Sunday, October 9, 2016

Someone Better

Kadangkala kita terasa letih
ingin berhenti mencari
apa yang dikatakan pasangan hati
apa yang dikatakan teman sehidup semati

Kadangkala kita rasa mahu pekakkan telinga
dari perkataan;
"there is someone better for you"
"bunga bukan sekuntum"

Kadangkala kita mahu kuncikan hati
biar aku sendiri
bebas
tidak peduli

Aku yakin
jika tidak didunia
di syurga itu pasti
kerana itu hakiki

hanya padaMu Ilahi
aku mengadu
menangis
menagih
mengharap
kasihMu