Thursday, July 21, 2011

Muslimah (nice Song From Nazrey Raihan)

asalamualaikum, lama tak update blog...........hmmmm saya ada dengar satu lagu dari Nazrey Johan, maka say pun search you tube dan jumpa, jadi dengar-dengar lah ye....



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Thursday, July 7, 2011

Aurat Si Kaum Adam Buat Si Kaum Hawa



Wahai kaum Hawa, tidak kau saja menanggung beban menjaga aurat, kami juga si kaum Adam ada tanggungan, kalau kau rasa tersiksa kami juga merana, jika kau rasa selesa kami juga turut berlapang dada

Kaum Hawa kami tahu sukarnya kau menjaga rambutmu tapi kau perlu tahu dosa yang kami tanggung melihatnya jika ada nafsu menjerkah, ketahuilah aurat bukan ajnabi adalah haram bagi kami jangan kau siksa dirimu, jangan kau seret diri kami

wahai kaum hawa, ketahuilah matamu dan mata si kaum adam ini adalah aurat juga, jangan kau biarkan mata ini tergoda dengan kecantikan yang kau pamerkan, yakinlah cantiknya seseorang itu pada akhlaknya, jangan biar kami buta dengan dosa

Wahai kaum Hawa, bibirmu delima merekah kami turut punyai, adalah wajib juga bagi kami menjaga lisan kami dari cerca, dari menghina, dari berkata-kata perkara yang mungkar

wahai kaum hawa leher yang perlu kau tutup, turut kami perlu jaga, agar kami tidak palingkan leher kami pada perkara yang yang merosak jiwa, kelak di neraka kami sengsara

kau perlu tahu juga kaum hawa, dada yang kau perlu litupkan dengan hijab adalah aurat bagi kami, kerana di dalam dada kami turut ada segumpal daging, jangan biarkan hati kami ini menjadi kotor, kerana hati adalah raja penguasa minda

kaum hawa, jagalah pinggulmu jangan dedahkan, kakimu jangan dihentak-hentakkan menarik minda jejaka, di sisi pinggul kami juga ada kemaluan yang perlu dijaga, dalam Al-Quran engkau dan kami disuruh menjaganya

Kaum Hawa, ketahuilah tidak cukup sekadar tahu auratmu dari rambut ke kaki, tidak cukup juga bagi kami tahu aurat kami dari lutut ke pusat, pakaian aurat itu adalah akhlak, dan akhlak yang baik adalah kecantikan yang abadi di sisi maha pencipta

p/s: aku gentar akan hatiku, bagaimana anda semua pelayar-pelayar ilmu sekalian?

Saturday, July 2, 2011

200th follower

salam maaf lama tak update.... hmm yang ni pun mungkin dah agak basi... maaf ye... walaubagaimanapun saya nak juga bagi award pada follower saya yang ke dua ratus...... pada yang lain harap jangan berkecil hati... anda semua tetap di hati

pemilik award saya adalah srikandifisabilillah.... dia punya blog...Destinasi Kehidupan Seorang Insan di alamat http://srikandifisabilillah91.blogspot.com/..... jadi dia punya blog sangat menarik bagi saya.... jadi saya jemput rakan2 follow dia ye hehe .... lupa pula... ni design dari saya.....


terima kasih semua