Friday, May 27, 2011

JIKA KITA MAMPU

kita mampu membeli ubat, tetapi kita tak mampu menyihatkan

kita mampu berseronok berfoya, belem tentu kita mampu mencapai ketenangan

kita mampu membeli makanan, belum tentu kenyang itu yang membantu

kita mampu memuaskan nafsu diri di jalanan, belum tentu kita mampu memuaskan hati yang kosong

jika ada lelaki mampu goda seribu wanita, belum tentu menjanjikan walau secubis kebahagiaan

jika ada kekayaan berlimpah ruah, belum tentu ia mampu membeli masa, kasih dan nyawa

jika kita mampu membeli seribu guru mendidik, jangan terkejut andai ilmu setitis tidak dimiliki

jika mampu kita beli al-quran secantik semahal permata, jika tidak dibaca jangan terkesima akan kekesalan

biar kita mampu menjadi pemimpin belum tentu kita mampu membimbing dengan amanah

Sunday, May 22, 2011

Apa Yang Dikatakan Hati



Hati sukar ditafsirkan..... kita sering bayangkan ia secantik ini


Ramai orang kata "Hati-hati dengan hati"

kerana hati seperti seperti api.......mampu meluapkan api kemarahan.....

hati juga kadang kala dikatakan sekeras batu..... sukar menerima sekadar mementingkan soal diri

hati juga sering hanyut dalam gelombang cinta dunia.... dan ramai yang kecewa

Namun,,,,, jika kita mengerti

Hati ini sesejuk ais....  bisa menyejukkan amarah


Hati ini selembut air.....mampu menenangkan jiwa yang resah

kadangkala seperti cahaya yang bisa menerangi jalan




apapun yang dinamakan hati ia adalah segumpal daging yang diciptakannya menjadikan kita berbeza dengan makhluk yang lain.....
jika kita tidak menjaga hati nescaya yang ada cuma 
amarah....
benci....
hasad..... 
nafsu mazmumah...
namun andai kita menjaganya....
dengan hati ini kita ada keinginan....
dengan hati ini kita ada kasih sayang....
dengan hati ini kita ada kekuatan yang sukar di mengerti

ayuh
kita cari rawatan hati kita

kita jaga

kita rawat

kita baiki dan perbaharui


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. 
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. 
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkaraharam, umpama seorang pengembala yang
mengembala di sekeliling kawasan larangan, 
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. 
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.


maka: marilah kita hala kan hati kita dengan....



p/s: post ini ditulis ketika ini berwalang hati.... maaf sbb diri ini mengecewakan anda semua..... maaf hati ini gagal melakukan yang terbaik... hati ini tengah lemah.... namun hati ini tahu... hati ini tengah berwalang....lumpuh dengan dugaan yang mendatang,,,,.. DIA menjanjikan kekuatan bagi hambaNYA yang mencari kekuatan... mari kita bina hati itu,,,,,,,,,,,,,,, hati kepadaNYA....



Monday, May 16, 2011

SelAmAt HaRi GuRu

assalamualaikum, maaflah terlewat nak ucap... semalam trlampau letih mengerjakan latihan industri denganmembaca manual yang sangat-sangat tebal..... selamat hari guru semua..... mai afiq nyanyi lagu ni

Hari pertama masuk sekolah
Tak pandai membaca mengira
Tetapi cikgu begitu tabah
Mengajar kami sungguh-sungguh
.
Bermula a, b, c sampai z
Hitung satu sampai sepuluh
Baru ejaan dan kira-kira
Kami belajar dengan lancar
.
Berkat kesabaran guru bijaksana
Memberi berbagai petunjuk
Hari demi hari
Kami pun mengerti
.
Pelajaran nilainya tinggi
Kami ingat setiap masa
Jasa guru mendidik bangsa
Sambutlah kini ucapan kami
Terima kasih cikgu !

lama x nyanyi lagu nih.... kepada semua cikgu dan bakal2 pendidik terima kasih.... jasamu tidak akan dapat diri ini membalasnya.... sob sob......
"sampaikanlah padaku walaupun satu ayat" (hadis)

Thursday, May 5, 2011

Cinta Buta-Sebuah Alkisah Versi Pelayarilmu

Cinta Buta-Sebuah Alkisah  Versi Pelayarilmu

beginilah kisahnya ada seorang gadis yang amat cantik... 

dia lahir dalam sebuah keluarga yang kaya....
dia sering dilayan bagaikan seorang puteri.....
namun malangnya gadis cantik itu kehilangan kebolehan pancaindera sejak lahir....
ya dia buta...
disebabkan itu dia sering merungut...
menyalahkan setiap takdir yang menimpa...
di sisi gadis cantik itu ada seorang kawan lelaki...
jejaka itu tampan dan kacak...
tidak kurang juga alimnya
sejak balighnya lelaki itu menjaga batas
apabila berada bersama dengan keluarga gadis itu....
dia sentiasa menasihati si gadis untuk tidak menyalahkan takdir....
dia sering memanjatkan doa untuk gadis itu....
sampai suatu hari jejaka itu nekad menikahi gadis itu...
lantas sebentuk cincin dihantar...
gadis itu bertanya "sudikah engkau menikahi aku yang buta..."
lelaki itu menjawab "aku sanggup kerana aku tidak memandang kecantikan dikau"
sebulan sebelum mereka bernikah ada khabar gembira dari pusat perubatan...
kata doktor ada yang ingin menderma mata bagi gadis itu....
jejaka dan gadis itu mengucapkan syukur....
sehari sebelum pernikahan....
pembedahan berjaya dilakukan...
gadis itu mampu melihat kembali...
di dalam cermin dia dapat melihat wajahnya...
dia sangat gembira...
pada keesokan harinya ketika  majlis pernikahan itu berlangsung....
gadis itu terkejut lantas pengsan apabila....
 melihat tunang yang bakal dinikahi itu buta...
dia tidak sanggup menikahi seorang jejaka yang buta...
melihat gadis itu sebegitu rupa jejaka itu berkata...
"aku redha dengan keputusan engkau tetapi ada dua perkara yang aku pinta"
gadis itu mengangguk
"pertama aku ingin engkau menjadi wanita yang cantik akhlaknya"
"kedua aku mahu engkau jaga mata aku sebaiknya"