Friday, June 24, 2011

yAnG BeRhArGa

asalamualaikum wbt

apa khabar pelayar-pelayar ilmu sekalian, semoga sihat hendakNya...... apa yang berharga? itulah tajuk yang akan saya bincangkan.... semoga kita semua turut berdiskusi secara terbuka....


adakah ini yang paling berharga




atau yang ini




atau yang ini



terpulang pada diri anda masing-masing.... cuma berfikirlah ye... baiklah sebenarnya kisah yang ingin saya sampaikan... jika nak diingat balik terasa cepat masa berlalu.... sekitar di tahun pertama ada satu kelas english communication yang mengadakan "impromptu speech".... apakah ia? ia adalah pidato spontan.... tapi kebanyakan studnt membawa tajuk sendiri.... ada yang bercerita entang hobi.... ada yang bercerita dengan aktiviti campaingn dan sebagainya... namun saya pula berminat bercerita tentang.....



ops... jangan salah faham bukan tentang CINTAN CINTUN..... tetapi mengenai betapa berharganya kasih sayang..... yang saya masih ingat pensyarah tersebut bernama miss Shalini.... sngt baik orangnya.... owh... cerita saya mengenai kisah dongeng di mana seorang raja (Raja Midas) seorang yang tamak di mana dia telah didatangi dewa dan memberikannya hikmat yang mana setiap perkara di sentuh dengan jarinya menjadi emas.... pada mulanya dia sangat suka namun akhirnya apabila suatu hari anak kecil perempuannya yang dipeluknya turut menjadi emas.... dia kemudian ditakuti dan dijauhi... di situ dia sedar tentang apa yang berharga... 


hmm... belum habis lagi post ni.... sebenarnya saya nak kemukakan al kisah satu impromptu speech dari kawan saya... waktu itu pertama kali saya lihat dia bercakap di hadapan.... penampilannya sederhana berpakaian muslimah membuatkan saya kagum(tak lebih dari kagum sahaja). 




dia bercerita tentang benda (benda bukan manusia) apa yang berharga bagi diri dia ....yang dia simpan dan bawa selalu

antaranya
tapi jenama lain... :) pilot rasanya... tak silap saya diberikan kawan dia


kedua 



dan ada beberapa lagi tapi yang akhir dia kata yang membuatkan saya sangat kagum ialah benda yang paling berharga yang dia paling sayang iaitu




ya!!! sebuah quran kecil.... maafla tak ingat warna apa... tapi yang saya pasti semua terpaku dan kagum akan pidato dia..kalau dia ada baca pasal post ni sy harap dia terus menjadi contoh buat muslimat yang lain... sekal lagi saya minta maaf.... jangan salah faham....ini sekadar perkongsian ilmu... bukan kisah cerita cinta saya ye hehe....baiklah saya meninggalkan persoalan bagi anda.... APAKAH YANG BERHARGA BUAT ANDA? cari dan hargailah..........

p/s: hargailah semua di sekeliling anda......:)

Saturday, June 18, 2011

Hati sEoraNg Ayah...


Hati sEoraNg Ayah...

Hati Seorang Ayah Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok.Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" .Si ayah menjawab : "Sebab ayah lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasasakit ?" Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya.Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya.Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."


"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya". "Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya." "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyokong, agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."




cOmElNyA (anak itu ibarat kain putih)

wktu solat isya tadi tiba-tiba ada terdengar suara budak nangis..... lepas usai solat rupa2nya budak tu selang sebelah makmum sahaja... yangg comelnya abang dia peluk dia, tenangkan dia.... sambil mengaminkan  baca doa daripada imam.... subhanallah....semoga Allah kurniakan kita anak-anak yang soleh macam ni



sementara itu, hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)


ini merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh ibu bapa sebelum menempuh alam perkhawinan. Biarpun diri ini belum menempuhi alam perkahwinan persediaan pendidikan islam perlu ditimbulkan dari dalam diri. Persoalan bagaimana ingin mewujudkan anak soleh adalah dengan pasangan sebelum berkahwin perlu mendalami bagaimana ingin membangunkan diri mereka dahulu menurut acuan agama....Bak kata pepatah bapak borek anak rintik....Tingkahlaku kesemuannya pasangan yang sudah berkahwin akan ditiru oleh anak mereka...Ternyata pembentukan anak soleh bermula dari dalam diri setiap insan yang ingin menempuhi alam perkahwinan...... Tegakkan diri anda menjadi insan yang soleh dan solehah nescaya anak yang dilahirkan akan tertegak dengan soleh dan solehah dengan sendirinya..... 

Monday, June 13, 2011

tAk bAiK bOhOnG tAu!!!!!!!!!!!!!



bagi kanak-kanak mereka di tadika sudah diajar dengan lagu-lagu yang berbentuk moral untuk tidak berbohong

"siakap kembung gelama ikan duri"
"bercakap bohong lama-lama mencuri"

tipulah kalau anda pembaca tidak pernah ,mendengar quatation di atas.... lagi satu kalau yang suka tengok cerita P Ramlee dalam filem bujang lapuk

Siti Tanjung Perak : Ayu!!! Eton!!! Kemana saja ni dua orang pegi.. tak balik-balik..
Ayu balik...
Siti Tanjung Perak : Hah!! ayu kemana ko nie???
Ayu : 20 sen
Siti Tanjung Perak : Ahh!! aku tak ada duit..lekas masuk...Eton!!!!
Zaiton : Apa mak ni terpekik2..Eton dah balik nie...
Siti Tanjung Perak : Ko tu dah nak kahwin tak reti2 nak duduk rumah..
Zaiton : Ala Eton gi ke rumah kak Tipah sajer.
Siti Tanjung Perak : Ko ni ada-ada sajer..rumah kak tipah ler, rumah kak bibah, rumah kak siti tanjung perak..ehh itu nama aku..


lihatlah bagaimana menariknya tentang cara bagi orang belajar untuk tidak baik menipu..... ok jom dengar cerita teman pule


di sebuah sekolah seorang ustaz dalam time kelas agamanya mempunyai kira-kira 30 orang murid

ustaz: baiklah adik-adik pelajar sekalian... alhamdulillah kita dah abes belajar tajuk yg kita  
           lompat sebelum   ini.... apa dia adik-adik pelajar?
pelajar-pelajar: bab kawen cikgu....
ustaz: cuba sebut rukun nikah ye adik-adik pelajar
pelajar-pelajar: (mereka semua dengan lancarnya menyebut satu persatu tetapi sangat 
                         JELAS!!!!)

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan dan perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

ustaz: bagus..... ada pembaikan dari sudut kerajinan kamu semua.. jadi ustaz nak minggu 
           depan kamu  semua  hafal dan fahamkan surah al-baqarah ayat 287... boleh adik-adik
           pelajar?
pelajar-pelajar: boleh ustaz......... 

pada minggu hadapannya

ustaz: baiklah adik-adik pelajar.. dah baca ke apa yang ustaz suruh..... 

pelajar-pelajar: sudah ustaz........

(salah seorang pelajar): panjang ayatnya.... boleh ustaz terangkan........

 (salah seorang pelajar): betul3x... bak kata upin ipin

Ustaz: sebelum tu kita masuk bab belajar membohong...

(salah seorang pelajar): eh ustaz... minggu lepas bab kawen kenapa sekarang bab bohong? x
                                          advance la ustaz...

Ustaz: bagusnya soalan....sebenarnya ustaz nak test kamu.... kata kamu semua dah baca... tapi
             kamu sendiri tak tahu  surah al-baqarah ada 286 ayat je..... sebab tu kita belajar tajuk
              ni....

pelajar-pelajar: (sume tertunduk malu)
         


p/s: saje tulis.... muhasabah itu menjentik  hati manusia.... tak baik bohong tau


Thursday, June 9, 2011

.saya.jatuh.cinta.disebabkan.syaitan

.saya.jatuh.cinta.disebabkan.syaitan.

salam alaik semua..
copy from

tersebutlah kisah, seorang "lelaki A" datang 
berjumpa dengan seorang perempuan.. 
perempuan ini adalah yang paling "hot" di kampusnya, 
kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan..
sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah
 kerana dia ni seksi dan berada..
nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang 
berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut..
tapi sebelum tu, biar ana bagi tau kalian ciri-ciri 
lelaki A tu..lelaki A merupakan anak seorang Dato’ 
yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya..
nak pergi kampus pun pakai kereta mewah, kemudian 
ada driver pulak tu..awek mana tengok mesti 
melopong biji mata..




Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak..
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A: Kerana awak cantik.. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas.. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice.. Saya ada segala-galanya.. 
Harta.. kebahagiaan.. dan apa je awak mintak, saya boleh bagi..
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah.. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

seminggu kemudian, perempuan "hot" ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni "lelaki B".. penampilan lelaki B ni agak islamik..
pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu.. tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu..
 apa-apa pun, kenalah bersangka baik..




Alice  : Ha, ada apa erk?


Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa
 awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B: Saya.. saya..
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B: Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 '
awak dah jatuh cinta..
Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah 
telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak..
Alice : Owh.. (Perempuan itu melihat jam tangannya) 
Maaflah, saya ada study group... Lain kali kita borak lagi..

maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang 
jawapan dari sang gadis itu..
seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh 
seorang lagi lelaki iaitu "lelaki C"..
 kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja..
wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu
 pada wajah itu.. tapi entahlah apabenda..
perempuan itu mengukir senyuman manis untuk 
lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini
 pasti akan bercakap benda yang sama..

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak..
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? 
Sebab Allah telah menghadirkan perasaan 
cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau.. awak jatuh cinta di sebabkan 
rupa saya.. atau saya ni seksi.. atau.. 
saya ni anak orang berada..
Lelaki C  : Demi Allah, semua itu tak betul..
 (Lelaki C berubah menjadi tegas).. 
Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi 
bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan
 Syaitan Durjana.. Syaitan yang mendorong saya untuk 
mengejar awak.. Ke mana saja awak jalan, mata saya
 akan mengekori awak..Tatkala rambut ikal awak 
terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau..
 Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di 
jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya..
Saya rasa rimas dengan perasaan saya.. Saya 
semakin hanyut.. Semakin terleka..
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa.. Mungkin hanya
 sekelumit simpati.. Hanya kalau awak sudi.. 
Maafkan saya, saya mohon untukberlalu..
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana 
saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak s
aya nak beritahunya kat awak.. Sesungguhnya nama
 yang saya pinjam ini sungguh mulia.. Saya pasti 
awak tau apa nak dibuat.. Maafkan saya, saya tak 
sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu 
sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga 
manusia.. ASalamu’alaikum..

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata..
2 tahun kemudian..

Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil 
menghirup udara segar pagi.. 
tiba-tiba dia disapa oleh ibunya..

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga..
 Akif tak de ke pilihan hati Akif
 sendiri?
Akif : Entahlah ibu.. Susah kita nak mencari pasangan 
yang betul-betul berdiri di atas
 landasan yang teguh..
Ibu : Akif, ibu faham.. Memang susah nak cari orang
 yang seperti itu, kalau ada pun, 
nisbahnya kecil.. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia..
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita
 sebagai muslim.. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi
 pengubah..

Akif: Ibu.. Akif faham.. Insya Allah ibu, Akif akan cari
 seorang perempuan.. jika dia tak 
seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu..
Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan 
dengan seorang gadis ini.. Dia baik dan manis juga 
orangnya.. Pekerjaannya juga mulia.. Dia bekerja sebagai 
seorang guru di sekolah menengah agama.. 
Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya.. 
Baik sungguh mereka itu..
Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu: Nur Alissa Zakiyyah..

seminggu sebelum hari pertunangan..waktu itu, Akif 
berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah.. 
baru kali pertama Akif ke sana.. rumah yang
 dijejakinya ini sungguh besar dan luas..
halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu 
teratur..bunga-bungaannya memukau mata.. suasana 
agak hingar-bingar..ibu Akif berada di dalam 
rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain 
menyiapkan juadah makan tengah hari bersama..
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman 
itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang
 gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian
 baju kurung.. entahlah baju kurung jenis apa yang 
penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman..
gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam 
sekeping gambar.. gambar yang diberi ibunya..
 mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu..
Akif: Assalamu’alaikum..
Alissa : Wa’alaikumsalam..
 (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan? 
(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif 
terlebih dahulu)
Akif: ya.. Akif Rahman Bin Razaq.. Awak belum jawab 
soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya..
Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita 
bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya..
Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz.. 
Sayalah Alice..
Akif: (terkesima) Subhanallah.. Awak dah berubah, 
saya langsung tak cam awak.. 
Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit
 simpati dari saya?
Akif: Alice.. (terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak.. Dah lama..
Akif: Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada 
pada awak..
Akif hanya tersenyum.. (':



"wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki 
yang keji.. dan lelaki yang keji 
diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan 
wanita yang baik diperuntukkan bagi
 lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan 
bagi waita yang baik pula.."
(An Nur: 26)

AURAT BUKAN HANYA PADA PAKAIAN

AURAT BUKAN HANYA PADA PAKAIAN


Aurat  adalah kehormatan seseorang yang bergelar manusia. Sesiapa yang menutup aurat akan dihormati oleh Allah S.W.T dan lelaki yang soleh. Dengan itu sepatutnya wanita tidak menghadapi dilema tentang kehormatannya, samaada hendak menjadi  pujaan atau gosip lelaki dengan bebas bergaya, atau menjaga kehormatannya supaya disukai oleh Allah S.W.T. dan orang soleh. Kita tentu suka apa yang Allah S.W.T. suka.



Walau bagaimana pun, ada lelaki yang suka akan perempuan yang mendedah aurat. Dengan itu ada wanita yang bertindak ikut pengaruh lelaki. Jika para lelaki mahu kehormatan wanita terjamin hendaklah lelaki sendiri yang  bermoral. Akhirnya dengan pengaruh 
lelaki bermoral akan memuliakan masyarakat


.
Namun begitu, menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian menutup tubuh. Oleh kerana aurat ialah kehormatan, menutup aurat merangkumi menutupi semua yang merosakkan kehormatan wanita. Sebuah hadis bermaksudkan ,”Wanita itu sendiri adalah aurat”. Bermakna apa sahaja yang ada pada wanita adalah aurat. Suara, bauan, lenggang-lenggok dan rupa paras mereka adalah kehormatan. Justeru itu, seseorang yang tahu kehormatannya, akan membataskan suaranya, bauannya, lenggang-lenggoknya, rupa-paras dan gimiknya kepada mereka yang dibenarkan sahaja. Wanita yang menutup aurat kelihatan lebih cantik jika faham erti aurat itu lebih luas.Umpamanya sesudah bertudung dia tidaklah lagi berdua-duaan .Wanita yang tidak tahu gimik mudah terpelihara dari sifat ego. Kalau sudah ego solat tidak akan khusuk, dan bergaul pun tak harmonis.



Demikianlah kalau dedahkan  kehormatan-kehormatan itu kepada bukan mahram akan timbul fitnah pada diri sendiri dan masyarkat. Pilihlah kesuciaan dan yang pastinya adalah kekal kesuciaannya adalah kekal sampai mati kerana menurut sebuah hadis, wanita berpeluang masuk syurga kerana empat perkara, menjaga solat, berpuasa, memelihara kehormatan dan taat pada suami. Jadi, marilah kita menilai diri kita berkaitan aurat. Apa kita rasa apabila bersua orang  tidak siuman tanpa pakaian? Kita tentu malu, seolah-olah ia membocorkan rahsia dan kehormatan kita. Jika begitu kita masih waras, kerana merasai aurat adalah memalukan dan mesti ditutup dan dipelihara.



Malah, bagaimana pula kalau separuh bogel, topless, pakaian ketat atau dedah pusat? Semua ini akan menjatuhkan maruah dan memalukan orang yang beriman dan ibu bapa yang bermoral. Ibu bapa yang semacam ini akan membataskan pakaian dan tempat tidur anak perempuan mereka sekalipun di rumah. Ini boleh mengelakkan berbagai peristiwa malu termasuk perbuatan haruan makan anak.
Maka sebagai seorang umat Islam kita seharusnya menutup aurat kerana ia adalah kehormatan. Kesan utama apabila memelihara aurat ialah timbulnya perasaan malu. Sifat malu adalah sifat wanita sejati (malu untuk bertindak liar dan menjatuhkan maruah keluarga, agama dan bangsa).

Sunday, June 5, 2011

Cer la Mike Dengor Cakap Doktor.............

Al kisah seorang Dato' yang kaya raya.... Dato, tu mempunyai seorang kawan, doktor lepasan universiti Al-Azhar yang membuka klinik swasta........si doktor ni jenuh nasihat akan si Dato yang suka berfoya-foya

doktor:  mike ni Derus.... cer la mike ni bertobat...... tu ha.... anak bini mike kat rumah tu.... x ke mike sayang
            benor kat deme


Dato:     apa salahke apa yg teman buat?


doktor: ape x salahnyer..... mike asyik duk berpoye2 x balik rumah.......mike ngan teman pun da tue cer la time
            sekarang ni kita banyakkan beribadat


Dato':  doktor samad oi..... sakit telinga teman dengor..... biorle teman nak buat apapun.... bukan kamu yang 
                    sakit.... sakit hati teman ni tau....


Doktor: tau pun mike sakit hati.... teman cakap benda yang patut je


satu hari si Dato punya penyakit kencing manis semakin kronik.... kakinya berlubang... lantas dia pun berjumpa la dengan doktor samad untuk berubat..........

dato:.... adei!!!! adoi!!!!! aduh!!!!! Samad... mike nak bunuh teman ke?


Doktor: mana le ade kawan nak bunuh kawan datok nye oi


Dato: x leh ke mike berlembut skit ngan luke teman ni


Doktor: ha... taupun sakit.... ni mai teman bg tazkirah skit kat mike ni


Dato: kamu kaki aku dah sakit benor.... mike jangan la nak sakitkan hati teman pule


Doktor: kamu tahu kenapa sakit kaki kamu?


dato: ye le.... kamu gunting daging mati tu memang le sakit....


doktor: dah tu mike nak baik ke idak?


dato: ye le.... tapi x tahan teman sakitnye...adei


Doktor: tahu pun macam tu lah teman nashihat mike jgn berpoye-poyer... mcm kaki kamu ni... makin lama-dibiarkan makin dalm lobangnyer.... makin sakit nak rawat....


dato: dah tu apa kaitan dengan hidup aku


doktor: apa pule x kaitan... makin lama kamu buat dosa makin sakit hati kamu dengar nasihat teman... makin sakit le mike tu dalam neraka nanti... makin jauhlah kamu masuk ke dalam lobang neraka.... ha tu baru sakit...


Dato: yele... teman  minta maaf... teman x buat lagi dah... teman insaf...


doktor: alhamdulillah

p/s: versi pelayarilmu.... nama watak tiada kaitan sama ada yang hidup ataupun yang mati