Friday, August 13, 2010

Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan


Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan
Oleh Dr. Osman Nasir

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim (orang-orang yang
berpuasa). Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya
walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat
berselawat atas orang-orang yang bersahur."
Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa
lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa
Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:
"Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli kitab)
ialah makan sahur."
Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur
sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab
cukuplah dengan hanya seteguk air.
Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa
tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah
diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w.. Dan sains perubatan
telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.
Air dan Fungsinya.
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan
juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam
pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.
Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu
penting untuk pengawal aturan suhu tubuh.
Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh
kebahagian lain; di mana perpindahan air ini
menstabilkan suhu tubuh.

Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara
normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang.
Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut,
hormon dan koenzim.
Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas.
Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ
tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang
lain.
Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul
protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna.
Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak
sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.
Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar
air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air
liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata
ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian
karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan
sisa-sisa makanan kariogenik di dalam mulut. (karies
*    kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi
glukosa dan tidak ada sukrosa.
Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air liur
meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah
untuk memulakan pendemineralan gigi.
Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula dan kadar pengaliran
air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada
mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan
asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah
manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh
sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!
Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah hairan
mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.
Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa bumi
di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam
tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih
hidupkerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan
yang ada.
Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan
yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri
selain dari tetesan air dalam bumi.
Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti
ada air.
Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap
hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui
kulit,paru-paru dan najis.
Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan
apa yang telah dikumuhkan.
Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan
basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan
sebagai air metabolik.
Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit
dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur
luar.
Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni
sistem aliran darah dan lain-lain sistem perkumuhan telah tersumbat dengan
banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan
terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang
makan sayur dan buah-buahan.
Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus
buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di
kedai.)
Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh
dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan
toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka.
Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi
(dehyration)-kekeringan tubuh.
Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa
bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh
hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan
lain-lain penyakit.
Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan
makanan manis sedikit.
Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa
lain.
Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat.

__________________________________________________
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga."
(Sahih Muslim)

0 comments:

Post a Comment