Thursday, September 30, 2010

diary that never end

1.10.2010
diari aku yang masih belum selesai
2 & 3  hb akan ke universiti malaysia pahang
assignment yang x siap
  • spectroscopy
  • physical chemistry
  • 3i
  • management
  • KA
 16 & 17 akan ke kampung belukar durian

Wednesday, September 22, 2010

stress kenapa kau mencintai aku

aku agak tertekan banyaknya assignment
aku tgh tulis blog ni pun sbb aku tgh tggu prtinter aku yg slow ni memuntahkan helaian note
mggu dpn ada prposal
pembentangan
kertas kerja budi penyayang tah yang tba2 aku jd pengarah program
2 test mggu depan
quiz analytical lg
report experiment yg  blur2 lg
report program baqsa yg aku pn x tau mcm mana
ada program nak ke UMP lg
sesungguhnya aku stress
dahla ari tu test teruk
aku rasa jatuh bnyk sem ni
mcm nak nangis
ayah mak maafkanlah anakmu andai dia tersungkur
dalam perjuangan yang tak nampak mana hujung
dibelenggu resam manusia yang bertunjangkan hasad
jauhkanlah aku dr sikap itu
ya Allah
aku ingin berubah
menjadi hambaMU yang tahu mana hala tuju
mengejar dunia bersandar akhirat sebagai tunjang

Friday, September 17, 2010

DENGARLAH KEKASIHKU

Sanggupkah engkau kekasihku
Andai aku hanya seorang biasa
Harta sekadar mengisi perut
Terkadang rasa lapar dahaga

Sudikah engkau kekasihku
Andai aku penghalang kecantikanmu
Dengan pakaianmu setahun berganti satu
Mungkin jua jahit tampal silih bertindih

Relakah engkau kekasihku
Andai teratak buruk ku bina
Bocor langitnya kadang terbasah
Walau hanya gerimis bertandang

Mengertilah kekasihku
Biar kita miskin papa
Jangan kita kaya hina
Biar berlapar dan kusam diri kita
Akan kupastikan haram itu sirna
Yang halal adalah nyata

Benakkanlah kekasihku
Jangan dikejar hanya dunia
Biar hidup sederhana
Namun jangan miskin akal
Biar nipis cantik pakaianmu
Namun jangan kau kikis anggun akhlakmu

Fahamilah kekasihku
Andai itu musuh yang nyata
Mungkin juga sahabat setia
Jika engkau ingin bahagia
Beranilah engkau menerimanya
Usaha dan tawakal hanya
Bersandar kepadaNYA









                     originally created by: