Sunday, October 9, 2016

Someone Better

Kadangkala kita terasa letih
ingin berhenti mencari
apa yang dikatakan pasangan hati
apa yang dikatakan teman sehidup semati

Kadangkala kita rasa mahu pekakkan telinga
dari perkataan;
"there is someone better for you"
"bunga bukan sekuntum"

Kadangkala kita mahu kuncikan hati
biar aku sendiri
bebas
tidak peduli

Aku yakin
jika tidak didunia
di syurga itu pasti
kerana itu hakiki

hanya padaMu Ilahi
aku mengadu
menangis
menagih
mengharap
kasihMu

Thursday, September 15, 2016

The Broken Promise

Hope
But never expect....

Looking forward
But  never wait...

Let it go
But never forget....

A promise that had been broken its hard to place it right....

A heart that had been hurt will never recover...

A dream that had been shatter will bever come true.....

but one that will never leave you, never hurt you, and portraits the best fate for you...

Allah....

"semua yang kita minta mungkin bukan yang terbaik, tapi apa yang Allah beri adalah yang tercantik buat kita"

Monday, August 29, 2016

Matlamat Hidup.... Apa yang dikejar? Stigma masyarakat......

Jam 2 pagi tangan ni duk gatai bukak blog yang memang lama tak dilawati pun..... 
mungkin gara-gara stress writing thesis yang mood sekejap ada sekejap xde....
saat mengelamun dengan harapan akal kecik aku ni akan bersemangat kembali tetiba aku terfikir tentang matlamat hidup.....

kalau dari kecil aku rasa matlamat hidup aku mngikut stigma masyarakat, keluarga dan mungkin kawan2....
tidaklah aku tidakkan atau aku katakan apa pandangan mereka tentang matlamat hidup aku ini salah....
cuma ada ketika aku penat dengan semua expectation yang aku terima

seingat aku bermula dengan UPSR semua akan tny,,,,, "berapa A UPSR hang"
kemudian bersambung "anak sy masuk asrama, afiq x dapat masuk asrama ke"
kemudian PMR pula
mujur masuk MRSM
kemudian SPM pula
sudah tentu result pun ditanya
lepas tu sambung belajar mana

 sekarang pula
bila nak abes belajar
bila nak kahwin

akan datang aku rasa
bila nak ada anak
kalau ada anak mungkin 
"bila nak tambah lagi seorang"

atau 

bila makin meningkat tua
"bila anak kau nak kawen"
"anak kau kerja apa"
"bila nak ada cucu"

 kemudian

aku sendiri tidak tahu lagi

entahla
aku rasa aku cuma ingin hidup bahagia, dan kalau boleh tidak stress
wallahualam la
tp so far aku x rasa aku nak banglo dua tingkat
kereta audey atau bmw six series

cukup sekadar hidup bahagia
bahagia

elakkan lah dari bertanya terlebih2 mcm
"bila kau nak ada anak"
"kau kerja ni je"
"ala sikitnyer gaji ko"
"bile nak kawen bro"
"xde plan nak tambah bini ke" (ini gurau hahaha)


bukan x boleh tp biar betul cara dan tempat
contohnya bila kau nak tanya bila kau nak ada anak janganla tanya depan isteri atau depan suami
pastu bagila cadangan ke jumpa pusat urut ke...makan makanan sihat ke
kalau mcm nak tny "kau kerja ni je ke" jgn tny kalau kau xde nak offer kerja ke
tu ha "bila nak kawen".... kalau kau ada nak kenenkan baru kau tanya


kalau sekadar bertanya semua boleh bertanya
tp x semua mampu menolong memberi jawapan

so instead of asking
give guide and answer
but please dont brag yourself
see ya
Assalamualaikum

Tuesday, September 29, 2015

Jangan bicara soal cinta

jangan bicara soal cinta....
pukul 12 hari minggumu masih di bantal
pinggan dan cawan longgok di sinki
hatta cawat celana ibumu yang basuh

jangan bicara soal cinta....
bila buku malas kau buka...
ada ujian masih meniru....
apatah lagi assignmen dr lecturer atau guru

Jangan bicara soal cinta.....
jika tangan tua ibumu malu dipimpin
jika panggilan prang tuamu masih diendah
jika jawapanmu pada masih ahh.... ehhh... huh....

jangan bicara soal cinta.....
subuhmu entah ke mana
tajwidmu lintang pukang
quranmu jauh kau sentuh

jangan bicara soal cinta.....
bila aurat masih jd mainan
bila solat masih diabaikan....
bila taat pada tuhanmu engkau biarkan....

Thursday, August 20, 2015

Siapa Kita???

Sejak dua menjak aku lebih suka menulis sesuatu yang bersifat hampir dengan peribadi...... aku mungkin nampak itu lebih dekat dan tidak berpura-pura.....

aku membawa tajuk "siapa Kita?".... aku tahu kita dilahirkan di bumi ini adalah khalifah sekurang2nya pada diri sendiri..... itu betul dan aku tidak menolak... cuma aku ingin membawa persoalan ini lebih kepada realiti....

Adakah kita hidup ini membawa identiti sendiri???? Atau hidup sekadar mengikut harapan dan sangkaan orang sekeliling???? Ataupun hidup dengan mementingkan diri???

Keliru bukan??? Ayah dan ibu kadang kala meletak harapan kita menjadi doktor... atau mungkin engineer... atau pensyarah.... mereka mahukan kita hidup senang..... itu tidaklah salah.... even aku belajar tinggi2 sekarang kadang kala aku sendiri belajar kerana suka belajar... bukan kerana aku ingin jadi pensyarah seperti apa yang keluarga aku lihat.....

hanya pendapat aku asalkan seseorang itu hidup mempunyai hala tuju dan menjadi insan yang berguna tidak mengapa..... kadang kala kita sendiri letih melihat keadaan dunia di mana insan di atas bermaharaja lela sedangkan yang di bawah terus terhimpit....

seorang staff mengadu bahawa anaknya malas belajar..... sedangkan peperiksaan semakin hampir (SPM)..... keluar malam dan bergaul dengan rakan2 yang entah ke laut..... ye kita boleh nakal... tp sampai bila...... perlu fikir mak dan ayah tidak akan selamanya disisi..... satu hari nanti kita akan hidup dewasa ingin berkeluarga dan sekurang2nya makan, tidur dan pakaian terjaga walau hidup x mewah mana

kalau kita letih hidup dengan "expectation" orang lain hiduplah dengan "expectation" diri sendiri...... dan jangan susahkan orang..... aku sendiri rasa letih dengan expectation orang lain.... aku x mampu berlari atau gapai apa yang orang lain harapkan...... tp tidak bermakna aku tolak harapan itu bulat2... ia juga adalah doa....

tp apa2pun bermula dengan diri sendiri..... kalau kita ada rakan atau anak kelak.... dont push or pull them hard..... support... guide.... bantu.... bukan memaksa mereka dengan identiti yang kita mahu dalam minda kita... tp bantu mereka mencari identiti mereka asalkan ia baik dan tidak membawa keburukan

Monday, June 29, 2015

Aku tersembunyi, menyembunyi, disembunyi

Asalamualaikum dan salam sejahtera

lama dah x tulis blog.... entah kenapa saja gatal2 tangan nak menaip.... itulah manusia bnda yang jarang itulah yang dirindu

aku mungkin tersembunyi dari dunia blogspot begitu lama sbb terlalu bnyk arus media yg lain... fb, wassap insta dan sbgainya

aku menyembunyikan diri kerana tiada mood, idea, dan sibuk dalam dunia pembelajaran

aku disembunyi........ aku pun x tahu

entri kali ini hanya untuk tujuan mengarut dengan jiwa yang kacau dalam keadaan semasa yang menghimpit.... isu ekonomi.... isu 1mdb.. minyak..... isu pakatan rakyat.. isu songlap walaupun aku bukanlah kalangan pemimpin tp aku ni rakyat biasa.... nak makan kfc skrg pun fikir 10 kali....


dengan stress PHD entah bila nampak penghujungnya... eksperimen asyik x menjadi menjdikan aku tny pada diri.... "should i give up?".... giler apa.... hang dah blaja mcm nak pecah otak... rambut tinggal selai dua... duit habis berpuluh ribu and then nak give up

malam td pulak termimpi kat arwah ayah aku... salam pagi syawal.... aku salam ayah aku... aku menangis teruk2.... sedih kot..... aku ni dahla anak bongsu dia.. x kan aku nak mudah putus asa dalam hidup.... so hanya beberapa perkataan terlintas dalam kepala otak aku

"impian itu jadi angan2 andai berputus asa....... "


sekian.......

Monday, July 22, 2013

Siapa yang tak sudi??????

asalamualaikum, dah lama tak update blog, mungkin kali ini sedikit personal..... apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat rasanya tak lekang dari gurau dan senda mengenai jodoh..... siap ada yang kata "maila aku carikan tuk demo"..... "xkan xde yg sudi kot...."

bukan x ada yg sudi.... dari yang biasa, bertudung labuh, hatta yang berniqab ada yang hadir meluahkan perasaan.... siapa yang x sudi dengan mereka yang terdidik solehah... cuma aku bukanlah yang terbaik.... setiap kali mereka hadir dalam benak fikiran aku buang jauh2..... aku berhentikan perhubungan walaupun like status2 mereka.... aku berhentikan....

aku bukanlah orang yang suka memuji... hatta profile picture wanita aku memang tidak akan like di fb..... ber"private message" bukanlah cara aku utk mengambil hati..... seriusly aku menyampah dengan kesekian makhluk yang mengupdate gambar di fb bagai nak rak...... yang berniqab dah jd mcm wanita yg biasa apabila pelbagai jenis gaya diupload... dan akhirnya mendapat pujian....

"subhanallah, cantiknya ciptaan tuhan"

"bidadari dunia, untungnya siapa dapat enti"

"hanya Allah yang tahu apa yang tersirat di hati ana"

dan sebagainya........

Allah...... bagaimanakah insan yang baru atau ingin berubah kepada islam apabila mereka melihat seseorang yang berpakaian islam tetapi perhiasannya menjadi pameran.... ketahuilah, secebis niqab itu tidak membezakan andai rasa malu itu tidak hadir dalam diri......

lelaki juga mempunyai hati dan perasaan.... lelaki juga ada ego.... tetapi aku rasa lemah bila lelaki begitu mudah memuji sesuka hati.... adakah kalian suka andai isteri anda dipuji lelaki lain???? tergamakkah anda membiarkan isteri anda menjadi bahan pujian lelaki lain atas rasa nafsu....... jangan mudah menyentuh hati seorang muslimat andai anda masih belum berupaya memiliki...... masjid jemaah masih belum ramai... tadarus al-quran di bulan ramadhan masih sunyi....  masjlis ilmu masih kosong.... apakah cukup layak kau mengisi hati seorang muslimat....

sekurang2nya bagi diri mampu berdikari.... seusai cukup ilmu dan sedikit harta.... pinang dan nikahilah.. dan ingat.... tunang bukanlah lesen lulus.... ia cuma lesen pengenalan shja.... bahkan aku amat sedih apabila majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan... apa salahnya bersederhana......


untuk pengetahuan aku bertanya pada ibu dan ayahku.... mereka tidak benarkan... betullah... ibu dan ayah itu lebih tahu mengenai anak mereka..... maka atas sebab itu aku merasakan aku akan mendengar kata mereka.. apa salahnya bertahankan hati 2-3 tahun lagi.... lagipun aku sedan mengalami detik getir dengan pelajaranku...... insyaAllah aku akan cuba bertahan...


aku tidak tahu apa yang akan berlaku padaku.... mungkin esok aku akan menjadi seseorang yang aku "benci" dalam penulisan ku ini..... kerana aku tahu Allah SWT murka pada org yg tidak beramal dengan apa yg dikatakannya (Rujuk surah As-saff)....  dan aku haya insan biasa.... tak lekang dari dosa..... bantulah aku juga... semoga kita dalam redhaNya