Tuesday, August 23, 2011

RAMADHAN BULAN PEPERIKSAAN




RAMADHAN BULAN PEPERIKSAAN
Assalamualaikum wbt… apa khabar antum(teman-teman) semua? Semoga Ramadhan ini bukanlah asbab menjadikan antum semua semakin lemah bahkan adalah sebagai satu anjakan kepada diri menjadikan ia wadah mencabar diri mempertingkatkan kualiti diri daripada bulan-bulan yang lain. Mengapa saya membawa tajuk “Ramadhan Bulan Peperiksaan”??? Mari kita renung kembali kronologi yang saya ingin bawakan yang telah sahabat semua alami :
Suka saya bahagikan kronologi ini kepada tiga
1.       Sebelum Ramadhan
2.       Semasa ramadhan
3.       Selepas Ramadhan

Sebelum Ramadhan (persediaan kepada peperiksaan)

Sebelum peperiksaan apa yang dapat dilihat ramai pelajar akan study matapelajaran yang belum di cover. Kalau yang perlu dihafal akan dihafal sebaik mungkin. Ada juga yang melakukan latih tubi sebaiknya.  Jikalau tidak faham akan mulalah merujuk pada guru atau pensyarah semuanya kerana gentar menghadapi peperiksaan. Ada yang lebih rajin mereka akan mengulang semula kertas ujian-ujian yang telah mereka lakukan sebelum ini . Soalan-soalan past year yang masih tidak terusik akan cuba dihabiskan.

Dalam situasi sebelum ramadhan pula dapat dilihat ketika ini ramai yang bersemangat mentelaah mencari ilmu mengenai ramadhan. Ada juga yang menyelak kembali helaian Al-Quran kerana ingin melancarkan kembali bacaan setelah beberapa bulan ditinggalkan. Ada juga yang membeli buku-buku mengenai solat tarawikh dan kaifiat bulan ramadhan semata-mata ingin menggarap segala manfaat daripada bulan Ramadhan.  Bagi yang uzur pada bulan Ramadhan sebelumnya mengambil peluang untuk mengqadakan kerana tidak mahu berhutang puasa terlampau banyak


Semasa Ramadhan (semasa peperiksaan)

Apabila semasa bulan peperiksaan berlangsung pelajar-pelajar akan mula mengeluarkan segala apa yang dipelajari dan diulangkaji ke lampiran peperiksaan dengan bersungguh-sungguh. Solat hajat dilakukan hatta setiap kali musim peperiksaan doa akan dibaca sebelum setiap kali kertas examination dijawab. Bagi yang betul-betul ingin score ke arah 4 flat, ramai yang sanggup stay-up .  tidak lupa pula nota-nota ringkas tersedia di dalam poket sebelum peperiksaan dengan lidah lancar menghafaz segala formula. Bukan sekali past year diulang jawab bahkan sehingga soalan quiz dari pensyarah juga dihafalnya.

jika dikaitkan pula dengan keadaan semasa ramadhan bermula hingga ke pertengahan semangat menjalani ibadah sangatlah hebat. Masjid yang dahulunya lengang mula dipenuhi untuk solat tarawikh. Amalan sedekah untuk iftar dan moreh merlimpah ruah sehinggakan ada yang terpaksa dibawa balik ke rumah. Al-Quran mula di tadaruskan beramai-ramai.  Dari yang susah nak bangun kini qiyamulail mula dijalankan, dari tahajud, taubat, istikharah, hajat sehinggalah witir.

Apa yang malangnya apabila ramadhan mula berakhir, dari 4 saf tinggallah satu saf di masjid (kalau bertuah) mana tidaknya apabila buruan mengejar sell 50% di pasaraya-pasaraya, group tadarus pula makin mengecilpembaziran makanan di masjid sehingga ayam dan itik menjadi pemakan utama. Qiyam pula bagi yang bagus akan terus mantap bagi mengejar lailatul qadar, tapi bagi yang makin kehilangan aura cukuplah sekadar tahajud dua rakaat sebelum sahur (itupun kalau semangat bangun sahur masih ada).  


Selepas Ramadhan (selepas peperiksaan)
Selepas peperiksaan seperti mana semua pelajar termasuk saya sendiri kita perlu akui yang kebanyakan daripada kita akan “terlupa” apa yang kita pelajari sebelum ini. Kita akan meluputkan data-data lama untuk mengambil input-input baru pada satu sesi yang baru. Dan kita akan mencari data-data itu kembali apabila hendak melakukan tugasan daripada pensyarah atau projek tahun akhir.
Sebagaimana selepas berlalunya ramadhan ramai dari kita akan kembali ke takuk yang lama. Masjid akan kembali lengang, Al-Quran pula kembali berhabuk di atas almari, apatah pula bangun pada sepertiga malam.

Kesimpulan
Ramadhan merupakan bulan tarbiyah kepada manusia untuk bulan-bulan yang lain. Adakah anda yakin anda bertemu lagi dengan ramadhan? Adakah anda yakin anda sudah berjaya memperoleh malam lailatul qadar. Peperiksaan Ramadhan adalah berbeza daripada peperiksaan yang biasa di mana penilainya bukan di mata manusia. Tetapi penilainya Allah SWT.  Dalam firmaNYA
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari)

Kita mampu berpuasa menahan lapar dan dahaga di mata orang tetapi adakah kita mampu melawan hawa nafsu? Sedangkan Allah SWT berfirman;
'wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa' surah al-baqarah,183
Dalam mentaddabbur ayat ini saya mengambil ayat “agar kamu bertaqwa” di mana dalam memahami konteks ini kita mengetahui bahawa matlamat akhir kita berpuasa adalah menjadi orang bertaqwa dan sia-sialah andai selepas ramadhan ini kita kembali menjadi insan yang biasa seperti sebelumnya

Kita mampu membaca Al-Quran dan khatamkan di hadapan orang tetapi sejauh mana kita membacanya dengan khusyuk bertaltil lagi bertajwid. Dalam hadis Baginda SAW;
“Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan al-Quran.” (Sahih Bukhari: 6/273)

Mungkin selepas bulan Ramadhan kita tidak lagi segagah ketika di bulan Ramadhan, namun janganlah kita meninggalkan semua yang kita amalkan. Jikalau dahulu satu juzuk sehari apa salahnya kita target sekurangnya sehelai sehari. Jikalau ketika Ramadhan kita qiyam setiap malam apa salahnya selepas ramadhan kita lakukan seminggu sekali. Dan andai Ramadhan kita berpuasa bersungguh-sungguh apa salahnya kita berpuasa sunat isnin dan khamis.  Wallahualam, Allah sebaik-baik perancang dan DIAlah pemberi hidayah semoga kita berada dalam petunjuknya, Baginda SAW pesuruhnya, dan Islam agama yang hak. Akhirulkalam Assalamualaikum wbt.

jadikan Al-Quran buku rujukan exam
nota ringkas pula ialah zikrullah
stay-up kita adalah qiyamullail


Friday, August 12, 2011

Bolehkah Wanita Mengucapkan Salam Kepada Bukan Mahram????


Boleh memberi salam dan menjawab salam bukan mahram

copy from mohd masri di Mac 23, 2009
MEMBERI SALAM KEPADA WANITA
Soalan:
Kami adalah mahasiswi-mahasiswi yang menuntut di salah sebuah universiti. Sudah menjadi kebiasaan kepada kami apabila para profesor datang, mereka akan memberi salam dan kami menjawabnya dengan sebaik-baiknya atau seperti yang diucapkan sebagaimana yang diperintahkan Allah s.w.t.

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (Surah al-Nisa`: 86)
Kami mempercayai bahawa ayat di atas bukan khusus kepada kaum lelaki sahaja. Tetapi salah seorang profesor kami tidak mengikuti kebiasaan ini dan beliau tidak memberi salam kepada kami. Pernah sekali secara terang-terangan saya bertanya kepadanya: Mengapa tuan tidak memberi salam kepada kami? Lalu beliau menjawab, memberi salam kepada wanita tidak harus mengikut syara’ dan suara wanita adalah aurat! Bagaimanapun beliau sebagai pensyarah kami, bercakap-cakap dengan kami dan kami bercakap-cakap dengannya, beliau bertanya kami menjawab dan sebaliknya. Kami sering berbincang dalam banyak perkara tanpa beliau mempertikaikan perbincangan tersebut. Jadi mengapa pula memberi salam sahaja yang ditegah? Adakah benar suara perempuan itu aurat, walaupun untuk menjawab salam atau ucapan-ucapan baik yang lain dalam keadaan menjaga adab-adab yang dituntut pada wanita muslimah ketika berdialog dengan bukan mahram?
Kami ingin sekali mengetahui hukum syara’ dalam masalah ini, sama ada yang dibolehkan kepada kami atau yang ditegah. Tetapi yang paling penting ialah apakah dalil yang memuaskan dan melapangkan hati yang dapat menghilangkan sebarang pertikaian, sebagaimana yang menjadi komitmen tuan dalam memberi fatwa. Semoga Allah memberikan manfaat akan ilmu tuan kepada kaum muslimin.
Mahasiswi-mahasiswi Universiti Qatar.
Jawapan:
Sesiapa yang memerhatikan nas-nas umum yang menyuruh supaya menyebarkan salam akan mendapati ia tidak membezakan antara lelaki dan wanita seperti hadis yang menyeru supaya memberi makanan, menyebarkan salam, menghubungkan tali persaudaraan, sembahyang malam dalam keadaan orang lain sedang tidur. Dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
Demi jiwaku di tangan-Nya kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang, mahukah aku beritahu kepada kamu sesuatu yang kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? sebarkanlah salam di kalangan kamu.
Di antara dalil yang umum itu, firman Allah s.w.t.:


وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (Surah al-Nisa`: 86)
Prinsip berkenaan dengan Khitab Syari’ (mesej Allah) ialah merangkumi lelaki dan wanita kecuali yang dikhususkan dengan dalil. Berdasarkan kepada nas al-Qur`an, sekiranya seorang lelaki muslim memberi salam kepada wanita muslimah maka menjadi kewajipan kepadanya untuk menjawab salam dengan cara yang lebih baik atau sekurang-kurang dengan cara yang sama. Begitu juga sekiranya seorang wanita muslimah memberi salam kepada lelaki muslim, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk menjawab dengan cara yang lebih baik atau dengan cara yang sama selagi nas-nas itu umum dan tidak terdapat nas lain yang mengkhususkan dan membataskannya.
Bagaimana pun terdapat nas-nas yang menyokong dan menguatkan perbuatan perempuan memberi dan menjawab salam. Nas-nas khusus itu menjelaskan keharusan lelaki memberi salam kepada wanita dan wanita memberi salam kepada lelaki. Di dalam sahih al-Bukhari, diriwayatkan bahawa Ummu Hani` binti Abi Talib berkata: “Saya pergi menemui Rasulullah s.a.w. pada hari pembukaan Kota Mekah, saya dapati baginda sedang mandi dan anaknya, Fatimah menutupnya. Saya memberi salam kepada baginda dan baginda bertanya: “Siapa itu?” Saya menjawab Ummu Hani` binti Abi Talib. Baginda bersabda: “Selamat datang Ummu Hani`. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim.
Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah tajuk, Bab Lelaki Memberi Salam Kepada Wanita Dan Wanita Memberi Salam Kepada Lelaki.
Hafiz ibn Hajar berkata: “Dengan membuat tajuk ini, al-Bukhari mengisyaratkan bahawa beliau menolak riwayat yang dikeluarkan oleh Abdul Razzaq daripada Ma’mar daripada Yahya bin Abi Kathir, bahawa sampai kepada saya, dimakruhkan kepada lelaki memberi salam kepada perempuan dan perempuan memberi salam kepada lelaki”.
Imam al-Bukhari mengemukakan dua hadis dalam bab ini yang menunjukkan keharusannya.
Hadis pertama yang diriwayatkan oleh Sahl:
Abu Hazim menceritakan bahawa Sahl berkata: Kami sangat gembira dengan kedatangan hari Jumaat. Saya (Abu Hazim) bertanya: Kenapa? Dia menjawab: “Ada seorang wanita tua yang kami kenali selalu menghantar seseorang ke Budha’ah. Ibn Maslamah mengatakan Budha’ah adalah sebuah kebun tamar di Madinah. Dia mengambil akar-akar sejenis sayur silq lalu memasukkannya ke dalam periuk dan mengisar bijiran barli. Apabila kami selesai sembahyang Jumaat kami beredar (menuju ke rumahnya) dan memberi salam kepadanya dan dia menghidangkan kepada kami makanan itu.
Hadis kedua:
Daripada ‘Aishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai ‘Aishah, ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu. ‘Aishah berkata, saya menjawab salamnya, Wa ‘alaihissalam wa rahmatullah”.
Kata Hafiz Ibn Hajar: “Berhubung dengan perkara ini, terdapat sebuah hadis yang tidak menepati syarat al-Bukhari iaitu hadis Asma` binti Zaid, Rasulullah s.a.w. lalu dekat kami dalam sekumpulan wanita dan baginda memberi salam kepada kami. Imam al-Tirmizi menghukumkan hadis ini sebagai hasan dan memadai dengan syaratnya walaupun tidak menepati syarat al-Bukhari.
Hadis ini mempunyai syahid (sokongan) daripada hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat: Orang-orang lelaki memberi salam kepada wanita dan wanita tidak memberi salam kepada orang-orang lelaki. Tetapi hadis ini ditolak dengan hadis Ummu Hani` bahawa beliau memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. pada hari pembukaan Mekah dan baginda bukan mahram kepada Ummu Hani` bahkan sepupu baginda dan pernah baginda mahu mengahwininya.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad: “Mu’az pergi ke Yaman lalu bertemu dengan seorang perempuan bersamanya dua belas orang anak lelakinya. Tersebut dalam hadis itu, perempuan itu berdiri dan memberi salam kepada Mu’az.
Dalam sanadnya terdapat Syahr bin Hawsyab dan dia dipertikaikan tetapi boleh dijadikan sokongan dengannya walaupun jika beliau meriwayatkan secara berseorangan tidak boleh dijadikan hujah dan al-Tirmizi menghukumkan hadisnya sebagai hasan.
Diriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab telah datang menemui beberapa orang wanita dan beliau memberi salam kepada mereka seraya berkata: “Saya utusan Rasulullah s.a.w. kepada kamu”.
Ini merupakan petunjuk Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berhubung dengan memberi salam kepada wanita atau wanita memberi salam kepada lelaki. Tetapi kebanyakan ulama mensyaratkan keharusan itu apabila selamat daripada fitnah. Al-Halimi berkata: “Rasulullah s.a.w. kerana sifat ma’sumnya terpelihara daripada fitnah. Sesiapa yang mempercayai dirinya selamat daripada fitnah,bolehlah dia memberi salam jika tidak, diam itu lebih selamat. Al-Muhallab berkata: “Ucapan salam lelaki kepada wanita dan wanita kepada lelaki harus apabila aman daripada fitnah. Ulama mazhab Maliki membezakan di antara pemudi dan perempuan tua sebagai langkah menutup pintu kemunkaran. Setengah ulama pula mengkhususkan larangan itu kepada remaja lagi cantik. Jika seorang pemudi yang cantik dikhuatiri akan terpesona dengannya, maka tidak disyariatkan memberi salam atau menjawabnya. Rabi’ah menegah secara mutlak. Ulama Kufah, Abu Hanifah dan murid-muridnya mengatakan, tidak diharuskan perempuan memberi salam kepada lelaki kerana mereka ditegah daripada azan, iqamah dan membaca dengan nyaring dalam sembahyang, kecuali salam kepada mahram, kerana itu diharuskan kepada mahramnya.
Hujah pihak lain ialah hadis yang kami telah sebutkan iaitu hadis Sahl yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari. Para sahabat yang menziarahi wanita itu dan dia memberi makan kepada mereka bukanlah mahramnya.
Ijtihad-ijtihad yang dikemukakan oleh ulama sebenarnya didorong oleh rasa takut yang berlebihan dan ketelitian dan ia tidak diikat dengan nas yang sahih dan jelas. Kebanyakan sahabat dan para tabi’in tidaklah merasa takut dengan semua perasaan ini dan teliti sehingga ke tahap ini. Sesiapa yang meneliti sumber-sumber yang menyebutkan hal ehwal mereka, akan mendapati sebilangan besar mereka berpendapat bahawa tidak mengapa memberi salam kepada wanita terutamanya apabila seorang lelaki itu datang menziarahi wanita-wanita, datang sebagai orang yang merawat, mengajar dan sebagainya. Ini berbeza dengan perempuan yang ditemui di jalan awam, maka ini tidak sesuai memberi salam kepadanya selagi tidak ada sebarang hubungan yang kukuh seperti persaudaraan, persemendaan dan sebagainya.
Cukup bagi saya di sini untuk mencatatkan riwayat para salaf tentang memberi salam kepada wanita yang dinukilkan oleh Hafiz Abu Bakar Ibn Abi Syaibah dalam kitabnya al-Musannaf. Setelah mengemukakan hadis Asma bin Zaid yang kita sebutkan di atas, Ibn Abi Syaibah menyebutkan dengan sanadnya riwayat-riwayat berikut:
Daripada Jarir bahawa Rasulullah s.a.w. lalu dekat dengan perempuan-perempuan dan baginda memberi salam kepada mereka.
Diriwayatkan daripada Mujahid bahawa Ibn ‘Umar melintasi wanita-wanita lalu memberi salam kepada mereka.
Diriwayatkan daripada Mujahid juga bahawa ‘Umar melintasi wanita-wanita lalu memberi salam kepada mereka.
Daripada Ibn ‘Uyainah daripada Abi Zar katanya, Saya bertanya ‘Ata` tentang memberi salam kepada wanita-wanita. Beliau menjawab sekiranya mereka itu muda maka jangan.
Daripada Ibn ‘Aun katanya, Saya bertanya Muhammad bin Sirin, adakah saya boleh memberi salam kepada perempuan. Beliau menjawab: “Saya tidak tahu itu dilarang”.
Daripada al-Hasan bahawa beliau tidak berpendapat bahawa lelaki boleh memberi salam kepada perempuan kecuali dia datang menemui perempuan di rumahnya, maka dia boleh memberi salam kepada perempuan itu.
Daripada ‘Ubaidullah katanya, ‘Amar bin Maimun memberi salam kepada wanita-wanita dan kanak-kanak.
Diriwayatkan daripada ‘Amar bin ‘Uthman katanya, saya melihat Musa binTalhah lalu dekat perempuan-perempuan yang sedang duduk kemudian memberi salam kepada mereka.
Daripada Syu’bah katanya, saya bertanya al-Hakam dan Hammad tentang memberi salam kepada perempuan-perempuan. Hammad mengatakan makruh kepada orang muda dan orang tua. Al-Hakam mengatakan, Syuraih memberi salam kepada setiap orang. Saya bertanya, kepada perempuan-perempuan? Dia menjawab kepada setiap orang.
Sandaran paling kuat bagi pihak yang melarang ialah takutkan fitnah yang sepatutnya dijaga dengan semampunya oleh seorang muslim demi menjaga agamanya dan maruahnya. Ini merujuk kepada hati seorang muslim dan perkiraannya dan dia hendaklah bertanya kepada hatinya. Dalam persoalan kita ini, kami berpendapat ada kelainan:
Memberi salam kepada sekumpulan wanita dan pemudi tidak sama dengan memberi salam kepada seorang perempuan.
Memberi salam dalam dewan kuliah yang terdapat ketenangan dan keseriusan tidak sama dengan memberi salam di jalan dan tempat-tempat seumpamanya.
Ucapan salam guru kepada pelajar-pelajar perempuan tidak sama dengan orang biasa. Rata-rata usia guru pada peringkat bapa atau datuk.
Profesor yang bersikap wara’ untuk tidak memberi salam masih terus bertanya kepada para mahasiswinya dan mereka pula bertanya kepadanya dan mereka saling memberikan jawapan. Oleh itu, tidak ada erti mengharuskan semua ini tetapi melarang ucapan salam sahaja. Membangkitkan soal fitnah di sini tidak ada ma’na kerana ucapan salam tidak melebihi percakapan, dialog dan perbincangan dalam kelas dan kuliah.
Jika meninggalkan ucapan salam menyebabkan pelajar-pelajar perempuan terasa jauh daripada adab kesopanan maka sepatutnya diberikan salam untuk mengelakkan diri daripada kegusaran hati dan mengelakkan daripada menyakiti orang lain.
Berhubung dengan kata-kata suara perempuan itu aurat, saya mengatakan tidak ada alasan tentangnya dan itu bukan pendapat ulama mu’tabar.
Bagaimana boleh begitu sedangkan Allah s.w.t. berfirman:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ
Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. (Surah al-Ahzab: 53)
Ma’na ayat ini ialah mereka menjawab pertanyaan orang bertanya mereka dari balik tabir. Demikianlah yang dilakukan oleh ‘Aishah dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain. Mereka menjawab soalan dan meriwayatkan hadis-hadis dan sirah dalam keadaan mereka ditentukan hukum yang ketat dan keras yang tidak ditentukan kepada perempuan-perempuan lain.
Berapa ramai perempuan-perempuan yang bertanya dan bercakap-cakap dalam majlis Rasulullah s.a.w. Berapa banyakkah peristiwa yang berlaku yang tidak terhitung di zaman Rasulullah s.a.w. dan sahabat di mana wanita-wanita bercakap-cakap dengan lelaki, bersoal jawab, berbincang tetapi tidak ada seorangpun yang berkata kepada seorang perempuan, diamlah kerana suara kamu aurat!


p/s: post ini bukan milik pelayarilmu..... sekadar berkongsi daripada sebuah blog yang lain... semoga ada manfaat untuk kita semua

Monday, August 8, 2011

Aurat Seorang Wanita dengan yang Lain (wajib tahu)


Aurat Seorang Wanita dengan yang Lain


Photobucket - Video and Image Hosting

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini berertibahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begituwanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada duamakna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh s.u.a.m.i. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan IslamAurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. bersabda yg maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
Ini adalah kerana dikhuatiri wanita bukan Islam boleh mendedahkan perwatakan tubuh badan dan aurat wanita muslimah kepada rakan-rakan lelakinya yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam.
6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berduaIsteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu".Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)
Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor

Aurat Wanita Itu Seperti Jagung

assalamualaikum wbt

ish ada ke patut posting pasal buah bulan puasa ni..... terliur teman-teman pelayar-pelayar ilmu membacanya.... ahaaa.... selalu orang kata jagung ni sombong belaka.... ikutlah resmi padi semakin matang semakin tunduk........ jangan ikut resmi jagung semakin tinggi semakin sombong... iyakah? ianya pepatah yang diciptakan maka kita juga boleh membina pepatah baru dengan syarat pepatah itu diterima ramai....

cakap pasal jagung apa yang pelayar-pelayar sekalian terfikir? sedap ni dapat jagung bakar... kalau tak pun cekodok jagung.... bubur jagung.... puding jagung.... walaubagaimanapun posting saya berkenaan jagung yang ada di pokok lah, maksud saya belum diproses


kenapa saya kata aurat wanita itu seperti jagung..... saya ambil misalan sahaja... mungkin ada kata macam manggis... macam rambutan atau macam durian.... terpulang pada pendapat masing-masing.... mari kita lihat selalunya yang kita beli dah siap berkupas kan? jagung ni sebenarnya dilitupi berapa lapisan kulitnya yang keras sehingga kita tidak dapat melihat biji-biji menguning yang masak di dalamnya.... jadi muslimat sekarang kenalah seperti itu.... menutup dengan rapi bukannya membalut aurat itu....

kulit jagung yang melitupi biji-biji jagung itu adalah demi melindungi jagung itu dari serangan perosak-perosak..... cer bayang kalau jagung tu rosak.... anda semua pun teragak-agak nak makan jagung tu kan? tapi kalau jagung yang kulitnya cantik ditutup (maksud saya dibaja, disiram dengan baik) maka anda akan lihat jagung yang cantik akan terhasil.... berebut orang nak beli tau jagung yang cantik


maka untuk wanita itu elakkan daripada "perosak-perosak" yang akan merosakkan maka litupkanlah aurat anda....jangan risau orang kata old fashion ke apa? sebab pada akhirnya nanti ketahuilah banyak manfaat yang anda perolehi.... lelaki yang baik.... terlindung dari pandangan yang rakus.... rasa selamat jer...

baiklah rasa setakat itu sahaja perkongsian dari pelayarilmu kali ini... maka jadilah seperti jagung yang auratnya dilitupkan.....


renung-renungkan selamat makan jagung... ops silap.... selamat berpuasa