Monday, February 25, 2013

Suasana Yang Dirindui- UTM berselawat

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahhuakbar!!!! Allahummasolliala sayyidinamuhammad.... sallallahuala muhammad, sallallah alaihiwasallam....


Hampir menitis air mata, takjub dengan kekuasaan Allah s.w.t.... yang telah membenarkan, yang menakdirkan hadir ribuan pecinta-pecinta ilmu hadir ke UTM untuk program utm berselawat.....

pada awalnya aku hadir untuk jadi photographer

seminggu sebelum program
aku:
 banyak lagi tak settle, banner tak taruh (pasang), flyers banyak lagi tak edar...."

wawan:
"tapi ramai dah tahu kot, dah ada keluar radio johor dan ikim

aku:
ada 40 000 flyers ni, 200 banting... mana nak campak... takut terbazir

arif yang menggantung banting

masuk surat khabar

sebahagian dari poster



luqman:
 banyak tu....

wawan:
pasang je mana yang mampu.. insyaAllah boleh

wawan berjalan kedepan suatu ketika untuk briefing crew2 dan ajk ingat lagi antara isi ucapan

"kalau rasulullah berdakwah sampai, kena baling batu, berdarah sampai ke kasut, takkan nak tampal poster pun tak boleh??"

gambar wawan


Isnin 18 februari 2013
aku ke pejabat bendahari untuk uruskan yuran .... tiba-tiba....
pengetua:
 asalamualaikum, afiq ke ni?? awak ke yang uruskan gimik perasmian???

aku:
 haaa??? yeke?? saya xde idea tapi insyaAllah boleh tolong... (dalam hati dah gelabah, apa la aku nak buat dengan gimik)

pengetua memberikan no telefon anaknya izzat, tapi malangnya dia tiada di utm sehingga hari sabtu

dup dap dup dap (berdebar-debar)


22 februari 2013 Jumaat
malam sebelumnya kami mengadakan solat hajat dan bacaan yasin,

aku dan luqman ditugaskan mengedarkan flyer di masjid mutiara rini, alhamdulillah, ajk surau saudara herryanto sudi membuatkan pengumuman tanpa perlu sebarang surat bahkan dia kata "silakan, boleh-boleh, takde masalah "
sebelum khutbah bermula, dia memberikan pengumuman, dan kami diumumkan untuk program terakhir


allahuakbar, banyaknya program yang clash hari ahad...
aku:
aku rasa macam tak ramai kot yang hadir sebab banyak program sekitar sekudai yang clash, ada ustaz bollywood, habib syeikh, dan sebagainya"

luqman:
 kali ni ramai yang berkumpul kat skudai, x pernah rasa meriah macam ni, tengok jela nanti
gambar luqman

aku:
 xpe, at least kita dah cuba

dalam perjalanan pulang kami singgah ke sebuah masjid yang tidak diketahui (saja singgah) untuk letak flyers utk yg terakhir

ada khabar berita yang NC utm tidak dapat hadir, dalam sejenak kami terasa sedikit "down", tambahan pula ada masalah maklumat atau informasi diberikan pada mufti....namun dalam sejenak kami kembali beristighfar dalam hati, lantas berdoa semuanya berjalan lancar

23 februari 2013-sabtu
malam itu malam yang paling penat dirasakan

aku:
program besar tp ajk lelaki alahai, pupus kot.....

kawan:
dah macam universiti perempuan

aku:
universiti tarbiyyah muslimah kot haha

dalam hati terasa malu melihat kebanyakan para muslimat yang mengangkat dan menyusun kerusi

rehearsel bermula agak lewat, dalam jam 10 malam, beberapa kali ulang acara dilakukan untuk mengamaskan flow majlis, mata semakin berat untuk dibuka, perut semakin berkeroncong

rehersel tamat jam 12 malam lebih, setelah menghantar beberapa ajk muslimat pulang ke kolej (risau biarkan mereka berjalan kaki tengah2 malam) aku menuju ke N24 utk mengisi perut namun di sana penuh sebab ramai yang hadir untuk menonton perlawanan bola di screen besar.... aku pun pulang kembali dan mula menyediakan sedikit bahan untuk montaj esoknya


24 februari-hari kejadian

pagi
gimik perasmian (berjalan lancar)

alhamdulillah semuanya berjalan lancar, gimik perasmian hampir sempurna, kawalan lampu pentas yang sangat baik (sangat kagum dengan ajk2 gimik)

sesampainya tiba ustaz don, imam muda asyraf dan brother shah kirit dewan sultan iskandar yang boleh dipenuhi 3000 orang satu2 masa sudah mula dibanjiri , ada yang duduk di lantai, di tangga dan tidk kurang juga ada yang berdiri



anggaran lebih dari 5000 orang yang hadir

kerusi2 terpaksa diisi di bahagian hadapan sebaris dengan kerusi VVIP, dan sebenarya sudah terlebih... kerusi di stor pun hampir habis, para ajk mula keletihan pucat dan tidk berdaya, mana tidknya sehnggakan kerusi diangkat sehingga ke tingkat dua dewan

sewaktu itu ada serorang 'bro' ni tegur

bro 1:
ramainya, ada 4 buah bas dari sekolah kami nak datang ni

aku:
allahuakbar, insyaAllah ada ruang lg... kami akan cuba

bro 2:
4 buah bas? saya ada dua lg nak sampai ni

aku dan farhan terkejut....... allahuakbar, suasana apakah ini? suasana biah solehah yang jarang-jarang kami rasai.... penat kian tidak terasa, terasa nikmat, allahuakbar, hilang segala penat melihat suasana indah begini..... lapar tidak terasa walaupun bibir terasa pucat

program berjalan lancar sehingga ke zohor dan diteruskan dengan pengajian talaqqi oleh syeikh nuruddin


petang
mula terasa lapar dan sedikit terkilan tidak dapat hadir ke talaqqi, ada benda di dewan yang perlu diuruskan, montaj perlu disiapkan... terasa cemburu mendengar suara syeikh nuruddin berselawat, berqasidah dari masjid.... dalam hati aku turut berselawat....


malam
aku tidak pulang ke bilik masih di dewan menyusungambar2 untuk montaj, beberapa kali ketika sedang asyik menyusun dan mencorak montaj software montaj mengalami masalah, window telah menutup softwar secara tiba2.... aku berhenti solat magrhib dan isya di masjid, hanya doa kepada Allah agar semua berjalan lancar... selepas isya wawan menemani aku di "bilik gelap"
dia turut takut  (cuak) bila banyak kali software crash.... terima kasih juga kepada emul dan muhammad kerana mengambil gambar2 terakhir utk qasidah dan tausiyyah malam itu.... namun akhirnya alhamdulillah... kira-kira jam 10.30 malam montaj siap..... aku bergegas mencapai kamera.... berjalan melalui tangga tepi dewan dan duduk berhampiran pasu bunga semata-mata untuk mendengar tausiyyah dari habib ali... lara di hati sedikit terubat bila mendengar nasihat2 beliau..... antaranya

"mereka (sahabat nabi) mencintai nabi dan mendahulukan nabi saw, walaupun ditegah nabi asalkan tidak bercanggah dengan syara', contohnya ketika saidina abu bakar menjadi imam dan nabi berada di belakang saidina abu bakar setelah mencelah2 masuk dari belakang ke saf hadapan, lantas sahabat2 lain yang melihat menegur saidina abu bakar dengan menepuk2 belakang tangan untuk memberi tahu bahawa baginda ada di belakang, dan disebabkan itu saidina abu bakar menoleh ,hanya kepala bukan dadanya dan melihat nabi saw, dan berundur walau ditegah dan ditahan, dan kemudian nabi saw ke hadapan mengimamkan solat.... seusai solat.... 


baginda bertanya:mengapakah kau berundur abu bakar
saidina abu bakar: siapalah aku untuk mengimamkan seorang nabi yang dimuliakan...."


aku berundur kembali ke atas pentas (terlihat chief sedang membimbing kanak2 khas yang cacat penglihatan untuk turun dari pentas, aku lantas naik menghulurkan bantuan

kanak2 golongan kelainan upaya


ilmuan yang bertausiyyah

ketika di belakang pentas, terasa sebak didada apabila mereka berusaha mengecam selipar atau capal yang mereka gunakan..... ada yang mengetuk2 ke lantai dan ada yang menyentuh sehingga ke tapak kasut..... dan cara mereka mengenali rakan juga berbeza ada yang menyentuh muka, atau perut untuk mengenali rakan mereka.... 

betapa aku bersyukur ya Allah akan nikmat kurniaan penglihatan

program diakhiri dengan montaj dan jam 11.30 malam semua bersurai..... dewan dikemaskan dan kami beberapa orang muslimin menuju ke N24 untuk mengisi perut.... dalam hati tidak terasa begitu letih bila program selesai dengan jayanya


gambar dengan hafiz hamiddun

gambar dengan brother shah

gambar dgn ustaz don


alhamdulillah, alhamdulillah......alhamdulillah...........................



lepas ni kalau ada lg memang nak join jd ajk lg.... ^_____________________^









Wednesday, January 9, 2013

~wanita solat tanpa telekung~

dulu aku seorang "kanak-kanak" di usia baligh... hanya berusia namun kurang berakal.... banyak juga yang kurang dimengerti..... namun pengalaman itu mendidik... agar aku lebih dewasa...

aku seorang yang suka ke program berbentuk khidmat masyarakat,motivasi dan seangkatan dengannya... kerana aku seorng yg suka memerhati, belajar dan memahami.... sambil itu aku mengrefleksi diri... melihat kekurangan... dn sentiasa cuba berubah...

satu program ke balai cerap di sekitar pusat pengajianku diawal tahun pengajianku mmpunyai kisah tersendiri.... dianjurkan oleh badan kelab kerohanian kolej.... sebelum bergerak ke puncak kami disuruh mengambil wuduk katanya.....

sampai ke puncak kami melihat sinar pagi mula terbit.... dan kam menunaikan solat dhuha di sana secara berjemaah.... disebabkan ada golongan wanita  aku tertanya pada hati  dan dalam hati berkata.... "lelaki je kot yang solat"...

namun aku terkejut.... ketika sesudah salam trakhir aku akhirnya perasan yang mereka turut solat di belakang..... dalam sekali pandangan.... ada yg tidak bertelekung....jika yang bertelekung pun mereka adalah "junior" yang baru mndaftar....

dalam hati terasa pelik... "bukanke kalau perempuan kalau solat kena pakai telekung".... "bukan ke kena ada tabir"

dari situ aku belajar... bahawa tabir yg digunakan di surau atau masjid adalah sekadar satu ruang untuk wanita merpersiagakan diri untuk solat...ianya bukan wajib sebgai syarat berjemaah....

dan dari situ aku belajar... pkaian yang menutup aurat dan bersih adalah pakaian yang boleh terus dibawa untuk bersolat.....

maka adakah kita terasa pakaian kita sempurna menutup aurat (khususnya wanita)??? adakah sekadar menutup aurat ketika hendak bersolat?? dan untuk lelaki... adakah anda berjaya menabirkan hati2 anda??? anda sendiri boleh menilainya........


gambar dibalai cerap

Thursday, December 27, 2012

Aku dan AturanNya

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.......


Agak lama blog ini bersawang.... mungkin sudah kering sisipan tinta-tinda idea dalam kepala otak.... melangkah ke dunia baru pasca siswazah bukanlah sesuatu yang mudah... bukanlah indah dari khabar... bukanlah cantik dari rupa... seperti bongkah batu besar yang menghalang aliran darah dari mengalir telus ke saraf otak.....

banyak dialog dari sahabat, orang kampung dan kenalan keluarga apatah ;agi sedara mara...

~"Bakal dr ye sekarang....... "

~"nanti gaji besar kau beli la kereta BMW, Mercedes...."

~"biasiswa masuk nanti masyuk.... boleh kahwin...."

~"kau nanti dah ada title... kau petik je mana-mana nak buat bini...."


kebanyakan jawapan meniti dari bibir ini hanyalah ucapan aminn atau sekadar tersenyum bagi tidak mengecilkan hati sesiapa......

jujur dari hati aku x buru title dr.... tapi aku memburu title pendidik.... aku ingin mendidik suka memotivasi dan mengajar.... kerana dari situ aku memotivasi diriku sendiri dan aku belajar banyak perkara.... terkulat-kulat aku membuat keputusan untuk memilih master atau doctorate program... cuma atas dorongan ibu bapa aku merasakan itu doa yang baik daripada mereka dan apa salah aku mencuba....

gaji besar?? BMW?? itu bukan impian aku.... aku cuma ingin hidup gembira... perjalananku ke Indonesia bulan lepas makin menyedarkan aku.... satu keluarga di mana mereka sangat bahagia... si suami digelar ustaz polis kerana lurus perilakunya.... tapi aku melihat mereka tiada tekanan.... tetamu yang datang disambut dengan penuh mesra... si bocah (anak kecil) terima kasih sayang yg cukup..... dalam hatiku "ahh..... seronoknya andai aku seperti mereka kelak.... aku inginkan seperti mereka ya Allah"...

kalau balik ke rumah aku akan menolong ayahku di belakang rumah menoreh getah... dalam hati sangat sebak tengok orang tuaku terbongkok-bongkok menirih susu getah.... dihalang mereka tak terhalang..... seperti kelmarin setiap kali pulang kembali ke UTM ayah pasti akan menghulurkan wang.... kalau ditolak dipaksa.... tak ambil terkecil hati.... hendak tak hendak aku ambil dan berkata "cukuplah ayah.... kalau xde duit nanti afiq mintakla... nanti afiq bgtahu abg".....

 alhamdulillah satu sem tanpa biasiswa dengan duit dari ayah, abang dan adik beradik aku survive... makan sekali sehari pun alhamdulillah badan x berapa nak susut.....

pasal "kahwin" hampir tidak terkata.... biarlah Allah takdirkan... yang aku tahu aku punya perancangan sendiri.... banyak lagi ilmu yang perlu aku sematkan di dada.... aku ingin ambil ruang ini mempersiapkan diri bukan sahaja sebagai seorang suami tapi sebagai seorang ayah dan terutama sebagai anak soleh yang berbakti...... dalam khutbah minggu lepas oleh ustaz azahari....

And your Lord has decreed that you not worship except Him, and to parents, good treatment.Whether one or both of them reach old age [while] with you, say not to them [so much as], "uff," and do not repel them but speak to them a noble word.  (17:23)

bila aku renung kembali.... aku terasa layakkah aku untuk menjadi seorang suami mahupun ayah yang baik andai aku tidak bermula dari anak yang soleh??? Wallahualam.... walaupun ajal itu sebenarnya dekat namun perjalananku masih panjang..

"aku adalah aku seorang hamba dalam aturanNYA....."

Friday, September 7, 2012

Mahasiswa Mencabar





Bismillahirrahmanirrahim.... Asalamualaikum buat sahabat-sahabat layar ilmu sekalian....
maaf sebab dah bersawang blog ini....  dan maaf juga andai post kali ini tajuknnya agak berat.... namun saya akan cuba sedaya upaya untuk meringankannya sebanyak mungkin....

MAHASISWA MENCABAR.....

satu tajuk yang sukar dibahaskan dan payah dihalusi, namun saya berharap kita sama-sama menggertak minda, mencabar jiwa dan menjentik akal.... Ahlan wasahlan dan selamat datang kepada semua pelajar baru yang mendaftar sebagai siswa dan siswi di seluruh kampus di seluruh negara...

Memetik antara pesanan yang di sampaikan oleh profesor madya Dr Azhar dalam khutbah yang disampaikan di Masjid Sultan Ismail Universiti Teknologi Malaysia dalam khutbah yang panjang sehingga kira-kira 44 slide powerpoint digunakan,

"Placing sincerity as a basis of searching knowledge."


"Students need to put the learning objectives from one angle i.e. to cleanse the hearts and equip themselves with praiseworthy attributes and on the one hand, it is to get closer to Allah Almighty. with first class mentality to learning. If any student that has not set the intention, he should quickly correct it!"

antara permasalahan yang berlaku dalam gelojak minda mahasiswa yang kebanyakannya berada dalam usia transaksi dari alam remaja ke alam belia  yang membawa kepada kejutan budaya di sini saya akan bincangkan  beberapa kegagalan mentaliti mahasiswa dalam menghadam sebaiknya perkara berikut;

1. Agama/akhlak

saya tidak ingin menakutkan  sesiapa, namun sepanjang pengajian di universiti selama tiga tahun, perkara ini yang berlaku. seawal hari mendaftar kita mampu melihat mahasiswa/i berada dalam lever "pureness" tertinggi. masing-masing masih lagi mampu bersikap sopan dan lemah lembut. Namun setelah beberapa lama dari yang tutup aurat terdedah, dari yang sopan bicara jadi tiada beradab, dan tidak mustahil ada antara muslimin yang berkopiah dulunya sudah menjadi brutal, muslimat yang bertudung labuh makin pendek tudungnya dan makin tebal make-upnya.


2. Bebas 

kebanyakan mahasiswa/i merasakan mereka bebas, tidak lagi dikongkong lantas mengambil peluang ini untuk melepaskan stress. Jadi tidak hairanlah mereka banyak membuang masa untuk gaming, karaoke, lepaking, dan sebagainya. Ini diburukkan lagi apabila pergaulan yang agak bebas berlaku. Bertepuk bertampar lelaki dan perempuan, membonceng motosikal lelaki dan perempuan dan sebagainya lagi.Al-maklumla di universiti tiada siapa yang pantau, termasukla ibu bapa.

3. Cinta

Ini juga adalah satu masalah yang serius, di mana apabila berada di alam universiti masing-masing ingin mengintai "jantung hati" masing-masing. Al maklumla , katanya, banyak gadis berdahi licin lelaki berdada bidang di universiti. Bermula dengan saling mengirim salam, sms, calling-calling, liking-liking , facebooking  dan akhirnya sehinggalah berdating. Tak kurang juga dengan idealism cinta islamik, dimana "awak-awak, nanti kejutkan saya subuh tau", "saya cintakan awak kerana Allah tau". Lantas apa yang selalu terjadi adalah pelajaran mahasiswa jatuh meleset. walaupun ada bersuampah setia, bintang di langit mampu digapailah, i rela mati tanpa you la, namun akhirnya ada yang putus cinta kecewa bagai nak rak sampai menangis.


dan banyak lagi permasalahan-permasalahan yang tidak mustahil berlaku dalam diri mahasiswa/i. Jadi di sini saya ingin mencadangkan beberapa solusi:

1. Dekatkan diri dengan Quran dan Majlis2 Ilmu bagi yang muslim, masjid atau surau bagi yang lelaki, dan libatkan diri dalam keluarga-keluarga usrah yang dijalankan kelab-kelab kerohanian kolej mahupun universiti

2. Mencari SAHABAT yang baik, SENIOR yang prihatin.

3. Menelefon ibu dan bapa di kampung sekuran-kurangnya sekali seminggu

4. Study dalam kelompok yang menjaga batasan syara'

5. Jangan hidup bersendirian

6. Kekalkan momentum belajar seperti mana di asrama atau di sekolah dahulu

7. Libatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti berfaedah yang dianjurkan kolej dan universiti kerana terbukti ramai yang aktif tetapi masih berjaya dalam pelajaran

8. rapatkan diri sengan pensyarah

dan banyak lagi........ akhir kata selamat memulakan pengajian... jadilah pelajar matang bukan pelajar yang curi tulang.... dekatkan diri dengan Allah (bagi yang muslim).... tekadkan cita-cita dan azam.... itu sahaja dari saya sekian terima kasih

"WHO STAND FOR NOTHING WILL FALL FOR EVERYTHING"

Mohamad Afiq bin Mohamed Huri
Bachelor Degree of Science (industrial Chemistry), 2012
PhD (Chemistry) Candidate
Dept. of Chemistry, Faculty of Science,
University of Technology Malaysia,
81310, Skudai, Johor.
Email:  afiqhuri91@gmail.com

Thursday, July 5, 2012

aku dan seringgit lima puluh sen


Sekadar coretan kisah kecil dari diariku selama tiga tahun bergelar mahasiswa di universiti ini.... terpulang kepada pembaca untuk memandang enteng atau mengambil peduli apa yang ingin aku coretkan...

 
pada hujung sem kedua satu kejadian malang yang telah menimpa keluargaku....cukuplah sekadar aku memberitahu aku masih bersyukur kejadian itu tidak mengambil insan-insan tersayang daripadaku.... cuma sedikit harta benda dan sebuah rumah yang hampir hangus keseluruhannya... tidak ramai yang tahu kisah ini sehingga ke hari ini....





kasihan kepada abangku yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana hal itu.... ada hantaran yang terbakar..... ada juga wang yang terbakar.... hantaran dan beberapa benda lagi..... aku tahu kejadian itu lewat sehari kerana ayahku menyorokkan perkara itu dariku dan aku tahu dari sahabatku yang juga jiranku.... namun aku bersyukur kerana semua terselamat... dan kini alhamdulillah ... abangku sudah mendirikan rumah tangga dan insyaAllah aku akan bakal menjadi bapa sedara kali keduanya pada september ini....


berbalik kepada tajuk.... "aku dan seringgit lima puluh sen".... pada awal sem ketiga aku nekad membayar yuran pengajian tanpa membebankan keluargaku..... jadi aku mengambil inisiatif untuk berpuasa dan membayar yuranku seawal dan mungkin... dan pada bulan keempat pengajian iaitu pada bulan sepatutnya yuran sepatutnya dilangsamkan... aku pun membayar secara total....

ketika itu kira purata termasuk perbelanjaan topup dan makan minum purata belanjaku sehari selama sebulan adalah rm 1.50..... memang seperti kerja gila... namun aku cuba mengambil inisiatif dengan berpuasa..... dahulu nasi cuma rm 0.70 dan telur cuma rm 0.50... jadi total sehari rm 1.20.. kadang kala aku selang selikan dengan seketul tempe sebagai lauk...



air aku bancuh sendiri di bilik dengan menghabiskan uncang2 teh dan kopi yang aku bawa dari rumah yang tak silap aku sudah berusia satu semester.... peraturannya mudah.... aku jimat rm 0.30 sehari..... jadi pada hari jumaat aku akan makan nasi ayam.... ya... cuma sekali seminggu....ada beberapa kawan yang tahu termasuklah ... wan hazman... haniff zahari dan syafiq azmi.... kadangkala mereka belanja... dan kadang kala aku menolak pelawaan mereka....



jadi duit baki aku gunakan untuk menopup hanset..... dan alhamdulillah ketika itu aku tidak membawa kenderaan...jadi aku tidak terasa beban kewangan untuk minyak kenderaan dan maitanance kuda besiku yang aku pakai sekarang ini.... ini cerita aku... dan aku bersyukur kerana masih makan berlauk dan cuma menanggung "puasa" selama sebulan..... mungkin ada yang lagi susah dariku... dan itu terbukti dengan beberapa kisah lain...

 
kisah lain itu abangku sendiri..... dia adalah abang sulungku.... dia ceritakan kisah ini ketika kami mengole ketika aku bercuti... apa yang buat aku kagum dan terharu dia pernah makan nasi cuma berlaukkan kuah....... dan aku faham dia anak sulung dan tidak mahu membebankan ayah ketika dia di alam universiti....


dan kisah kedua adalah terjadi pada rakanku sendiri.....tidak dapat aku bayangkan dia cuma makan sebungkus maggi untuk sehari.... jadi aku membeli jajan dan beberapa makanan aku berikan kepada dia.... dan aku cuba menghulurkan duit padanya... dan dia menolak.... dengan alasan kakaknya sudah memasukkan wang..... sungguh katanya...

dan kisah terakhir disini adalah diceritakan oleh ustaz ismail... imam di masjid utm.... katanya ada seorang mahasiswa datang padanya dengan badan yang menggeletar kelaparan kerana sudah tiga hari tidak makan... alasannya duit ptptn yang dia dapat diberi kepada adik beradik untuk belanja sekolah mereka.....

mungkin ada kisah yang lebih sedih dari ini... ketahuilah.... tidak semua sahabat kita yang senyum di hadapan kita itu tidak sedih... mungkinada beban yang dipendamkan.....

ketahuilah juga bahawa payah itu mendidik jiwa itu menjadi matang.... membuka mata itu lebih celik.... menjadikan langkah itu lebih gagah.... jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada.... kerana Allah itu menguji hambaNya dengan kesusahan atau kesenangan..... dan Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya...


sekadar itu perkongsian dari saya... wallahualam...

Sunday, May 20, 2012

Tenang



ada seorang gadis selalu je pergi ke sebuah kolam. airnya tenang. selalu dia suka menyikat2 rambutnya sambil duduk di tepi kolam. indah baginya bercerminkan air kolam yang jernih. 

suatu hari di ajaknya adiknya bersama. seperti biasa, air tenang kolam itu dijadikan sebagai cermin baginya. atas kenakalan adiknya, dilempar adiknya batu ke kolam maka air pun berkocak. bila air berkocak, hilang dn hancurkan ketenangan dan keindahan yg dia perhatikan. kemudian lalu si gadis sibuk menenangkan gigi air dengan menghulurkan tangan ke dalam air agar air kembali tenang dn tak berkocak. sayangnya air belum kembali tenang.


kemudian datang seorang tua melihat perilaku si gadis.
ditanya nya apa yg dibuat oleh si gadis,
jwb si gadis,
"mahu menenangkan air"

lalu si tua berkata, 
"mahukan engkau aku ajarkan cara menenagkan nya??

lalu di jwb si gadis, 
"pastinya aku mahu".

jwb si tua
" biarkan sahaja kolam itu sehingga ia tenang dengan fitrahnya.... "

"bagaimana dengan hati"... gadis itu bertanya lagi

orang tua itu menjawab
 " fitrah hati mu kurniaan Allah, kamu lahir atas kehendakNya....maka berserahlah kepadaNya"

Saturday, May 5, 2012

Danbo-Danbo PSM VS PSM PSM Danbo


alhamdulillah diberikan kesempatan menulis setelah sekian lama tidak menggerakkan jari-jari mengisi ruang layar ilmu....

PSM...
apa itu PSM?? PSM adalah Projek Sarjana Muda  adalah satu projek khas atau research yang perlu dilakukan dengan baik sebagai syarat utama graduasi

banyak akronim yang digelar oleh rakan-rakan seperjuangan dan ada antaranye mencuit hati, menggelikan perut dan mengusik mentalllll
antaranya

Projek Sakit Mental
Pulun Sampai Malam
Pulun Sepanjang Minggu
Projek Stress Manusia
Pening Stress Marvellous
Pening Sampai Mati


dan banyak lg yang boleh disinonimkan..... kerana apa? ada antara kami rakan-rakan ada yang mengalir air mata, demam tu perkara biasa... kadang kala terbawa ke dalam mimpi... makan tak lena.. mandi tak basah... minum tak hilang dahaga..... turun berat badan..... dan macam-macam lagi

mana tidaknya ada yang chemical yang lambat sampai, result tak dapat, kena tukar method.... repeat..... tak konsisten.... memang membuatkan orang hampir putus asa.... 

dan saya akui sy sendiri sampai hampir mengalah...tidur tak lena...penat..demam... pening..stress... semua ada ..dan ... cara nak atasi.... kalau rasa nak menangis... menangis je.... luahkan pada kawan yang dipercayai.... tingkatkan doa...mohon pada Allah... alhamdulillah..akhirnya berjaya positifkan diri.... dan kini saya masih belum selesai lagi labwork.... walaupun termasuk sabtu dan ahad sehinggalah ke hari ini saya yakin bahawa Allah nak beri saya ujian sebelum berikan saya kemudahan..

bak orang kata
"xde pressure mana ada permata"
"pelangi xkan mai kalau xde hujan"
"lahir-lahir mana leh berjalan truih"
"rama-rama yang cantik keluarnya merangkak payah keluar dari kepompong"

dan sejak dua menjak ni assignment makin bertingkat-tingkat..... test mula menjengah-jengah...kuiz mula beratur.... jadi banyak program saya terpaksa lepaskan untuk di"join"..... 

dan tetibe semasa mengonline saya terjuumpa banyak gambar-gambar mengenai danbo.... saya search dan harganya fulamak... ratus-ratus... dan kemudian sy terjumpa la satu blog yang kata buat danbo tak sampai RM 5... dan saya pun mencuba....



Mula-mula kena print dulu

pastu kena potong
(part ni la paling x gemar)


habis serabut meja


banyakkan part dia


gabung dan gamkan... guna gam gajah tau

yang ni kepala je

tada...... hehehe



gudluck tuk psm

time melayan instrument "demam" di lab

danbo je yang temankan saya

jangan terjun ye


makan bersama danbo



jangan tingai quran tau bg yang muslim

edited


danbo bergaduh dengan ecoey

kawaii..... ^___^




orang tanya saya 

"lama x buat benda ni"....

saya kata 
"dekat 6 jam juga"..

. tambah lagi skill menggunting amat la tak reti mana... mula-mula buat tu lebih kurang jam 10 malam semangat pastu sampai jam dua pagi dah mengantuk... macam nak putuih asa..... jadi tiduq dulu doa harap dapat bangun subuh alhamdulillah terjaga dan balik je dr masjid terus sambung sampai dekat pukul lapan pagi.... dekat 6 jam tau buat... sebab tu kalau ada yang mintak saya kata...

" buatla sendiri.. haha... "

anyway mmg puas tau buat benda ni... terasa usaha tu berbaloi.... 

orang kata juga... 
"hang dahla stress ngan psm,... awat hang bazir masa".... 

dan say menjawab...
"inilah cara saya lepaskan stress"

.... dan... benda nilah saya renung time bosan.. tu yang letak ats meja study........ bosan-bosan ambil kamera dan petik.... hehehehe

ni sy bagi link blog tu.....

jadi selamat mencuba


pesanan terakhir.
.positifkan diri dan never give up.. yakinlah dengan rahmat ilahi...


Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)