AURAT BUKAN HANYA PADA PAKAIAN
Aurat adalah kehormatan seseorang yang bergelar manusia. Sesiapa yang menutup aurat akan dihormati oleh Allah S.W.T dan lelaki yang soleh. Dengan itu sepatutnya wanita tidak menghadapi dilema tentang kehormatannya, samaada hendak menjadi pujaan atau gosip lelaki dengan bebas bergaya, atau menjaga kehormatannya supaya disukai oleh Allah S.W.T. dan orang soleh. Kita tentu suka apa yang Allah S.W.T. suka.
Walau bagaimana pun, ada lelaki yang suka akan perempuan yang mendedah aurat. Dengan itu ada wanita yang bertindak ikut pengaruh lelaki. Jika para lelaki mahu kehormatan wanita terjamin hendaklah lelaki sendiri yang bermoral. Akhirnya dengan pengaruh
lelaki bermoral akan memuliakan masyarakat
.
lelaki bermoral akan memuliakan masyarakat
.
Namun begitu, menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat ialah kehormatan, menutup aurat merangkumi menutupi semua yang merosakkan kehormatan wanita. Sebuah hadis bermaksudkan ,”Wanita itu sendiri adalah aurat”. Bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan. Justeru itu, seseorang yang tahu kehormatannya, akan membataskan suaranya, bauannya, lenggang-lenggoknya, rupa-paras dan gimiknya kepada mereka yang dibenarkan sahaja. Wanita yang menutup aurat kelihatan lebih cantik jika faham erti aurat itu lebih luas.Umpamanya sesudah bertudung dia tidaklah lagi berdua-duaan .Wanita yang tidak tahu gimik mudah terpelihara dari sifat ego. Kalau sudah ego solat tidak akan khusuk, dan bergaul pun tak harmonis.
Demikianlah kalau dedahkan kehormatan-kehormatan itu kepada bukan mahram akan timbul fitnah pada diri sendiri dan masyarkat. Pilihlah kesuciaan dan yang pastinya adalah kekal kesuciaannya adalah kekal sampai mati kerana menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara, menjaga solat, berpuasa, memelihara kehormatan dan taat pada suami. Jadi, marilah kita menilai diri kita berkaitan aurat. Apa kita rasa apabila bersua orang tidak siuman tanpa pakaian? Kita tentu malu, seolah-olah ia membocorkan rahsia dan kehormatan kita. Jika begitu kita masih waras, kerana merasai aurat adalah memalukan dan mesti ditutup dan dipelihara.
Malah, bagaimana pula kalau separuh bogel, topless, pakaian ketat atau dedah pusat? Semua ini akan menjatuhkan maruah dan memalukan orang yang beriman dan ibu bapa yang bermoral. Ibu bapa yang semacam ini akan membataskan pakaian dan tempat tidur anak perempuan mereka sekalipun di rumah. Ini boleh mengelakkan berbagai peristiwa malu termasuk perbuatan haruan makan anak.
Maka sebagai seorang umat Islam kita seharusnya menutup aurat kerana ia adalah kehormatan. Kesan utama apabila memelihara aurat ialah timbulnya perasaan malu. Sifat malu adalah sifat wanita sejati (malu untuk bertindak liar dan menjatuhkan maruah keluarga, agama dan bangsa).
0 comments:
Post a Comment