Wahai kaum Hawa, tidak kau saja menanggung beban menjaga aurat, kami juga si kaum Adam ada tanggungan, kalau kau rasa tersiksa kami juga merana, jika kau rasa selesa kami juga turut berlapang dada
Kaum Hawa kami tahu sukarnya kau menjaga rambutmu tapi kau perlu tahu dosa yang kami tanggung melihatnya jika ada nafsu menjerkah, ketahuilah aurat bukan ajnabi adalah haram bagi kami jangan kau siksa dirimu, jangan kau seret diri kami
wahai kaum hawa, ketahuilah matamu dan mata si kaum adam ini adalah aurat juga, jangan kau biarkan mata ini tergoda dengan kecantikan yang kau pamerkan, yakinlah cantiknya seseorang itu pada akhlaknya, jangan biar kami buta dengan dosa
Wahai kaum Hawa, bibirmu delima merekah kami turut punyai, adalah wajib juga bagi kami menjaga lisan kami dari cerca, dari menghina, dari berkata-kata perkara yang mungkar
wahai kaum hawa leher yang perlu kau tutup, turut kami perlu jaga, agar kami tidak palingkan leher kami pada perkara yang yang merosak jiwa, kelak di neraka kami sengsara
kau perlu tahu juga kaum hawa, dada yang kau perlu litupkan dengan hijab adalah aurat bagi kami, kerana di dalam dada kami turut ada segumpal daging, jangan biarkan hati kami ini menjadi kotor, kerana hati adalah raja penguasa minda
kaum hawa, jagalah pinggulmu jangan dedahkan, kakimu jangan dihentak-hentakkan menarik minda jejaka, di sisi pinggul kami juga ada kemaluan yang perlu dijaga, dalam Al-Quran engkau dan kami disuruh menjaganya
Kaum Hawa, ketahuilah tidak cukup sekadar tahu auratmu dari rambut ke kaki, tidak cukup juga bagi kami tahu aurat kami dari lutut ke pusat, pakaian aurat itu adalah akhlak, dan akhlak yang baik adalah kecantikan yang abadi di sisi maha pencipta
p/s: aku gentar akan hatiku, bagaimana anda semua pelayar-pelayar ilmu sekalian?
6 comments:
:)
Alhamdulillah..peringatan tepat buat kaum hawa.syukran.
sebenarnya peringatan untuk kaum adam juga :) afwan
peringatan berguna. =)
post yang sangat menarik.. panduan dari kelalaian dan kejahilan untuk hawa dan adam:)
SalAm Dik..tErima kasih atas pEringatan tue...:D
Post a Comment