Friday, September 16, 2011

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

credit to blog khairulabdulhalim.blogspot.com

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap
 wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar
 dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan
 masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. 
Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan 
auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
 pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau 
kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah 
kita Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya 
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak 
melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, 
masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam
 cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum
hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri 
tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, 
takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat 
dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya 
mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas,
 lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya
 menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal 
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
 teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup 
kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita 
simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan 
perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan 
barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat 
ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali 
muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? 
Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih 
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak
 perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat
 pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA
 dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki,
 tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak
 lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan 
sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan
 harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia 
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung
 dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh
 sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!!
 Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah…
 itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
 bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri
 saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
 Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu 
oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah
 anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w.
 lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami
 lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda
 sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai
 tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya
 dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan 
Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. 
Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita
 jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada
 Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala 
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu
 janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang 
awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, 
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri 
yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
 berbanding kaum lelaki!”
-------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha
 Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah
 peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan
 dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
 bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal 
ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
 mengetahui.”
[al Baqarah, 216]

Jadilah Muslimah Acuan Al-Quran 


credit to blog 
khairulabdulhalim.blogspot.com