan dengan kehidupan anda ambilkan ia sebagai iktibar, bukanlah cerita ini wujud untuk mengaitkan dengan sesiapa, cuma ingin membawa ibrah di dalamnya, segala nama watak dan tempat disembunyikan oleh hamba Allah itu demi mengelakkan aib. ambillah hikmah di dalamnya.

cinta itu indah tetapi juga menyakitkan. namun yakinlah indahnya cinta itu  jika meletakkan cinta Allah pada paling tinggi. bagi diriku  andai aku mempunyai kekasih aku akan bahagia andai dia jumpa yang lebih baik dari diri ini, dan aku akan mendoakan kekasihku mendapat pasangan yang lebih soleh dariku. andai itu terjadi aku redha. dan tangisan yang mengalir selepas itu adalah tangisan kegembiraan buatku.

BAGAIMANAPULA DENGAN ANDA PARA  PEMBACA? TEPUK DADA TANYA IMAN

Monday, January 31, 2011

TaMaDuN YaNg HiLaNg- 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka


 saya rasa sajak ini perlu dihayati semua orang, jadi
 saya harap kepada pembaca sudi menonton dan
menghayatinya. "jangan sempitkan pemikiran yang kecil"



asalamualaikum wbt,

sudah lama jari-jari ini tidak menari rancak di atas papan kekunci membersihkan sawang-sawang blog yang lama tidak terusik, seperti biasa suka diingatkan bahawa penulisan blog saya bukanlah untuk berpolitik, besifat perkauman mahupun taksub kepada sebelah pihak, saya ingin mengajak semua termasuk diri saya membuka minda sebentar.

      Pada sabtu yang lalu saya menyertai Konvensyen Kejatuhan Empayar Islam Melayu Melaka yang bertempat di UTeM. Program ini dianjurkan beberapa NGO seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Ikatan Muslimin Malaysia, bersama dengan Gapena.

    Konvensyen yang bermula dari jam 9 pagi berakhir kira-kira jam 6 petang ini terisi dengan pembentangan 3 kertas kerja pada sebelah pagi, manakala sebelah petang diisi dengan forum. panel-panel yang dibawa terdiri daripada kementerian, kepimpinan-kepimpinan NGO.

    Bagi saya program ini berjalan dengan cukup baik, dan tahniah saya ucapkan kepada pihak penganjur berjaya menjayakan program yang sebesar ini. diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.  terima kasih kepada abang Fathi kerana "membantu" saya menghadiri program ini. dalam erti kata lain, saya sendiri sebenarnya tidak mengenali NGO-NGO ini sebelum ini

walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan, termasuklah dari sudut aturcara yang terlampau padat yang akhirnya ramai peserta terttidur ketika pembentangan dilakukan. tambahan lagi saya berasa kasihan kepada runner2 yang berdiri ketika pembentangan kertas kerja dijalankan sehinggalah habisnya forum, terdetik di hati saya andai ada di antara mereka jatuh pengsan. Kalau lelaki sahaja yang pengsan tidak mengapa masalahnya dikhuatiri andai runner muslimat yang jatuh pengsan. lagi satu sesi pertanyaan seharusnya ditambah kerana dengan inilah berlakunya  two way communication.

Saya kira cukuplah tadi sebagai muqaddimah, sekarang berbalik kepada apa perspektif yang saya ingin sampaikan, Perspektif saya ini mungkin betul mungkin juga tidak, jadi kepada pembaca saya alu-alukan komen-komen dari sudut perspektif atau pandangan anda semua

Melayu dan Islam dua perkara yang berbeza namun dapat dikaitkan kerana Islam itu tidak menolak budaya cuma suka saya tekankan bahawa Islam itu menolak  satu budaya perkauman iaitu assabiyah. jikalau dalam konteks Malaysia dalam perlembagaan 160 kalau tidak silap saya yang menyatakan yang melayu itu islam dan meyebut beberapa lagi tentang hak-hak orang melayu yang wajar dilindungi.Bagi pendapat saya tanpa ada unsur-unsur politik, saya merasakan buat masa ini kita masih lagi wajar melindungi hak-hak ini. WALAUBAGAIMANAPUN, beberapa kesilapan wajar diperbetulkan bukan sahaja daripada pemerintah bahkan dari semua pihak. Saya rasa saya tidak perlu mengulas panjang tentang perenggan ini kerana saya yakin anda semua bijak berfikir.

Maka kepada orang-orang melayu cukuplah kita bersandar dengan perlembagaan, jikalau boleh, Melayu harus bangkit tanpa perlu bersandar kepada perlembagaan. Kepada generasi belia cukuplah anda tidur nyeyak, sudah tiba masanya untuk bangun. Sampai bila lagi kita ingin diherdik di bumi sendiri. Sampai bila lagi kita mahu merempat di bumi sendiri. Jangan ingat pemerintah sentiasa ada untuk melindungi kita, jangan terklampau manja. Takut tersungkur atas kaki sendiri

Kepada Melayu, pandanglah Islam kembali, mana budaya kesopananmu, mana lembut tutur bicaramu, kenapa kini kita dicaci? Janji sekadar janji, bicara sekadar bicara. Islam itu tidak terasing daripada kita tetapi kita yang mengasingkannya. Kepada anak muda cukuplah tidur!!!! Kepada bonda dan ayahanda cukuplah memanjakan anakmu!!! Kepada pemimpin cukuplah bertelagah!! Cukuplah sekadar kenyang di perut sendiri!! Prjuangkanlah  Islam nescaya bangsamu akan terbela!!!!!!

Saturday, January 22, 2011

PUISI INI SEKADAR PUISI



Puisi Sekadar Puisi
Puisi ini sekadar puisi
Bererti bagi yang cakna
Terbuang bagi yang alpa
Ia tercipta bukan untuk menuding
Cuma merayu merenung sejenak
Persoalan terungkap yang tidak terucap
 Dari pelayar kehidupan
Si kecil sibuk berbicara
Katanya “Tidak sabar menjadi dewasa”
Sedang si dewasa alpa dan leka
Agama makin dilupa
Cinta dunia bermaharajalela
Umpama Ketam didik anaknya berjalan
Sedangkan diri lena dalam fana

Remaja pula kian sibuk
Berbicara tentang cinta
Katanya “aku sudah sedia”
Sedangkan hingusnya masih likat
Hilang manakah nilai “as syabab”
Lupa penuhkan ilmu di dada
Hampa si bonda hampa si ayahanda

Pemimpin asyik telingkah
Telagahnya tak habis hujah
Dewasanya umpama si anak kecil
Suri teladan hilang ke mana
Janji juga kian sirna
Yang salah di benar
Yang benar di salah

Puisi masih sekadar puisi
Meminta kepada semua pelayar
Muhasabah kembali juzuk kehidupan
Layar demi layar
Lembaran demi lembaran
Merenung silap diri
Untuk kembali kepada Maha Pencipta

Sunday, January 16, 2011

AHLAN WASAHLAN "PELAJAR RAMALAN"- EXPRESS MARA-FORECAST

AHLAN WASAHLAN "PELAJAR RAMALAN"- EXPRESS MARA-FORECAST

asalamualaikum dan salam sejahtera, sudah bersawang rasanya blog ini, dan sudah tiba masanya saya membersihkannya kembali... kali ini "pembersih" sawang ini saya bawa dengan tajuk di atas.
Pada 13, 14 dan 15 januari pendaftaran pelajar express mara diadakan di Kolej Tun Hussein Onn UTM.  Pelajar-pelajar ini akan melalui program asasi selama satu semester dan sebenarnya sudah dijanjikan tempat di UTM untuk melanjutkan pelajaran walaupun keputusan SPM belum keluar..

mereka merupan batch ataupun generasi yang ke-16, Kenapa mereka digelar pelajar ramalan? kerana potensi yang ada pada pelajar ini yang semuanya berasal daripada MRSM seluruh Malaysia yang cukup dikenali hebat dari sudut akademik mahupun kokurikulum




Saya telah diberikan mandat sebagai KO= Ketua Operasi bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, walaubagaimanapun jasa saya tidaklah sebesar mana andai dibandingkan dengan krew-krew lain. saya mengucapkan terima kasih kerana bertungkus lumus menjayakan Minggu Transformasi Mahasiswa ini.

dalam MTM kali ini saya menggunakan transformasi dan menggunakan pendekatan yang berbeza, tiada marah-marah, herdik mahupun denda yang diberikan, kerana saya ingin mereka hormat atas rasa sayang bukan atas dasar takut didenda.

penghulu: AFIQ HIDAYAT
penghuluwati: KHAIRUNNISA




PESANAN BUAT BATCH 16:
kami tidak megharap anda hormat kami sebagai senior anda
kami hanya ingin melihat anda gembira
kasih sayang yang kami berikan bukanlah untuk dijual
sematkanlah di dalam hati
sesungguhnya letih kami hilang bila melihat anda semua tersenyum riang
aku tidak mempunyai adik
dan aku gembira bila aku menganggap diri anda semua adikku
adikku
jangan lemas dalam kebanggaan
sesungguhnya engkau akan terhapus dalam arus duniawi
amalkanlah apa yang di ajar tika di MRSM dahulu
kelak kau akan berjaya
ingatlah ibu bapamu
mereka tidak pinta duitmu
tetapi kasih sayang darimu
banggakanlah hati mereka dengan kejayaanmu
adikku
menara gading tidak seteguh dan secantik disangka
dakilah ia dengan IMAN dan semangat menuntut ilmu
tingkatkan UKHWAH

adikku
engkau bukan lagi budak hingusan
sudah tiba masanya engkau pandang ke hadapan
namun jangan lupa menoleh
andai tersilap langkah masih mampu pulang ke pangkal jalan
adikku
dunia kau cari jangan lupa bekalan akhiratmu
Al-quran jangan tinggal
solat jangan lupa
doakan ibu bapa guru dan rakan
sungguh Adikku
engkau adalah generasi hebat
namun tundukkanlah hati mu
jangan kau bongkak
ilmumu cuma setitis air di lautan
semoga engkau tabah dalam mehnah


"setinggi mana kau daki akan goyah andai luluh tapak yang kau pijak dahulu"

Thursday, December 16, 2010

SESUCI SYAHADAH: by afiq huri(cerpen pertama)






SESUCI SYAHADAH:


Subuh yang dingin ditemani gerimis yang masih renyai, namun angin melepasi jendela meyapa pipi gadis itu seakan  menunjukkan tanda-tanda ia belum mahu berhenti. Golongan insan yang pertama akan menganggap gerimis ini adalah musibah yang menjadikan gerak hidup untuk mencari rezeki adalah sukar, hatta sukar juga bagi mereka melakukan aktiviti harian yang kadang kala menjadikan mereka lupa kepada maha pencipta. Namun golongan insan yang kedua pula menganggap ianya satu rahmat, rahmat yang menyejukkan rekah-rekah bumi, rahmat yang mengisi kegembiraan bagi tiap tumbuhan dan binatang yang sudah lama mendambakan gerimis bagi memenuhi kitaran hidup mereka.
Bagaimanakah dengan diriku? Hati kecil ini dahulunya pernah menjadi golongan yang pertama, hati yang menolak segala keindahan ciptaan tuhan, hati yang sentiasa menyalahkan tiap kejadian pencipta…..


“Arrrggggggghhhhhh…….. Habis lencun baju aku, musim hujan tak menentu, selalunya hujan lepas asar, tak sangka pulak lepas zohor dah berdentum guruh di langit,” keluh Azhar.
“ Hahahaha……. Siapa yang ajak berlari tadi? Engkau jugakkan, padan mukalah dengan kita yang tak pernah nak berpayung,” kata Haziq membidas.
“Habis tu, paper last ni engkau nak burn? Lagipun mana macho jantan perkasa bawak payung! “Bidas Azhar sambil kedua sahabat karib ini tertawa serentak.
Azhar dan Amir Haziq merupakan sahabat karib sejak bermula tahun satu mereka mendaftarkan diri sebagai pelajar jurusan Kimia Industri di Universiti Teknologi Malaysia. Kebetulan pula mereka juga tinggal sekolej di Kolej Rahman Putra. Persahabatan mereka amat akrab sehingga mereka digelar sebagai kembar tidak seiras. Azhar seorang daripada keluarga yang berada berbanding Amir Haziq.
“Eh, apa sudah jadi dengan engkau orang berdua ni? Dah tua-tua macam ayah orang ni pun nak main hujan lagi ke,” celah Airin, seorang siswi cantik yang beriraskan Chinese.
Amir Haziq yang duduk di sebelah Azhar dengan pantas mengambil beg kuliah yang selalu dibawanya lantas memeluknya bagi mengelakkan susuk tubuhnya yang lencun berkemeja T cerah daripada dilihat. Azhar pula tidak gusar kerana baju kain kasa yang dipakainya berwarna gelap. Airin yang sedar dengan perilaku Amir Haziq melarikan pandangannya ke sudut hujung pintu dewan peperiksaan.
“Engkau orang tidak sejuk ke nanti waktu dalam dewan yang ber air-cond tu? “ Pintas Nabiha selaku rakan sekelas yang juga merupakan ahli jawatankuasa Kolej Tun Fatimah.
Azhar dan Amir Haziq cuma tersenyum memandang sesama mereka sambil sudah terlihat jelas mereka berdua menggigil kesejukan. Dalam masa yang sama pintu dewan pun sudah terbuka, dan para siswa dan sisiwi berpusu-pusu masuk ke dalam bagi mendapatkan tempat duduk yang paling selesa. Keempat-empat sahabat tersebut lantas bangun untuk turut sama memasuki dewan tersebut.
Beberapa tapak sebelum kaki melangkah masuk ke dalam dewan, Amir Haziq terdengar satu suara.
Good luck Haziq.” Tanpa menoleh dia amat yakin suara itu adalah suara siswi yang bernama Airin!!


Sebagai siswa dan siswi tahun akhir, banyak tugasan yang perlu disiapkan termasuklah Projek Sarjana Muda, PSM. Berbanding dengan pelajar tahun pertama apabila, mereka selalunya diperkenalkan oleh barisan kepimpinan fakulti dengan istilah First Year Experience, FYE . Berlainan pula dengan pelajar semester akhir, mereka amat takut sekali dengan istilah FYE yang juga dikenali sebagai Final Year Extension. Disebabkan itu mereka ini berusaha sehabis mungkin bergraduan dengan segulung ijazah lantas bergelar mahasiswa.
“Mahasiswa adalah pinjaman kepada universiti untuk memenuhkan ilmu di dada lantas apabila mereka menggenggam segulung ijazah mereka akan berdiri membela nasib masyarakat,” monolog Haziq sendirian sambil tersenyum simpul melayari Blog Pelayarilmu.blogspot.com.
“Oit hang ni Haziq, orang lain dok sibuk tengah siapkan report akhir PSM hang pulak sempat baca blog, eh? Mana Airin dan buah hatiku Biha?” Azhar yang entah muncul dari mana tiba-tiba menjengah dalam keasyikan Haziq. Lantas Haziq memberikan sedikit ruang untuk sahabat karibnya itu untuk duduk di sebelahnya.
“Hahaha, apalah engkau ni, jangan bertepuk sebelah tangan sudahlah, lagipun engkau dah bersedia ke tanggung dosa sebagai pemimpin keluarga?” tawa Haziq dengan sedikit nada bersahaja namun mempunyai maksud mendalam.
“Dosa? Dosa apa pulak ni? Hang jangan berbunga-bunga boleh?”  Tanya Azhar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Semalam, aku ada bukak you-tube cari lagu kumpulan Edcoustic, mana tau terserempak pulak dengan video Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Haa… kan sama dengan nama kau tu, Cuma kau takde jambang macam dia je.”
“Engkau ni nak mengata aku ke apa? Ish… geram betul, cerita je lah, toksah pusing-pusing roundabout.” celah Azhar, dalam masa yang sama Airin dan Nabiha turut hadir dan duduk di hadapan siswa berdua itu.
“Maafla kami lewat, makan di Arked Meranti tadi,” Nabiha memulakan bicara. Arked Meranti memang terkenal dengan tempat untuk pelajar mendapatkan makanan dengan harga yang amat berpatutan.
“Alamak, nantilah kita sembang, segan aku dengan diorang ni, lagipun nanti PA kita menjengah nanti tak ke naya pulak aku,” Haziq bertingkah mencari helah untuk tidak memanjangkan topik.
”Haziq, awak sendiri kata sama kami dulu, kalau ada ilmu jangan kedekut, cakap tak serupa bikin,” sambil memulangkan paku buah keras Airin memuncungkan mulut sebagai tanda protes.
“Bak kata upin dan ipin, betul! Betul! Betul!” Nabiha turut menunjukkan minat lantas membuatkan Haziq rasa serba salah.
“Baiklah sahabat bertigaku sekalian, lain kali sebelum menyampuk bagi salam dulu, sebelum tu Airin kalau awak tak faham awak dipersilakan utntuk bertanya,” seperti biasa Haziq melepaskan pandangannya jauh tidak memandang Airin dan Nabiha.
“Begini, saya ada dengar satu video ceramah dari Ustaz Azhar Idrus, seorang wanita apabila dikahwini oleh seorang suami, suami tersebut bertanggungjawab menanggung dosa yang dilakukan isteri tersebut selagi mana lelaki itu tidak cuba menegur isterinya daripada melakukan kesalahan.”
“Owh, macam tu eh, susah jugak jadi suami ni, banyak benda kena fikir, aduhai,” keluh Azhar.
“Itulah siapa suruh lelaki suka menagih janji bukan-bukan, waktu couple, bulan bintang dikatakan boleh digapai, tapi lupa yang tanggungjawab mereka sebagai pemimpin terlampau besar,” sedikit tinggi nada yang Nabiha tekankan. Azhar pula kini tunduk menahan rasa rendah hati.
“Itulah malangnya bila semua itu bertunjangkan nafsu semata, “ Haziq menambah.
“Nafsu? Normal la kan?” tingkah Airin mohon penjelasan
“Airin, nafsu ada buruk baiknya, yang buruknya jika nafsu ini hanya berlandaskan akal tanpa menimbang baik buruknya, bagi yang baik dia sentiasa melakukan sesuatu dengan waras, sebagai contoh yang kurang patut, si boyfriend  sanggup pakai kemas lagi handsome  sampai minyak wangi berbotol-botol, topupkan awek tiap hari bila mengadap kekasih, tapi bila menghadap tuhan, kain pelikat tanpa baju cukup bagi jejaka ini sebagai syarat sembahyang, nak sedekah pun macam haji bakhil, ops maafkan saya Airin kalau awak kurang mengerti,” Haziq terlupa yang Airin bukanlah seorang yang beragama Islam.
Its ok Haziq, I understand what you are talking about, keep going ,” Airin menongkat dagu menunjukkan minat.
“Disebabkan itu kebanyakan selepas berkahwin banyak pasangan yang tidak sehaluan, manis couple  telah habis, yang tinggal caci maki, yang malangnya kalau ada kes cerai berai, kejarkan sangat harta dunia tanpa mempedulikan agama, dan anak-anaklah yang menjadi mangsa, bertambah malang lagi zaman sekarang ini adalah kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.”
“Eh, kenapa mata kau merah Airin?” sampuk Azhar. Haziq menghentikan hujah apabila melihat mata  Airin mula merah bergenang air mata. Dalam hati Haziq terasa ingin tahu, apa yang berlaku sebenarnya.
“Tidak ada apa-apa, masuk habuk je,” balas Airin sambil mengesat mata dengan tisu yang dibawa.
Tak..! tak..! tak..!
Bunyi kasut tumit tinggi yang menghampiri membantutkan perbincangan empat sahabat itu menandakan kedatangan Pn Rohaida penasihat akademik, PA,  yang juga merupakan penasihat projek sarjana muda bagi empat sahabat ini. Beliau adalah seorang pensyarah yang amat penyayang dan memahami. 
Suasana petang itu membawa seribu tanda tanya dalam hati Amir Haziq. Apa disembunyikan oleh Airin. Airin merupakan seorang gadis yang lahir dalam keluarga yang mewah. Sikap gadis itu sukar diduga. Kadang kala kesopanannya mengalahkan perempuan melayu yang dikenalinya. Tetapi setiap kali dibawa topik mengenai ibu bapa dia akan cuba melarikan diri dan kadang kala marah. Namun petang itu membawa suasana yang berbeza apabila air mata yang mengalir. Dia dapat merasakan duka yang terpendam di sebalik mata cantik gadis itu.
Dalam tidak semena-mena hati Haziq berdebar? Hatinya membentak keras dan bermonolog.
“ Aku jatuh cinta? Itula kau ni Haziq tak menjaga pandangan. Panahan mata berbahaya! Mampu menggugah iman! Tapi apa salahnya andai aku ikhlas…. Lagipun tidak lama lagi aku akan bergraduan, dan tidak salah andai aku mula mencari pelengkap hidupku… Argghhhh!!! Mustahil  Haziq, mustahil !!! Dia bukan Islam!!!!, dia Ateis!!!, dia sendiri mengatakan itu dihadapan kelas ketika kelas Hubungan Etnik dua tahun yang lalu sehinggakan pada waktu itu dia mencerca semua agama, dan disebabkan itu dia dihadapkan ke hadapan pensyarah-pensyarah kanan fakulti,”  Haziq beristighfar panjang jauh di sudut hatinya.


Petang itu beberapa orang pelajar sibuk membersihkan peralatan ujikaji di makmal eksperimen untuk dipulangkan semula. Ini adalah bagi memudahkan urusan bagi pelajar akan datang yang akan menggunakan peralatan-peralatan tersebut bagi menyiapkan PSM mereka.
“Awak pun datang  kemas barang eh? Mana yang Biha dan Azhar?” Airin memulakan bicara.
“Tak adalah, saya tengah cuci baju dalam makmal ni, hahaha, apalah, dah nampak tanya lagi. Mereka dah datang pagi tadi rasanya.” Haziq yang berada berhadapan dengan meja Airin sedikit berjenaka sambil menyusun peralatan dengan cermat.
“Nak tanya awak boleh?” Pertanyaan itu diikuti dengan anggukan kecil sang jejaka itu. “Bila awak bersembang dengan saya bahkan hampir dengan semua perempuan susah nak tengok awak pandang muka, kenapa?” sambungnya.
“Owh, macam ni,  Islam, mengajar kami lelaki, untuk menjaga pandangan mereka terhadap yang bukan mahram, maksudnya macam saya dengan awak, dan perempuan yang lain yang tiada pertalian darah dengan saya, tapi tak adalah sampai terlanggar tiang atau terhantuk dinding, cuma sekadar mengelakkan berlakunya perkara yang tidak elok,” Haziq mempermudahkan penerangan untuk difahami.
“Hmm , tapi kenapa zaman sekarang ni yang dikatakan educated, tapi banyak pulak kes-kes macam yang awak kata waktu perjumpaan PA hari tu. Sedangkan kita semua di ajar dengan pendidikan agama sejak sekolah, dan hampir semua dikatakan mempunyai agama masing-masing, bukankah agama itu mengajar kepada kebaikan??!” sedikit tinggi nada gadis itu.
“Kalau macam ni nampaknya awak salahkan prosedur eksperimen yang menggagalkan produk awak berbanding pelaku eksperimen” sindir Haziq
“Saya tak faham, maksudnya?” Airin kembali tenang
“Airin… dalam membuat eksperimen, kita telah diberikan segala prosedur dan senarai barangan yang patut kita gunakan, Cuma kadang-kadang kita nak cepat siap sampai abaikan beberapa langkah atau tidak berhati-hati, cuai dan leka. Apabila gagal kita akan meyalahkan prosedur yang leceh dengan mengatakan, tak faham, pelik dan sebagainya sedangkan semua itu silap kita sebagai pelaku,” Haziq petah menggunakan analogi yang amat yakin Airin akan fahami.
“Menarik… saya faham analogi awak, tapi apa kaitan dengan apa yang kita bincang tadi? ” Airin meminta  kepastian.
“Macam dalam situasi sekarang, unsur-unsur barat yang sekular memisahkan agama dari aspek keduniaan telah  menguasai dunia, memang kemajuan secara fizikal yang kita nampak, tapi akhirnya dunia barat sendiri mengakui, makin kelamaan masalah sosial telah meningkat, mereka mula pening memikirkan bagaimana untuk menghidupkan generasi sekarang yang telah lemas terkapai-kapai, dan negara kita, masyarakat kita, bahkan diri kita sendiri telah terkena kesannya,” Haziq berhenti mengambil nafas
 “dan awak telah melihat dan telah menyalahkan agama kerana pelaku yang tidak bertanggungjawab, sedangkan agama telah menyediakan aturcara hidup yang lengkap, Islam sendiri mengajak penganutnya mengejar keduniaan tanpa meninggalkan kebajikan untuk dunia selepas mati, maafkan saya andai kata-kata saya sedikit melukakan hati awak,” sambung Haziq.
“Maafkan saya, betul kata awak, dulu tamadun semua bangkit kerana agama  tetapi sekarang tamadun pada masa kini dibina kerana mengejar keduniaan semata-mata menyebabkan agama  dipinggirkan, tapi awak tak faham apa yang berlaku dalam hidup saya!!” Sekali lagi air mata gadis itu mengalir.
Kali ini gadis itu terus berlalu pergi meninggalkan Haziq dengan seribu persoalan. Amir Haziq menyusuri  pemergian itu dengan mesej yang dihantarnya ,melalui sms.
‘ saya adalah sahabat anda, saya sudi mendengar apa yang terpendam dalam hati anda, jangan takut akan masalah yang datang tapi hadapilah demi membina jalan yang terbaik untuk masa hadapan, sama-sama kita membina jalan itu’


Jam menunjukkan tepat jam 12 tengah malam, secawan kopi sederhana pekat menjadi teman penyegar mata yang meminta-minta untuk dilelapkan, di hadapan komputer bimbit jari-jemari sang pemuda lincah menekan papan kekkunci, sesekali beberapa uapan kecil yang dilindunginya dengan tangan disusuli dengan ucapan istirghfar. Di atas meja itu, beberapa ruang dipenuhi oleh bahan bacaan berbentuk ilmiah seperti, buku motivasi, novel, al-mathurat, dan sebuah Al-Quran merah kecil tersusun di sudut hujung meja.
Amir Haziq masih lagi tekun menyusun , menghapus dan mengemas kini folder-folder mengikut keselesaan. Skrin komputer bimbitnya yang dahulunya berserabut kini mula tersusun kemas.
Kling!!!!!!
Bunyi tersebut menandakan satu mesej telah masuk ke dalam peti simpanan. Mata Amir Haziq kembali segar dengan beberapa persoalan menjengah ruang minda. Siapa yang mesej aku malam-malam buta ni? Lagipun semester pun dah tamat. Tetikus digerakkan ke butang peti simpanan lantas terpapar nama penghantar ‘Princess_airin’
Haziq,
Terima kasih atas mesej awak hari tu, saya rasa segan kerana menangis di hadapan awak. Terima kasih kerana menganggap saya sebagai rakan awak.  Haziq saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa saya boleh percayai awak, yakin dengan awak, untuk saya menceritakan segala yang terpendam dalam hati ini
                Ayah saya dan ibu saya adalah berbangsa chinese, mereka berkahwin setelah terlanjur dalam perhubungan , dan lebih malang ibu saya telah mengandung pada ketika itu. Ayah saya adalah seorang kaki perempuan dan juga seorang penganggur yang suka menghabiskan masanya berjudi dan minum arak sehingga mabuk. Manakala ibu pula seorang gadis liar pada ketika itu. Ayah saya memaksa ibu saya untuk menggugurkan kandungan kerana mereka bukanlah saling mencintai  dan mengandungkan saya tanpa niat. Tapi bila atuk saya mengetahui tentang perkara ini dia melarang ibu saya dari melakukan proses penguguran tersebut. Atas desakan atuk, ibu dan ayah melangsungkan perkahwinan dalam majlis yang meriah kerana menyayangi ibu sebagai anak tunggalnya. Atuk berharap sikap ibu dan ayah akan berubah setelah berumahtangga. Setelah ibu melahirkan, dia membiarkan anak tersebut dalam jagaan nenek dan atuk.
Setelah anak itu berusia 13 tahun atuk dan nenek pergi selamanya dalam suatu kemalangan dan anak itu tinggal bersama ibunya. Ibu yang mewarisi perniagaan atuk sering pulang lewat ke rumah. Ayah pula akan pulang apabila kehabisan wang dan dia sering pulang dalam keadaan mabuk dan kadang- kala dibawanya  perempuan lain ke rumah. Lebih malang lagi sesekali ayah akan membawa perempuan melayu untuk melakukan perbuatan keji dan jijik itu. Apabila melayu sudah tentulah islam !!! Lantas sejak itulah anak itu mebenci islam dan semua agama di atas muka bumi ini. Disebabkan itu apabila setiap kali di sekolah anak itu akan membantah dan mencaci setiapkali isu agama diperbincangkan dalam sesi pembelajaran. Disebabkan itu anak itu tidak mempunyai rakan.
Di rumah seringkali anak itu menjadi masa penderaan si ayah.  Pernah suatu hari  anak itu cuba diperkosa namun berjaya menyelamatkan diri. Sejak itu anak tersebut membenci ayah itu sebenci-bencinya. Ibu pula tidak pernah mengambil berat, mungkin kerana anak itu adalah hasil dari keterlanjurannya dikandungkan tanpa cinta.  Ibu tidak pernah mengambil berat terhadap anak itu. Yang diberi cumalah wang saku bulanan ke dalam akau simpanan. Anak itu hidup dengan kemewahan tetapi tidak pernah merasai kasih sayang dari ibu dan bapa.
Ya awak, sayalah anak itu, sayalah anak yang dikatakan HARAM  disisi manusia , anak yang membenci kepada ibu bapa, tiada percaya kepada lelaki, tiada percaya kepada rakan-rakan, anak yang merasakan tiada keadilan di dunia ini, yang merasakan dunia ini adalah kejam dan keji, merasakan agama tidak perlu wujud di dunia ini.
Tapi saya amat berterima kasih dengan Nabiha kerana sentiasa bersabar dengan karenah saya selama saya menjadi teman sebilik dengannya.  Walaupun pada mulanya saya langsung tidak mengendahkannya namun dia tak pernah membenci saya. Dan kebencian saya padanya hilang apabila suatu hari sayajatuh sakit dan hanya dia yang sudi menjaga saya di hospital. Waktu itu saya mula merasai kasih sayang seorang rakan.
Awak pula Haziq, saya tak tahu kenapa dengan saya sejak akhir-akhir ini, saya berasa senang untuk bertanya dengan awak, senang melihat cara awak dalam berurusan. Membuatkan hati saya tersentuh dengan perlakuan yang sederhana. Awak tidak seperti beberapa orang Islam yang sebelum ini cuba mengajak saya ke dalam Islam. Ada antara mereka juga yang sering memarahi saya ketika saya mencaci islam. Tapi awak tidak, awak tidak pernah memarahi saya. Bahkan saya yang sering memarahi awak. Jujur pada mulanya saya saya benci akan awak sebagaimana saya telah hilang kepercayaan terhadap lelaki. Tapi awak telah hilangkan kebencian itu dengan kesederhanaan awak. Daripada saya yang menolak sebarang kepercayaan, awak telah mengubah saya tentang perlunya tuhan. jujurnya saya telah jatuh hati pada awak. Jika awak tidak keberatan saya sudi untuk menjadi isteri awak dan mempelajari apa itu Islam. Maafkan saya andai saya mengganggu awak. Selamat malam………
                Hati Haziq sebak dengan apa yang menimpa gadis itu, ada sinar air mata yang terbit dari pupuk mata. Namun ayat-ayat yang terakhir membuatkan hati Haziq berdebar-debar. Lantas tangannya menari rancak di atas papan kekunci
Airin
Terima kasih memberikan kepercayaan awak kepada saya, jujur mendengar cerita awak membuatkan saya sedih sehinggakan air mata saya turut mengalir. Benar, saya tidak mengajak awak kepada Islam, tetapi saya mengajar awak dengan Islam. Saya yakin andai kefahaman terpahat dalam hati awak nescaya awak sendiri akan tertarik akan Islam.
Terima kasih juga kerana meluahkan perasaan kepada saya, saya yakin cinta awak suci, namun hati ini sudah dimiliki, saya meminta maaf kerana tidak dapat menerima kesudian awak terhadap saya dalam situasi begini. Saya meminta agar kita terus bersahabat dan jika awak ingin mempelajari Islam saya berjanji saya akan membantu awak setakat selayaknya saya.
Selamat malam sahabat…….
Airin yang baru sahaja membaca mesej tersebut tidak tertahankan air mata dari mengalir sambil hatinya berbicara “Dia seorang lelaki yang baik dan aku bukanlah layak baginya”


Di pengakhiran semester sudah menjadi lumrah jemaah pelajar yang akan mengisi ruang solat Masjid Sultan Ismail akan berkurangan. Masjid tiga tingkat yang terletak di tengah-tengah Universiti Teknologi Malaysia menjadi lambang nadi pendidikan. Di bawah lampu chandeliar yang juga ruang tengan masjid itu terdapat seorang hamba Ilahi yang tenggelam dalam keasyikannya berdoa sesudah melakukan ibadat sunat ba’diah selepas solat isya’ yang dilakukan secara berjemaah sebentar tadi.
“Assalamualaikum, akhi Haziq. Kaifahaluka?” beberapa pemuda datang menghampiri menghulurkan salam lantas duduk berhampiran dengan Haziq membentuk bulatan kecil.
“Waalaikumussalam, Alhamdulillah, anabilkhair, antum?”  sedikit tersenyum Haziq menjabat salam yang diberi.
“Kami semua insyaAllah sihat je akhi Haziq, enta bila pulang ke rumah?”  Kamil Alif memulakan bicara.
Ish, tak perlu ber akhi – akhi ni, ana manalah layak dibandingkan dengan antum, insyaAllah esok malam.” Haziq merendahkan diri. Haziq merupakan bekas Exco Kerohanian di Fakulti Sains dan sering melibatkan diri dalam beberapa program Islamik yang dianjurkan dalam universiti.  Sikap yang sederhana. sentiasa membuatkan dia disenangi ramai orang.
“Mana boleh, kami ni kalau nak dibandingkan masih lagi cetek pengalaman berbanding enta.” Arif zafuan merendah diri.
“Dengar cerita enta kemungkinan besar akan begraduan dengan first class degree, jadi apa kata enta berikan kami ini, budak-budak hingusan sedikit tips yangdapat kami praktikkan dan kami amalkan bersama  dalam gerak kerja kami kelak” pintas Hafiz Hakimi disambut ketawa kecil oleh yang lain
Haziq merupakan pelajar yang disegani kerana dia dapat mengimbangkan prestasi akademik dan juga aktiviti berpersatuan dan sentiasa mendapat keputusan peperiksaan dengan pointer kelas pertama sepanjang tahun pengajiannya.
“Entah abang, mana tahu ini kali terakhir kami dapat bersama dengan abang, lepas ni mana tahu abang jadi ‘orang besar’ sampai tak teringatkan kami di sini,” Amran juga tidak melepaskan peluang untuk berkata-kata.
Kamil, Arif, Hafiz dan Amran merupakan pimpinan majlis tertinggi dalam salah sebuah persatuan islamik dalam universiti itu. Kebanyakan mereka pernah bergerak kerja dengan Haziq dalam program-program kerohanian. Disebabkan itu mereka amat rapaat walaupun berbeza umur dan kursus pembelajaran.
“Ana rasa antum semua lagi arif dalam sudut dalil naqli berdasarkan hadis dan Al-Quran, ana tidak perlu katakan lagi, tapi dari sudut aqli, ana membenci dua sikap mahasiswa dalam menuntut ilmu, dan ianya sikap yang berlaku dekat dengan diri kita.” Kata-kata Haziq berjaya menarik lagi perhatian empat bersahabat itu.
“Pertama, ana cukup tidak suka apabila ada orang mengatakan berjemaah di surau, membaca Al-Quran dan beraktiviti ini membuang masa, cukuplah solat di bilik, cukuplah Quran di khatam sekali, dan alasan itu ana yakin antum semua turut rasa sakit hati bila mendengarnya..”
“Kedua, ana lagi cukup tidak suka apabila antara kita yang terlampau sibuk melakukan aktiviti, dikatakan faqih dengan islam, namun apabila mereka tidak berjaya dalam peperiksaan, mereka akan mengatakan semua ini adalah dunia, tidak penting, sekadar lulus tidak mengapa” kesemua mendengar menganggukkan kepala
“Amran cuba buka surah al qasas kalau tak silap ana ayat 77 dan bacakan makna ayat. Amran tanpa berlengah membuka cermat dan melopori muka ayat yang ingin dicari.
“Carilah apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu kebahagiaan kampung akhirat dan janganlah engkau melupakan kebahagiaanmu daripada kenikmatan dunia.” Amran membaca ayat tersebut satu persatu.
“Allah sendiri menyuruh kita seimbang dunia akhirat, ana bukanlah sentiasa berjaya, ana pernah gagal satu ketika dulu, ana juga pernah berada dalam kejahilan, tapi musuh utama adalah diri sendiri, ana sentiasa berpegang, andai ana gagal, ana tidak mahu gagal dalam penyesalan, biarlah ana gagal setelah ana berusaha sehabis mungkin, wallahualam.” Haziq menghabiskan ucapannya
“Benar, sedangkan wahyu pertama yang turun juga adalah surah Al-Iqra yang menyuruh baginda membaca.”  Kamil menyokong.
“Ana teringat satu hadis di mana amalan anak adam yang tidak akan putus hingga akhirat ada tiga perkara, doa anak yang soleh, sedekah jariah, dan ilmu yang diamalkan.” Hafiz menambah.
“Mana aci antum semua, ana juga ada pendapat, sedangkan baginda SAW menyatakan ‘sampaikanlah padaku walau satu ayat’ betul tak?” semua berada di situ ketawa kecil sambil mengangguk akan pendapat yang Arif berikan. Malam itu ukhwah antara mereka semakin terikat erat.


Malam itu Haziq pulang dari masjid ke kolej penginapan dengan berjalan kaki kerana motosikalnya sudah dipos ke rumah pada pagi tadi. Walaupun tadi dia dipelawa untuk ditumpangkan oleh sahabat berempat yang berhalaqah di masjid, namun dia menolaknya dengan alasan ingin menghirup angin buat saat-saat akhir bergelar mahasiswa di universiti itu.
                Entah mengapa malam itu langit bumi UTM penuh dengan bintang, jalan-jalan fakulti yang disusuri dirasakan sunyi sekali, lampu yang terpasang sangat sedikit sekali tidak seperti hari-hari kuliah menandakan kebanyakan pelajar telah pulang ke rumah. Lampu jalan utama pula kebanyakan tidak terpasang tanpa mengetahui  apa sebabnya.
Sewaktu menuruni jalan yang berbukit menghampiri jalan utama Haziq melihat sebuah kenderaan yang tidak berlampu mungkin kerana rosak sedang dipandu laju keluar dari selekoh Arked Meranti. Dalam kesamaran itu juga dilihat seseorang berpakaian gelap sedang melintas menyusuri jalan utama. Haziq merasakan yang pemandu kenderaan tersebut tidak akan sempat mengelak kerana keadaan jalan yang gelap. Haziq berlari pantas sambil menjerit ke arah insan tersebut.
Bummm!!!!!!
Haziq tercampak ke belakang kenderaan. Darah mengalir dari telinga dan hidung. Gadis yang melintas berjaya ditolak ke tepi. Tetapi Haziq tidak sempat melonjakkan diri mengelak dari dilanggar. Gadis itu seakan dikenali, ya, gadis itu adalah Airin.
“Haziq!!!!” dengan spontan Airin berlari mendapatkan Haziq. Dia keliru, dia takut, tidak tahu berbuat apa-apa, cuma air mata yang mengalir, pemandu kenderaan yang melanggar tadi telah memecut pergi mungkin kerana takut. Tiada kenderaan lain yang lalu lalang. Airin berlutut di sisi Haziq sambil menjerit meminta pertolongan. Tangannya yang terkulai itu bergerak-gerak seakan menunjuk ke arah beg bimbit kecil yang selalu di bawanya. Beg itu tercampak tidak jauh sisi Haziq.
ašhadu ʾan lā ʾilāha ʾilla (A)llāh, wa ʾašhadu ʾanna Muḥammada(n) rasūlu (A)llāh”
Perlahan kalimah itu diulangi payah beberapa kali oleh Haziq seakan-akan syahadah itu bukanlah untuknya tetapi adalah milik Airin. Beberapa kali darah tersembur keluar dari mulut Haziq. Dengus demi dengus semakin kasar kedengaran, tidak ubah seperti haiwan yang mendengus selepas baru sahaja di sembelih. Namun di saat itu kalimah ‘lailahaillallah’ masih meniti di bibir tanpa henti.
Sebuah kereta sewa berhenti untuk memberikan pertolongan, namun belum sempat diangkat masuk Haziq telah menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir. Gadis itu bingung Cuma air mata yang mengalir deras membasahi pipi.


 “Ya Allah, aku memohon kepadamu tempatkanlah dia di kalangan orang yang mendapat keredhaanMu, kurniakannlah dia bidadari syurga yang layak baginya, dan kurniakanlah diri ini keampunan dan hidayahMu,” pohonnya dalam khusuknya tenggelam dalam doa.
Amirah Haziqah binti Abdullah, nama yang menggantikan nama dulunya Airin, nama yang diambil sewaktu gadis itu mengucapkan syahadah menjadi kenangan buat Amir Haziq yang membantunya mencari sinar di sebalik kegelapan hidup dirinya. Gadis itu masih berteleku di atas sejadah menyelak helaian Al-Quran tafsir merah kecil kepunyaan Haziq. Sesudah selesai dia membuka sebuah diari lusuh yang menjadi temannya mengumpul kekuatan.
Selamat malam diari kesayanganku, malam ini engkau sekali lagi berjasa untuk aku meluahkan perasaanku, gadis itu Airin telah menceritakan kisah hidupnya kepadaku, aku tidak dapat menahan air mataku dari tumpah apabila mendengar ceritanya. Aku amat simpati terhadapnya. Apa yang mampu aku lakukan? Aku juga insan biasa.
Tidak!!!
Dia tidak jijik. Bahkan dia seperti bayi yang suci andai hidayah Allah miliknya.
Diariku
Hati ini telah dilamar oleh dia, aku cukup takut andai aku mendekatinya bukan kerana ikhlas mengajarkan Islam
 tetapi aku takut aku dekat padanya kerana hawa nafsu
Airin
Benar hati ini sudah dimiliki
Hati ini telah dimiliki oleh Allah dan Rasul
Dan hati ini sentiasa inginkan agar hati engkau juga dimilikiNya
Aku benar berharap kalimah suci ‘lailahaillallah’ meniti di bibirmu
Berkongsi syahadah yang suci bersamamu
Andai sesuci syahdah itu menjadi milikmu
Aku akan melamarmu menjadi teman hidupku
Ya Allah sesungguhnya kepadaMu lah hambaMu ini berserah
Ampunilah dosa ibuku mengandung dan ayah yang membesarkan
Kurniakanlahku keluarga yang bahagia
Isteri yang solehah
Keturunan yang mencintaMu
Dan kurniakanlah kami kebahagiaan dunia akhirat
Kekalkanlah syahadah suciMu ini di hati kami

Diari lusuh itu ditutup rapat kembali, air mata yang bergenang diseka lembut. Itulah tulisan terakhir Amir Haziq yang ditulis di dalam diarinya. Diari dan sebuah Al-Quran tafsir merah kecil diberikan keluarga Haziq kepadanya kerana merasakan bahawa dialah yang layak menyimpannya.
Dalam hatinya berkata kecil
“Haziq terima kasih kerana engkau membantuku merasai nikmat yang kau ingin kongsi bersamaku, terima kasih kerana engkau membenarkan hatiku dimiliki pemilik hatimu, akan kubawa syahadah  yang suci ini sentiasa bersamaku.”
Amirah merenung ke luar jendela. Di luar jendela hujan yang renyai telah berhenti. Mentari mula terbit di ufuk timur, pelangi yang indah merentasi langit. Di dalam hatinya bertasbih memuji kehebatan ilahi. Dia kini yakin bahawa setiap ujian yang datang ada hikmahnya.

 Cerpen ini adalah cerpen pertama saya, mohamad afiq bin mohamed huri, pelajar kimia industri UTM, segala yang tertulis tiada berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada ianya cuma kebetulan. Sila kongsikan kepada rakan2 lain jika dirasakan bermanfaat.
DIHARAPKAN ANDA SEMUA SUDI MEMBACA DAN MEMBERIKAN KOMEN
sila layari laman web saya ;
atau
facebook: afiq huri
atau
YM: afiqhuri91@yahoo.com.my